Anak Tak Dengar Kata? Anak Susah Nak Fokus? Perkenalkan Neuroparenting

Teknik Mendidik Anak Menggunakan lmu Psikologi + Neurosains Yang Telah Diamalkan Lebih 450+ Ibu Bapa

Ramai parent datang jumpa saya dan MENGADU MASALAH yang hampir sama...

  • Anak kurang fokus dan suka memberontak
  • Anak tak dengar cakap
  • Anak addicted dengan gajet, asyik main telefon je
  • Anak suka bertangguh buat kerja sekolah
  • Anak malas mengaji dan malas belajar
  • Anak cepat bosan
  • Anak suka sangat makan jajan, gula-gula, benci giler makan sayur
  • Anak sangat aktif, tak boleh duduk diam
  • Anak pendiam sangat sampai cikgu pun complaint

Sekarang saya ingin kongsikan kisah saya sendiri...

Jun 2002 berpindah ke Melbourne.
Waktu itu musim sejuk sedang memuncak.
Rasa sangat tidak selesa.

Semua barang yang dipegang sejuk. Seolah basah. Hidung sentiasa berair. Mulut kering dan berdarah.

Waktu itu anak sudah 3.
Yang kecil, Akhyar Qisti masih dalam buaian.
Haikal yang kedua, masih tidak bercakap. 'Buas' - istilah orang utara.

Hafiey yang sulung pula pendiam. Layan diri.
Apabila Akhyar besar sedikit, tahap 'buas'nya kalahkan Haikal.

Aku terfikir, “Kan bagus kalau ada manual untuk setiap anak”.
Tapi tidak.

Tidak ada manual disediakan. Kena belajar sendiri.

Peringkat awalnya saya besarkan anak dengan isteri banyak langgar dinding.
Trial and eror kata orang barat.
Walaupun khatam bab Child Psychology, ia masih belum praktikal.

Februari 2003 Dr Ekram Beshir dan suami Mohamad Rida Beshir datang ke Melbourne. Keduanya dari Canada. Terkenal sebagai guru Islamic Parenting.

Saya masuk kelas.
Kebetulan buat di Minaret College, Springvale tempat saya bekerja part time.

Usai program bincang dengan isteri.
Ubah cara parenting. Kami buat. Ikut saranan.

Tapi masih ada rompong dan ruang kosong. Satu hari ketika balik dari kerja aku sembang dengan isteri bab parenting lagi.

Tiga orang anak lelaki cukup peningkan kepala. Mencabar. Apatah lagi tinggal di luar negara.

“Apa yang kita kena buat lagi? Macam tak ok juga. Sekejap saja bertahan, pastu balik asal balik.”

Si isteri hanya angguk. Setuju.
Tanda perlu kerjasama bukan menyalahkan antara satu sama lain.

Dia termenung. Lama kami layan perasaan masing-masing.

Tiba-tiba dia bersuara. “Apa kata tengok dari perspektif otak. Abangkan belajar bab ni.”

“Ye tak ye juga,” fikir ku dalam diri.

“Ok, nanti abang studi bab ni.” Kataku seolah ada curahan air terjun semangat menimpa kepala.

Bermulalah episod menggali maklumat sebegini dari jurnal saintifik.
Bermulalah episod kunjungi bilik pensyarah termasuk supervisor Prof Dave Harvey.

Sedikit demi sedikit corak parenting diubah.
Ditambah baik.
Diganti dengan yang lebih mesra otak iaitu Neuroparenting.

Saya tidak guna lagi pendekatan one size fit all.
Anak berbeza fasa perkembangan otak mereka. Jadi gunakan konteks ini. Lebih customised.

Anak berbeza fasa perkembangan otak mereka. Jadi gunakan konteks ini. Lebih customised.

Apabila neuroparenting diamalkan baharulah rasa parenting ini bukan seksaan.
Bukan ujian dari tuhan tetapi rahmat yang diturunkan.
Baharulah muncul bahagia dalam laksanakan amanah Allah.

Cuma ilmu parenting ini tidak berhenti. Perlu sentiasa diperbaharui.
Disemak, diubah dan diganti jika perlu.

Sekarang ini apabila anak anak dah besar, masih ber-neuroparenting.
Umur dah berbeza. Cara parenting pun tidak sama.

Cuma nak sampai ke peringkat ini pada waktu dulu terasa perit. Sebab tiada kelas. Program parenting banyak tentang aspek tingkahlaku atau behavioural.

Otak yang jadi teraju utama atau pengarah hidup tidak diberi perhatian. Kalau adapun hanya sekadar cubit cubitan. Sedikit.

