Mudah Jatuh Sakit? Cuba 21 Superfood Ini

Ada tak sesiapa dekat sini yang kalau terkena embun pagi atau terkena hujan sikit je.

Terus jatuh sakit. Selesema ketuk pintu. Si demam pula nak ikut juga.

Tak terkecuali, si sakit tekak dengan si hidung tersumbat. Satu geng nya dibawa.

Lama bertandang. Baliknya tak. Cuba banyak cara nak halau tapi makan masa. 

Kerap jatuh sakit ni boleh pengaruhi hidup. Boleh beri kesan.

Dilabel rakan-rakan ‘banyak songeh’. Sikit-sikit sakit.

Ada je alasan diberi setiap kali ajak keluar.

Rakan lain putus angin dah. Nama siap kena ‘blacklist’.

Taknak ajak sebab ‘menyusahkan’.

Betul tak?

Ada yang pernah kena macam ni? 

Boleh bikin jiwa kacau sebab otak akan overthinking.

Peritnya nak kena hadap sebab tak boleh kawal.

Nak buat macam mana kan?

Badan tak mengizinkan.

Pernah tak terfikir kenapa aku mudah sangat jatuh sakit. ‘Manja’ sungguh.

Baiklah.

Mereka yang kerap jatuh sakit ni disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang lemah.

Askar badan tidak dapat jalankan tugasnya dengan cekap.

Salah satu punca utama lemahnya sistem imun.

Iaitu kurang aktiviti fizikal atau olahraga.

Dan juga kekurangan mineral dan vitamin dalam badan.

Yang ada masalah lemah imun ni juga selalunya ada masalah stres.

Masalah penghadaman dan kerap kena jangkitan kulit.

Sistem ketahanan badan paling ‘perform’, kuat dan berfungsi paling optimum pada usia muda.

Iaitu golongan dewasa sihat yang berumur 18 ke 25 tahun. 

Ni lah waktu di mana badan paling cergas, minda pun cerdas. 

Masa ni, susah nak jatuh sakit sebab mereka berada pada puncak kesihatan terunggul. 

Walaupun tidak kerap makan makanan sihat. Tiada masalah.

Tapi!

Ini tak boleh dijadikan asbab untuk kita tak jaga pemakanan.

Kena mula dari usia muda lah kalau tak nak penyakit datang bertandang apabila umur semakin menginjak naik.

Ada banyak faktor yang boleh membawa kepada penurunan prestasi sistem imun.

Antaranya, kurang bersenam, kerap mengembara, tidur lewat malam.

Kerja syif malam, gemar makan makanan manis dan makanan segera.

Selain amalkan gaya hidup aktif.

Macam mana nak atasi masalah ini? Boleh cuba try 21 superfood ini.

(Tengok sampai habis tau. Ada surprise menanti di bawah sekali)

.

.

.

1- Buahan sitrus

2- Buah beri

3- Buah ceri

4- Teh hijau & hitam

5- Halia

6- Bawang putih

7- Kunyit

8- Broth

9- Lada benggala merah

10- Cendawan

11- Sayur cruciferous

12- Sayuran berdaun hijau

13- Keledek manis

14- Tomato

15- Yogurt

16- Kekacang

17- Ikan berlemak

18- Kerang-kerangan

19- Daging ayam/itik

20- Biji-bijian

21- Kacang merah & hitam

.

.

.

P/S:

Tuan puan ingin KENALPASTI bahagian OTAK yang mungkin BERMASALAH?

Serta cara nak ATASINYA? 

Klik https://neuroversiti.com/kuiz untuk ketahuinya!

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top