Nota Neuromarketing 3: Kesan Poster Obama Pada Pelihat

NOTA NEUROMARKETING 3

Ogos 27, 2008 di Denver Colorado. Nama seorang senator Junior diumumkan sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) di Democratic National Convention. Ia jadi sejarah – orang kulit hitam pertama diangkat ke makam terpuji itu.

Beliau adalah Barack Obama.

Saat beliau dicalonkan Amerika Syarikat berdepan dengan porak peranda perang Iraq dan Afghanistan. AS pada saat itu juga dikunjungi penangan kejatuhan ekonomi sejak Great Depression 1930an.

Beliau tahu bahana yang menanti. Beliau juga tahu apa yang terbuku di hati rakyat pada saat terjerut dengan keadaan ekonomi yang buruk. Mereka mahukan harapan. Mereka dambakan kebaikan masa depan.

Obama lancarkan kempennya HOPE and CHANGE.

Dalam ucapannya beliau bukan sahaja hadirkan mesej beri inspirasi tetapi imej yang mengikat mata memandang dan menambat hati pada mata yang melihat.

Imej yang dihadirkan menjadi poster ikonik Obama. Poster yang dilukis oleh Shepard Fairey ini gambarkan IDEA of HOPE Obama. Dengan wajah Obama seolah melihat ke arah masa depan. Dengan perkataan HOPE, besar dan diboldkan, ia hadirkan makna gagasan HOPE and CHANGE.

Poster ini mendepani setiap kehadiran Obama. Poster menakluk percaya. Poster ini benihkan harapan.

Di saat poster ini dieksperimen dalam ujikaji neuromarketing didapati bahagian otak manusia bernama bilateral medial orbitofrontal cortex (mOFC) menjadi aktif.

mOFC adalah bahagian otak yang uruskan hal berkaitan reward, motivasi, penyelesaian masalah atau problem solving dan tingkahlaku berasaskan matlamat. Inilah yang Obama sasarkan semasa kempennya. Tembakan tempat ke sasaran otak pengundi.

Obama gambarkan hadirnya sebagai presiden adalah reward kepada masyarakat, dialah penyelesai masalah, dialah orang yang capai matlamat yang disasarkan.

Ini penangan Neuromarketing. Seolah seperti sniper. Satu peluru untuk selesaikan isu.

Poster ini sebabkan nama Obama meroket tinggi. Disebut. Dipuja dan dinantikan namanya diumum sebagai presiden AS.

Ketika saat namanya diumum saya masih di Australian National University. Duduk bersama teman-teman sekuliah di Cafe nantikan saat bersejarah ini. Walau tiada kena mengena, keterujaan menyapa kami untuk menanti bersama.

Mungkin pada saat melihat poster OBAMA dan perkataan hope mOFC saya juga rancak berpesta. Mungkin saya juga dambakan masa depan yang lebih baik. Mungkin juga mahu masalah yang bersarang diselesaikan. Siapa yang tidak mahu, bukan?

Inilah neuromarketing. Inilah masa depan. Sebutkan Hello Future, we are here!

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0