Turun berat dalam masa 6 hari dengan NLP. Kisah yang saya alami sendiri.

Ni bukan hype. Saya alami sendiri.

Saya masuk NLP dengan penuh sangsi. Waspada. Diberitahu hype sahaja.

Tetapi di minda terfikir.
Lebih adil kalau masuk belajar. Lebih adil begitu.

Saya pun masuk. Daftar. Belajar NLP.

Mulanya di Pasir Salak. Program 6 hari 5 malam. Belajar NLP coaching.
Gabungan dua disiplin.

Paling menarik semasa di Pasir Salak ialah bab makan. 6 kali sehari makan. Lauk mewah.

Saya fikir apa kata guna teknik NLP program minda.
Naik atau tidak badan apabila makan 6 kali sehari.

Sebagai eksperimen saya pun makan macam orang lain.
Balun sahaja. Tolak nasi dan minuman manis.

Kawan yang lain melantak sakan. Ada yang mengadu seluar ketat. Busuk busuk mahu naik 4-5 kg.

Saya punya anggapan sama asalnya.
Makan banyak mesti membesar sebagai johan juga akhirnya.
Ketika itu berat 66kg.

Tetapi saya cuba program minda.
Setiap kali makan zikir yang keluar ialah kurus. Setiap suap.

Selesai program pulang ke Kuching.
Keluar dari dari airport cikpuan isteri tegur, “Awat kurus?”

Saya terkedu sebentar. Patutnya dah jadi jalur lebar.
Maklumlah makan satu hari 6 kali.

Sampai rumah saya terus cari alat penimbang. Berdebar nak pijak. Berdiri sahaja atas alat penimbang angka 61 tertera.

Maknanya turun 5kg. Makan sehari 6 kali, tidur lewat, tahap stres meningkat, tetapi berat masih turun. Hampir 1kg sehari.

“Subhanallah maksudnya menjadilah,” saya monolog sendirian.

Cikpuan isteri pun terkejut. “Power betul tools dalam NLP ni,” katanya excited.

Saya angguk sahaja. Bagi saya NLP berikan tools, strategi dan cara. Itu pentingnya.

NLP sediakan protokol. Step by step. Selebihnya bergantung pada kita.

Saya sendiripun agak terkejut.
Bagaimana simple step beri kesan besar pada diri.

Berminat? Mahu belajar?

Teruskan membaca.

Mahukah Capai Apa Yang Anda Impikan Selama Ini

Bagaimana Mahu Keluarkan Potensi Diri, Tukar Impian Jadi Kenyataan

The Power of Self Programming Menerusi Teknologi Neuro Linguistic Programming (NLP)

play

Sertai Program NLP Basic Certification

As Seen On

Mind Imprinted Image?

“Nanti besar mahu jadi apa?”

Itu soalan seorang ibu pada anaknya.
Aku sedang tunggu pesawat ke Kuala Lumpur.
Pasang telinga dengar bual anak ibu.

“Mahu jadi engineer.” Jawab anak kecil itu.
Dalam telo anak kecil. Riang dan bangga lagaknya.
Si ibu tersenyum. Tanda restu mungkin.

Anak itu usianya sekitar 4 tahun.
Tubuhnya kecil. Kurus. Mungkin warisi dari ayah ibu.
Keduanya punya susuk tubuh kecil.

Ini soalah lazim ditanya pada sang anak.

Anda juga pernah soal perkara ini pada anak atau adik.

Atau pernah disoal begini waktu kecil dahulu.

Ini adalah contoh soalan yang salah pada anak.

Mungkin ada yang membangkang.
Ada juga tertanya-tanya sebabnya.

Apa maksud “Mahu jadi apa bila besar nanti?”

Atau dalam Bahasa Inggerisnya “What do you want to be when you grow up?”

Soalan ini mengepung pola fikir si anak.
Hidup dikaitkan dengan pekerjaan.