Apabila lihat adik ipar ada bayi baharu, terlintas di fikiran, biarkan dia langgar dinding atau bantu berikan ilmu? Biarkan anak dia dibesarkan macam aku dulu - trial and error.

Secara peribadi, saya tidak minat cerita bab parenting sebab ini bab work in progress. Tidak ada noktah.

Tetapi bila difikirkan semula, apa salah berkongsi sedikit pengalaman, berkongsi hasil penyelidikan otak anak dengan ibubapa lain.

Tidaklah nanti mereka rasa bersalah macam saya rasa dulu.
Tidaklah mereka rasa menyesal seperti saya rasa dahulu.
Tidaklah juga saya di soal nanti di dalam kubur kenapa tidak sampaikan ilmu ini.

Maka berbenihlah ilmu NEUROPARENTING - ilmu praktikal gabungan ilmu psikologi dan neurosains.

Sebab saya rasa anak anak patut dibesarkan dalam konteks ibubapa ada ilmu power. 
Baharulah anak akan membesar sebagai superpower.

Bagaimana NEUROPARENTING boleh membantu anda

Belajar

bahagian otak yang mendorong tingkahlaku anak anda

Kuasai

ilmu praktikal applied knowledge yang boleh dilakukan sekarang

Tingkat

bagaimana meningkatkan fokus dan prestasi otak anak anda

Actionable

tahu mahu beri makanan mesra otak untuk keluarga

Energi

teknik komunikasi dengan baik dan anak dengar cakap

Kurus

cara mengatasi ketagihan gajet yang melampau

Profil Jurulatih

Dr Rizal Abu Bakar. Satu dalam seribu. Datangnya umpama cahaya yang menerangi. Memperbetulkan otak yang biasa-biasa kepada luar biasa. Bukan sebarangan persona. Asal cerita mendapat pengiktirafan doktor falsafah (PhD) dari Australian National University dengan thesis yang bertajuk : Sleep Disordered Breathing and Depression: Moderating Impact of Perceived Stress and Responses to CPAP.

Minatnya terhadap prestasi otak telah menjemput beliau ke Harvard Medical School pada tahun 2010. Di sana beliau menerima latihan dalam bidang Otak dan Tidur.

Setelah berkhidmat hampir 10 tahun di Australia, Dr Rizal membuat keputusan untuk pulang menabur bakti di Malaysia.

Dr Rizal aktif berkongsi tips meningkatkan prestasi otak di Facebook. Dari tidak dikenali, kini beliau sudah mempunyai 105,847 followers. Lanjutan dari itu beliau telah menganjurkan pelbagai seminar mendidik masyarakat supaya menjaga otak.

Kini Dr Rizal hadir dengan NEUROPARENTING. Formula cara didik anak yang beliau gunakan sendiri untuk anak-anak, kini boleh dimiliki semua orang. Great Brain, Great Life!

Apa Yang Akan Dipelajari

4 Modul O.T.A.K

Neuroparenting dibahagikan kepada empat modul utama. Kesemua modul ini adalah berdasarkan kajian sains yang terbukti dan telah dipraktikkan.

1. OTAK

Kenapa Otak? Bagaimana otak mempengaruhi perkembangan dan pendidikan anak-anak anda. Kenali CEO of The Brain dan cara mengawalnya. Luar biasa hebat para ibu bapa sekalian

2. TIDUR

Percaya atau tidak para ibu bapa sering memandang remeh akan hal ini. Bagaimana tidur boleh beri kesan terhadap perkembangan dan prestasi otak anak anda.

3. AKTIVITI

Bagaimana mengatasi masalah gajet? Aktifkan anak-anak. Cuma bagaimana caranya? Dr Rizal akan tunjukkan dan terangkan aktiviti-aktiviti yang akan beri kesan positif pada otak anak.

4. KUDAPAN

Selalu makan jajan. Belum tahu cara pemakanan anak yang mesra otak? Di sini rahsianya akan dibuka khusus untuk para ibu bapa. 

KAJIAN SAINS

Kesemua teknik dan tips adalah dalam bentuk actionable (boleh buat) dan berdasarkan kajian sains dan ilmu psikologi

Batch #1 Neuroparenting Telah Disertai Lebih 350 Orang Ibu Bapa

Apa Kata Mereka?

Neuroparenting Ini Untuk Siapa?

Neuroparenting direka khusus bagi ibu bapa yang komited mahu meningkatkan fokus anak dan mendidik anak dengan lebih efektif.

Teknik Neuroparenting adalah hasil daripada kajian sains dan ilmu psikologi yang telah dicuba. Ilmu-ilmu ini adalah ilmu-ilmu premium yang dikumpulkan dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami.

