Neuromarketing: Bagaimana Undang Wang Masuk ke Akaun Syarikat

 

Apabila kita buat iklan, pastikan bahagian otak yang jadi sasaran ialah thalamus. Letaknya di belakang telinga.

Thalamus kawal orientasi perhatian atau attention. Ke mana tumpahnya perhatian datangnya dari thalamus. Ia sensitif pada stimulasi visual.

Dalam thalamus ada sel bernama attention-grabbing neuron. Kerjanya ialah kenalpasti imej visual. Sekiranya imej ini menarik, perhatian akan segera tertumpu pada imej itu.

Perhatian jadi pada objek atau imej visual jadi lama.

Visual inilah kunci bagaimana perhatian dan emosi pengaruhi otak.

Sebabnya?

Bayangkan 55% dari sistem sensori di otak dikuasai oleh sistem visual.

Pernahkah berlaku sewaktu anda berbual dengan teman tiba tiba anda terlihat satu objek di luar dan perhatian anda teralih dan mengekori objek itu sebelum anda sedar perhatian anda teralih dari teman bual anda?

Semuanya berlaku tanpa anda sedari. Secara atomatik perhatian teralih pada objek itu.

Inilah yang berlaku apabila thalamus bekerja disebabkan imej yang tertangkap dek mata. Apabila kita desain marketing hingga aktifkan thalamus, kita sedang undang wang masuk ke akaun syarikat.

Justeru, apabila mahu buat marketing pastikan hal thalamus ini diambil kira.

Sekiranya aspek ini diabaikan, kita hanya membakar wang. Duit habis. Sales tidak masuk.

Inilah Neuromarketing. Ilmu marketing masa depan. Ucapkan Hello Future! Here we are!

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top