Belajar untuk kerja.
Bukan mencipta kehidupan.

Mahu anak jadi apa atau jadi siapa?

Bukan soal bahasa yang dipersoalkan.

Ini soal mind imprinted image yang cuba dibina oleh ayah ibu.
Atau mungkin atok nenek.

Sebab itu ramai tergelincir. Belajar dalam bidang lain, ceburi bidang pekerjaan lain.
Pun begitu, arca bahagia masih tidak kelihatan.

Di US contohnya, hanya 25% graduan bekerja dalam bidang ijazah mereka.
Mungkin angka ini tidak jauh bezanya di Malaysia.

2/3 pekerja di US pula tidak bahagia dengan karier mereka. 15% benci dengan kerja mereka. Ekstrem.

Kenapa?

Mereka juga dari awal disemai benih percaya “Your degree determines your career”.
Satu bentuk pola fikir atau thinking frame yang menyimpang.

Lantas soalan bagaimana harus ditanya?

Soalan itu harus di reframe kepada “Who do you want to grow into?”

Nanti kamu akan membesar seperti siapa? 

Soalan ini mengarah kepada SIAPA.
Manusia bagaimana?

Bukan apa, benda yang tidak bernyawa.

Soalan reframe begini mangajak anak mencari role model.

Model manusia sukses bagaimana yang harus diikuti?
Ibu bapalah memberi contoh model teladan terbaik untuk dicontohi si anak.

Reframing adalah ilmu penting.
Reframing adalah ilmu dalam Neuro Linguistic Programming (NLP)

Steve Jobs mengubah Apple menjadi ikon teknologi kerana kemampuannya membuat reframing.
Apple satu satunya perusahaan di US yang nilainya mencecah USD$1 trillion.

Steve Jobs sebut “don’t start with the problem, start with the people, start with empathy.”
Orang lain akan bermula dengan "what is the problem".

Contoh fikir biasa ialah apabila kita fikir kita sedang mencipta mesin kopi atau campuran kopi terbaharu. Apabila guna teknik reframing, kita mencipta pengalaman minum kopi di tempat yang selesa.

Inilah digunakan oleh Howard Shultz apabila ambil alih Starbucks.
Orang tidak lagi membayar harga secawan kopi.
Tetapi membayar pengalaman dan kelesaan nikmati secawan kopi. Harganya mahal.

Teknik reframing ini ilmu wajib untuk ibu bapa.
Ilmu wajib untuk orang yang mahu berjaya.
Ilmu wajib untuk anda.

NLP Basic Certification Akan...

Belajar

bagaimana menerobos masuk ke dalam ruang 

Kuasai

ilmu praktikal applied knowledge yang boleh dilakukan sekarang

Tingkat

bagaimana meningkatkan prestasi otak kepada luar biasa

Actionable

setiap ilmu dalam bentuk buat sekarang - actionable knowledge

Energi

bagaimana meningkatkan energi dan prestasi diri

Minda

kuasai minda dengan menerobos the unconscious mind


Software For Brain

Hari ini masuk hari ketiga kendali kelas.
Ia tiada dalam jadual. Buat atas inisiatif sendiri.

Tujuan untuk bantu pelajar.
Bantu mereka layari minggu peperiksaan dengan tenang.

Objektif mahu bekalkan dengan ilmu hebat - Software for Brain (S4B).

Namanya Neurolinguistic Programming atau NLP.

Dalam NLP ada terapi.
Hari ini jalankan terapi pada N pelajar tahun akhir.
Anak muda berumur 22 tahun ini datang dari Pantai Timur.

Derita N tidak mampu makan sayur.
Berbelas tahun tidak menjamah. Apabila makan pasti terkeluar kesemuanya.

N minta diterapi.
Hajat dihati mahu boleh jamah sayur.
Hebatnya sayur pada anti oksida. Sayur beri awet muda.