Kesemua teknik-teknik ini sangat praktikal dan mudah diamalkan.

SEBAGAIMANA YANG DISAKSIKAN DI

International Speaker

Selain daripada mengendalikan kursus dan seminar di Malaysia, Dr Rizal juga sentiasa di jemput ke luar negara. Beliau pernah menerima jemputan ke Australia, Indonesia dan Jordan untuk berkongsi ilmu-ilmu berkaitan otak.

Certified Neuro Linguistic Coach

Bahkan Dr Rizal pernah terpilih sebagai Best NLP Coach. Beliau merupakan jurulatih NLP bertauliah. Dan ilmu NLP ini ada diselitkan di dalam modul Neuroparenting.

Walk The Talk

Dr Rizal hanya cakap apa yang dia buat. Dan apa yang dia buat adalah berdasarkan hasil kajian. Tidak ada hear-say atau andaian. Kesungguhan Dr Rizal dapat dilihat daripada komitmen beliau untuk memandaikan masyarakat yang cukup konsisten

Maklumat Program

Modul dan Kaedah Pembelajaran Neuroparenting Online

Neuroparenting merupakan kursus secara online. Apabila mendaftar, anda akan menerima login untuk masuk ke website khusus. Akses akan dihantar bermula 1 Februari 2020.


Bahagian 1 : Selamat Datang

Dr Rizal mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar Neuroparenting. Dr Rizal akan menerangkan cara akses konten Neuroparenting.


Bahagian 2 : OTAK

Kenapa Otak? Bagaimana otak mempengaruhi perkembangan dan pendidikan anak-anak anda. Kenali CEO of The Brain dan cara mengawalnya. Luar biasa hebat para ibu bapa sekalian.

Menarik:

  • Ada 250,000 - 500,000 sel otak baru terbentuk ketika ibu sedang hamil. Bagaimana kita dapat mempengaruhi sel otak baru anak ini?
  • CEO of The Brain merupakan bahagian otak terakhir siap. Bagaimana mengawal CEO ini?
  • Kenapa selepas anak buat silap, mereka buat silap lagi? Ada cara mengatasinya?

Bahagian 3 : TIDUR

Percaya atau tidak para ibu bapa sering memandang remeh akan hal ini. Bagaimana tidur boleh beri kesan terhadap perkembangan dan prestasi otak anak anda.

Menarik:

  • Berapakah jumlah waktu tidur yang cukup bagi orang dewasa, remaja dan anak-anak?
  • pakah yang berlaku semasa tidur? Bagaimana otak kita melakukan proses "Disk Defragmentation"
  • Apakah kesan tidur yang sempurna terhadap perkembangan otak anak?

Bahagian 4 : AKTIVITI

Bagaimana mengatasi masalah gajet? Aktifkan anak-anak. Cuma bagaimana caranya? Dr Rizal akan tunjukkan dan terangkan aktiviti-aktiviti yang akan beri kesan positif pada otak anak.

Menarik:

  • Bagaimanakah kesan parah gajet terhadap perkembangan otak anak kita?
  • enapa apabila kita cakap "JANGAN", ini adalah cara yang salah dan tidak tepat?
  • Apakah contoh-contoh aktiviti yang meransang perkembangan otak anak?

Bahagian 5 : KUDAPAN

Anak sering makan jajan. Belum tahu cara pemakanan anak yang mesra otak? Di sini rahsianya akan dibuka khusus untuk para ibu bapa. 

Menarik:

  • Bagaimanakah mendorong anak untuk tidak makan jajan secara berkesan?
  • Apakah menu atau hidangan yang dapat membantu meransang perkembangan otak anak?
  • Apakah tips pemakanan lain yang khusus untuk anak-anak?

Tentang Neuroparenting Online

Neuroparenting Online dirakam secara khusus bagi memastikan Tuan dan Cikpuan mendapatkan output yang bersifat actionable. Ada empat modul utama. Di dalam setiap modul, Dr Rizal menerangkan langkah demi langkah bagaimana meningkatkan prestasi otak.

  • Ada 40 video yang dicipta khusus untuk anda
  • Setiap video dicipta bagi meningkatkan user engagement dan user understanding
  • Anda boleh melayari Neuroparenting Online menggunakan smartphone, laptop ataupun tablet

Penyertaan Neuroparenting Online hanya dibuka selama 3 hari dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Harga akan naik setiap hari.

NEUROPARENTING ini untuk siapa?

