Kesihatan adalah aset paling berharga dalam kehidupan
Kalau nak cakap,
memang banyaklah faktor yang perlu
kita titikberatkan soal kesihatan
dan pemakanan lelaki.
Tahukah anda?
Kebiasaannya lelaki dapat membakar kalori
jauh lebih cepat daripada wanita!
Kita mungkin menganggap lelaki
yang badannya mantain berada dalam
keadaan sihat, kan?
Lazimnya, tidak semestinya begitu!
Lelaki lazimnya menyimpan BERAT berlebihan di bahagian tengah badan atau perut, yang jauh lebih bahaya untuk kesihatan berbanding wanita
Berita baiknya,
Lelaki yang nak kawal berat badan ni,
perlu usaha dengan cara yang betul! 😊
Terdapat 4 NUTRIEN penting yang
boleh bantu tingkatkan kesihatan lelaki.
Nutrien bermaksud mendapatkan kandungan khasiat pemakanan yang memberi tumpuan paling tinggi dalam setiap suapan makanan
i. Kandungan Serat Tinggi
Lelaki dewasa perlukan 30g serat sehari untuk proses penyahtinjaan & pemeliharaan kesihatan usus
Pemakanan yang mengandungi serat tinggi
boleh membantu membuatkan perut rasa kenyang,
sekaligus memudahkan untuk kawal berat badan.
Makanan apa yang tinggi seratnya?
Semestinya adalah;
- Buah-buahan – Betik, manggis, jambu batu dsb
- Sayur-sayuran – Sawi, lobak merah, brokoli, bayam air
- Bijirin penuh – Beras perang atau oat
- Kekacang
Makanan bernutrien seperti ini juga
boleh membantu dalam menurunkan paras
kolestrol yang berfungsi untuk melindungi jantung.
ii. Magnesium
Magnesium adalah nutrien yang sering diabaikan.
Tetapi, Ia SANGAT PENTING untuk
fungsi otot dan sistem saraf!
Magnesium juga dapat membantu
mengurangan tekanan darah dan meningkatkan
kualiti tidur – sesuatu yang kita perlukan selepas
seharian bekerja.
Antara sumber magnesium termasuklah;
- Bayam
- Kacang almond
- Pisang
- Coklat gelap (OCOC Vegan)
iii. Kalium
Mungkin ramai lelaki tidak mendapatkan
kalium yang secukupnya.
Kalium adalah salah satu MINERAL penting untuk badan kita berfungsi dengan baik
Mineral ni juga dikenali sebagai POTASSIUM
ia berperanan besar dalam beberapa proses
penting dalam badan.
Antara makanan yang kaya dengan kalium;
- Pisang
- Tomato
- Avokado
- Kentang (termasuk kulitnya)
- Oren
Apa jadi kalau tubuh tak cukup kalium?
Badan yang tak cukup kalium
dikenali sebagai HIPOKALEMIA.
Mungkin boleh jadi; kram otot, mudah letih,
denyutan jantung tak normal & masalah penghadaman.
iv. Vitamin D
Vitamin D sangat penting untuk tulang
dan sistem imun yang kuat.
Vitamin D adalah sejenis vitamin larut lemak yang memainkan peranan dalam pelbagai fungsi tubuh
Vitamin D dikenali sebagai ’vitamin matahari’ 🌞
Ini kerana tubuh kita dapat menghasilkan vitamin D
secara semulajadi apabila kulit terdedah kepada
cahaya matahari pagi.
Antara makanan yang kaya dengan
vitamin D ialah; ikan berlemak (salmon,
tuna, makarel), kuning telur, susu atau
bijirin yang diperkaya dengan vitamin D.
Persoalannya?
Apa yang akan jadi apabila tubuh
kekurangan nutrien ini?
Mungkin ramai tak tahu,
Ia boleh menyebabkan;
- Lemah tulang & otot
- Tinggi risiko terkena jangkitan
- Rasa letih berpanjangan
- Rasa kemurungan
Jadi, pastikan tubuh anda sentiasa mendapat
vitamin D untuk kekal sihat dan cergas.
Perlu diingat!
khususnya kepada LELAKI!
Amalkan nutrien penting ini dalam
diet harian anda!!!
Menjaga kesihatan bukan sekadar
untuk diri sendiri tetapi juga untuk
orang yang kita sayangi.
Jadi, tunggu apa lagi?
Apa kata kita mulakan dengan
langkah kecil ni hari ini?🌿
Tahu sesuatu?