Sayur cantikkan otak cerdikkan otak. Tiada sangkal dalam bab ini.

Petang tadi N terima terapi.
Kuasa terapi pada bahasa - Subhanallah.
Dengan bahasa N sendiri N diterapi.

Masa diambil hanya 12 minit. Natijahnya N sudah boleh makan sayur. Semangkuk sayur dibedalnya.

Testimoni adalah rasa gembira.
Testimoni beliau adalah lambang berkuasanya alam bawah sedar manusia.

Semua berlaku dengan izin Allah. Kita hanya berikhtiar. Bersama kesusahan akan hadir kesenangan.


Profil Jurulatih

Dr Rizal Abu Bakar

Certified NLP Trainer

Satu dalam seribu. Datangnya umpama cahaya yang menerangi. Memperbetulkan otak yang biasa-biasa kepada luar biasa.

Bukan calang-calang persona. Asal cerita mendapat pengiktirafan doktor falsafah (PhD) dari Australian National University dengan thesis yang bertajuk : Sleep Disordered Breathing and Depression: Moderating IImpact of Perceived Stress and Responses to CPAP.

Minatnya terhadap prestasi otak telah menjemput beliau ke Harvard Medical School pada tahun 2010. Di sana beliau menerima latihan dalam bidang Otak dan Tidur.

Setelah berkhidmat hampir 10 tahun di Australia, Dr Rizal membuat keputusan untuk pulang menabur bakti di Malaysia.

Beliau mula perjalanannya di Universiti Malaysia Sarawak sebagai seorang pensyarah. Dari situ Dr Rizal terus menabur bakti sehingga diundang sebagai International Speaker.

Dr Rizal aktif berkongsi tips meningkatkan prestasi otak di Facebook. Dari tidak dikenali, kini beliau sudah mempunyai 60,000 follower. Lanjutan dari itu beliau telah menganjurkan pelbagai seminar mendidik masyarakat menjaga otak cantik otak cerdik.

Dr Amir Aris

Certified NLP Trainer

Anak jati Johor. Mempunyai 12 tahun pengalaman mengendalikan lebih daripada 700 siri latihan dan pembangunan sumber manusia.

Siri latihan yang dikendalikan beliau melibatkan lebih daripada 30,000 ribu peserta daripada pelbagai peringkat di sektor Korporat dan Awam.

Dr Amir mempunyai pengalaman 20 tahun dalam ilmu membangunkan manusia. Dia bagaikan penyelam yang terjun dan berenang ke dasar laut mengutip mutiara-mutiara indah lalu dibawa ke pemurkaan. Untuk dikongsi bersama.

Dr Amir Berkelulusan PhD, MSc. dan BSc. dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau Aris telah berjaya memperolehi 19 Persijilan Bertauliah Profesional Neuro Linguistic Programming NLP.

"Yang Sudah Tu Sudah, kita ubah! Insya Allah hidup pasti lebih indah" merupakan slogan yang terhujam & berbekas dihati dan menjadi simbol kepada pengzahiran pelbagai emosi yang dirasai oleh para peserta.

Kata Dr. Amir Aris, setiap saat dan inci ruang perkongsian ini adalah amanah dalam sebuah perjuangan yang tidak akan henti-henti hingga nafasnya yang terakhir

Coach Jasmi Bahrim

Certified NLP Trainer

Merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi dalam membangunkan potensi insan. Coach Jasmi mula menceburkan diri dan meneroka ilmu NLP.

Beliau merupakan Certified Master NLP (NFNLP USA). Tidak cukup dengan itu, Coach Jasmi terus menggali ilmu NLP dengan lebih mendalam. Beliau merupakan seorang jurulatih NLP yang diiktiraf (Certified Coach Trainer Akademi NLP Malaysia).

Pengalaman beliau sangat luar biasa. Berkhidmat sebagai guru selama 30 tahun. Memberikan ceramah motivasi, berkongsi kemahiran belajar, meta program, mengendalikan program pelajar, remaja, guru dan ibu bapa.