Sekiranya anda ingin baiki diri dan kehidupan keluarga, mahu tingkatkan prestasi dan kemampuan otak, tingkatkan tenaga, mahu keluar dari masalah-masalah diri, NEUROPARENTING sediakan ruang yang besar untuk mencapai apa yang anda inginkan.

NEUROPARENTING ambil dari mana?

NEUROPARENTING ialah ilmu hasil dari kajian saintifik berkaitan amalan penjagaan otak, functional medicine, sleep medicine, fisiologi, nutrisi dan amalan klinikal yang terbukti berkesan.

Dr Rizal di Serata Nusantara

Sertai Sekarang dan
Dapatkan Bonus Istimewa BERNILAI RM1394

Bonus 1: Akses Rakaman Neuroconference - Hack Your Brain bernilai RM299

Bagi memastikan anda mendapatkan pembelajaran yang optimum, setiap pelajar akan menerima workbook OCOC. Workbook ini boleh didownload di dalam website ahli.

Bonus 2: Workbook Neuroparenting bernilai RM99

Bagi memastikan anda mendapatkan pembelajaran yang optimum, setiap pelajar akan menerima workbook Neuroparenting. Workbook ini boleh didownload di dalam website ahli.

Bonus 3: EXTRA Modul SST bernilai RM199

Modul ini akan mendedahkan 3 cara tambahan bagaimana berkomunikasi secara berkesan dengan anak-anak. Bernilai RM199

Bonus 4: EXTRA Modul GST bernilai RM199

Modul ini bakal membocorkan cara menawan bahagian otak berkaitan rewards. Dr Rizal juga akan terangkan feel-good-factor hormones dan kesannya terhadap tingkahlaku anak.

Bonus 5: EXTRA Modul R.E.S.P.E.K bernilai RM199

Ini adalah modul premium yang luar biasa. Dalam modul ini Dr Rizal akan berkongsi bagaimana meningkatkan memori anak, menguruskan emosi dan meningkatkan kemahiran belajar

Bonus 6: Akses Video Neuroleadership bernilai RM399

Dalam sesi ini Dr Rizal akan mendedahkan bagaimana menggunakan ilmu otak untuk menjadi seorang leader yang terbaik. Dr Rizal terangkan teknik dan caranya untuk anda aplikasikan sekarang.

Daftar Sekarang

Neuroparenting Online boleh diakses terus menerusi smartphone atau laptop anda. Anda akan menerima akses ke website premium member sahaja.

Neuroparenting

Dibuka Sekarang


RM399

RM199

  • 40+ Video Neuroparenting Online
  • Akses Rakaman Neuroconference - Hack Your Brain bernilai RM299
  • Bonus: Workbook Neuroparenting bernilai RM99
  • Bonus: EXTRA Modul SST bernilai RM199
  • Bonus: EXTRA Modul GST bernilai RM199
  • Bonus: EXTRA Modul R.E.S.P.E.K bernilai RM199
  • Bonus: Akses Video Neuroleadership bernilai RM399

Mohd Zamzam Zainuddin

Customer Experience Manager

Anda dilindungi menerusi jaminan puas hati 10 hari

Sebelum beli kereta, anda cuba dahulu. Apabila mahu beli rumah, anda pergi lihat dahulu.

Kami utamakan kenyamanan dan keselesaan anda. Jadi kami berikan jaminan pemulangan wang 100% seandainya anda tidak berpuas hati. Hanya perlu hubungi kami dalam masa 10 hari selepas pembelian dibuat.

Hantar email ke neuroversiti[at]gmail.com dan kami akan aturkan semuanya. Tidak ada syarat tersembunyi.

Soalan Sering Ditanya

Bagaimana Neuroparenting Online Diajar?

Bagaimana Neuroparenting Ini Berbeza Berbanding Yang lain

Siapa Lagi Yang Pernah Cuba Neuroparenting?

Apakah Sumber Rujukan Neuroparenting?

Bagaimana Andai Saya Tak Puas Hati?

Klik Butang Daftar Sekarang dan Selamat Datang ke Neuroparenting Online

Neuroparenting

Akan dibuka pada 29 Januari 2020. 8 malam - 12 tengah malam.


RM399

RM199

  • 40+ Video Neuroparenting Online
  • Akses Rakaman Neuroconference - Hack Your Brain bernilai RM299
  • Bonus: Workbook Neuroparenting bernilai RM99
  • Bonus: EXTRA Modul SST bernilai RM199
  • Bonus: EXTRA Modul GST bernilai RM199
  • Bonus: EXTRA Modul R.E.S.P.E.K bernilai RM199
  • Bonus: Akses Video Neuroleadership bernilai RM399