Tidak cukup dengan itu Coach Jasmi juga merupakan penulis Modul Jatidiri Pelajar Asrama Penuh(SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan Modul NLP untuk pelajar Sekolah Menengah Teknik & Vokasional KPM. Beliau juga merupakan penulis bersama Tn Hj Md Taib Mat Buku “NLP UNTUK GURU” dan Modul Anda Berhak Hebat (Cetakan yang ke-40,000).


Apa Yang Akan Dipelajari

11 Teknik NLP

Anda bakal menguasai 11 Teknik NLP yang akan merubah hidup anda dan keluarga. Transformasinya luar biasa!

1. CIRCLE OF EXCELLENCE

Meneroka dan menggali di manakah sumber-sumber terbaik yang ada dalam diri kita. Sumber ini apabila ditemui, hasilnya menakjubkan.

2. ANCHORING

Kuasai ilmu yang digunakan tokoh-tokoh komunikasi. Ilmu 'menyauh' ini akan menjadikan diri anda berbeza daripada sebelum ini.

3. UBAH SEJARAH DIRI

Apakah yang menghalang anda untuk bangkit? Pengalaman lampau? Mahukah anda membuang igauan buruk yang sering menghantui diri?

4. NEW BEHAVIOUR GENERATOR

Mahukah anda melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran baru? Adakah ini mungkin? YES! Modul ini akan mendedahkan kepada anda bagaimana mencipta New Behaviour.

DAN...

Kesemua teknik ini akan diajar menggunakan Accelerated Learning Technique supaya ilmunya melekat dan terus dapat dipraktikkan

Accelerated Learning Techniques

Kaedah “Accelerated Learning Techniques” akan digunakan sepanjang program ini. Kaedah ini akan membolehkan anda menguasai setiap teknik yang diajar dengan lebih berkesan. Dan apa yang lebih penting, dapat terus dipraktikkan serta merta.

AS SEEN ON

Trio NLP Berpengalaman

Gabungan Trio Dr Rizal, Dr Amir dan Coach Jasmi merupakan gandingan yang sangat padu. Belajar dari mereka bertiga ini ibarat menuntut NLP 100 tahun. Apa yang lebih dahsyat adalah kesemua mereka ini bukan sekadar trainer yang diiktiraf, bahkan merupakan pengamal kepada ilmu yang dikongsikan.

Apakah Yang Saya Mahu?

Di dalam program ini akan menyelam ke dalam diri. Anda akan meneroka apakah sebenarnya apa yang saya mahu? Apabila anda jelas apa yang anda mahu, anda akan melihat bagaimana mencapai apa yang dicitakan itu.

Teknik Modelling

Success Leaves Clues. Kejayaan meninggalkan jejak. Namun adakah jejak itu dapat diikuti? Dan apakah cara dan kaedah untuk mengikuti jejak itu? Di dalam program ini anda akan belajar Teknik Modelling. Bagaimana menduplikasi kejayaan orang yang hebat-hebat.

Apa Kata Peserta NLP?

NLP banyak membantu saya. Terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di universiti. Yang kedua dalam proses penyeliaan pelajar Masters, Ph.D. Paling penting untuk saya uruskan diri saya, keluarga, anak-anak dan isteri saya.

Profesor Madya Dr Muhammad Abdullah
Universiti Perguruan Sultan Idris

Bila saya balik NLP ini, banyak benda yang saya teruja sangat. Macam kita boleh kenal dan faham bagaimana orang itu boleh berfikir sedemikian...Bila saya belajar, saya lebih faham. Saya jadi lebih tenang dan tidak menggelabah.

Muslimah bt Samsudin
Trainer Komunikasi

NLP merupakan manual untuk kita berjaya dalam kehidupan kita. Yakin dan percayalah dengan ilmu NLP ini anda dapat menentukan masa depan yang diinginkan. Dan percayalah manual yang diberikan dalam NLP dapat mentransformasikan hidup yang anda inginkan.

Peserta NLP Certification


Maklumat Program

Modul dan Kaedah Pembelajaran Program Basic NLP

Program ini akan menggunakan kaedah Accelerated Learning Techniques. Kaedah ini akan membolehkan anda menguasai teknik-teknik yang diajar dengan berkesan dan efektif.


Teknik 1 : Circle of Excellence

Anda akan mengenali sumber-sumber terbaik yang ada dalam diri. Sumber-sumber ini mungkin sudah diketahui namun jarang digunakan. Kini anda akan membangunkan harimau yang sedang tidur!


Teknik 2 : Ubah Sejarah Diri

Adakah hidup anda terganggu dek igauan dan pengalaman buruk? Pengalaman ini sering menghantui dan menyebabkan anda tidak sukar berubah. Teknik ini ada jawapannya.


Teknik 3 : Ubah Sejarah Diri

Setelah mengenali sumber-sumber terbaik dalam diri, kini masa untuk beraksi! Anda akan belajar bagaimana menambah lagi tenaga harimau yang sudah bangkit.


Teknik 4 : Anchoring

Anda bakal menguasai rahsia tokoh komunikasi. Teknik 'menyauh' ini akan membuka mata anda kepada sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.


Teknik 5 : Merantai Sauh

Bagaimanakah mengekalkan keadaan diri yang baharu? Teknik ini dikenali sebagai merantai sauh. Ada cara dan kaedah yang tersendiri. Supaya anda tidak kembali ke keadaan sebelum ini.


Teknik 6 : Swish Pattern

Mengatasi halangan dan kekangan diri di masa lalu yang merencatkan perkembangan diri. Anda akan keluar dari belenggu ini ibarat sang kupu-kupu keluar dari kepompong.


Teknik 7 : New Behaviour Generator

Apakah mungkin untuk diri kita menguasai kemahiran yang baharu dalam usia begini? YA! Dengan teknik yang betul, kita akan dapat kuasai kemahiran yang belum pernah dicuba.


Teknik 8 : Timeline - Garis Masa

Anda akan menerobos dan melalui terowong masa bagi melakukan transformasi diri sendiri dan keluarga. Bagaimana caranya? Kami akan dedahkan langkahnya satu persatu.


Teknik 9 : Fast Phobia Technique

Saya telah kongsikan cerita bagaimana pelajar saya yang anti-sayur akhirnya menikmati sayur. Sekarang ilmu ini akan diserahkan kepada anda.


Teknik 10 : 6 Step Frame

Tahukah anda kita mempunyai minda separa sedar yang berperanan cukup penting terhadap setiap keputusan. Teknik ini akan mengajarkan bagaimana anda boleh menggunakan minda separa sedar.


Teknik 11 : Appresiasi Diri

Orang yang berjaya mempunyai keyakinan diri yang betul. Tidak melampau dan tidak terlalu rendah. Di dalam teknik ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk meningkatkan nilai diri.


Sertai Sekarang dan

Dapatkan Bonus Istimewa BERNILAI RM3699

Bonus 1 : Workbook NLP bernilai RM200

Bagi memastikan anda mendapatkan pembelajaran yang optimum, setiap pelajar akan menerima workbook NLP.

Bonus 2 : Makan 3 kali Sehari Selama 6 Hari Bernilai RM1500

Peserta di NLP bakal disajikan makanan dan minuman yang berkhasiat dan sihat untuk terus bertenaga selama 6 hari berprogram. 

Bonus 3 : Webinar Coaching Bersama Trio NLP Bernilai RM1999

Dalam sesi ini Dr Rizal akan mendedahkan bagaimana menggunakan ilmu NLP untuk menjadi seorang leader yang terbaik. Trio NLP akan terangkan teknik dan caranya untuk anda aplikasikan sekarang. 

Bonus 4 : Sijil Pengiktirafan NLP (Priceless)

Peserta dianugerahkan sijil pengiktirafan NLP yang sangat bernilai dan premium yang susah untuk didapati di luar selain hanya khas untuk peserta program NLP sahaja.

Tentatif Program

Kami telah memilih lokasi program terbaik yang selesa untuk anda. Program diatur supaya anda mendapat impak maksimum daripada program ini.

  • Hanya 80 peserta terawal sahaja diterima
  • Berlansung dari 11-16 Mac 2020, 9 pagi - 5 petang
  • Lokasi di Kelana Resort , Port Dickson 
  • Makan: Makan pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang disediakan
  • Sijil Pengiktirafan akan diberikan selepas lulus ujian
  • Program ini boleh dituntut HRDF (HRDF claimable)

​Seandainya anda memerlukan sebut harga (quotation) untuk dihantar kepada syarikat, hubungi kami menerusi neuroversiti[at]gmail.com


NLP ini untuk siapa?

NLP merupakan satu program untuk anda mengenali potensi diri dan seterusnya membangunkan potensi diri itu. Program ini akan melengkapkan diri anda dengan tools yang diperlukan untuk membuat perubahan diri sendiri dan keluarga.

Apakah Faedah NLP?

  • 1
    Meningkatkan keupayaan dan kemahiran berkomunikasi dengan ketara melalui kefahaman
    bahasa minda.
  • 2
    Membina matlamat yang jelas dan kukuh serta memantapkan diri untuk mencapainya.
  • 3
    Mengembangkan daya kepimpinan dan pengaruh yang efektif.
  • 4
    Memecah dan mengikis tabiat yang tidak produktif dalam diri.
  • 5
    Mengawal emosi diri seperti kebimbangan, marah, benci,ketakutan dan rasa bersalah.
  • 6
    Mewujudkan dan memantapkan hala tuju dan tujuan kehidupan yang jelas.

"Pada mulanya saya TAK PERCAYA pada NLP, tak kisah pun tentang NLP...

Saksikan video kisah sebenar ini

NLP di Seluruh Malaysia

Mohd Zamzam Zainuddin

Customer Experience Manager

Anda dilindungi menerusi jaminan puas hati 30 hari

Seandainya anda tidak mendapat sebarang perubahan lansung selepas mengamalkan teknik-teknik NLP ini, kami komited untuk memberikan jaminan pemulangan wang 100%.

Program ini adalah program luar biasa yang dicipta supaya anda mendapatkan hasil apabila mengamalkannya.

Hantar email ke neuroversiti[at]gmail.com dan kami akan aturkan semuanya. Tidak ada syarat tersembunyi.

Soalan Sering Ditanya

Adakah program ini HRDF claimable?

Berapa kali waktu makan?

Adakah ada sijil?

Adakah saya boleh membuat bayaran ansuran?

Bagaimana Andai Saya Tak Puas Hati?

Klik Butang Daftar Sekarang dan Siap Sedia Untuk ke NLP Basic Certification

NLP Basic Certification

  • 11 Teknik NLP
  • Workbook NLP dan group training
  • Akses kepada Trio Hebat: Dr Rizal, Dr Amir, Coach Jasmi
  • Sijil NLP Basic Certification
  • Diiktiraf oleh Akademi NLP Malaysia
  • Terhad kepada 80 orang peserta terawal sahaja

Super Early Bird 7 Feb - 14 Feb

Early Bird 15 Feb - 29 Feb : RM3980


RM4850


​Biasa 1 Mac - 11 Mac : RM4850


00
Hari
00
Jam
00
Minit
00
Saat

Pertanyaan dan Inkuiri

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian hotline kami di talian +60 17-973 5887

Mohd Zamzam Zainuddin
Customer Experience Manager