Obesiti & Otak

Hasil tinjaun terkini mengejutkan. 47% rakyat Malaysia adalah obes.

Melihat dan mendengar kesan obesiti menakutkan. Menyeluruh.

Bukan sahaja pada fizikal tetapi kepada otak manusia.

Perubahan cara hidup masyarakat Malaysia menggusarkan.

Lambakan kedai makan 24-jam tidak membantu mengurangkan fenomena ini.

Kedai atau warung makanan menyaji makanan sedap pasti diserbu. Nikmat makanan sentiasa diseru.

Ramainya yang makan walau tidak lapar.

Ramai yang makan hingga kenyang walau itu bukan perilaku Nabi (baca selawat).

Baginda SAW berhenti sebelum kenyang. Kita tidak berhenti hingga betul-betul kenyang.

Lima perkara akan berlaku pada otak andai terpalit obesiti:

1- Bahagian otak yang sensitif pada makanan manis iaitu STRIATUM menjadi kurang sensitif.

Akibatnya pengambilan makanan manis bertambah.

Makin tinggi nilai manisnya, makin obes dan dekat kita dengan diabetis.

Akibatnya kita akan terus makan. Terliur dan teruja melihat makanan.

2- Bagi kanak-kanak yang obes, bahagian otak yang bernama ORBITOFRONTAL CORTEX mengecil.

Kesannya kanak-kanak ini menjadi impulsif – melakukan sesuatu mengikut gerak hati tanpa berfikir dahulu.

3- Obesiti menyebabkan perubahan pada sistem imun kanak kanak, serta meningkatkan keradangan pada tubuh badan.

Keradangan dalam sistem tubuh mereka ini akan melarat ke otak dan merosakkan sel-sel tertentu otak.

4- Menurut Jurnal saintifik Annals of Neurology yang diterbitkan pada bulan Mei 2015, perut buncit boleh menyebabkan otak mengecil.

Ya, makin membesar perut makin mengecil otak. Mendedahkan si pemilik perut ini kepada penyakit nyanyuk dan kemerosotan prestasi otak.

5- Obesiti membantutkan proses mengingat.

Memori terganggu. Hormon yang dikeluarkan oleh tisu lemak dipercayai menjadi punca mengganggu pembentukan memori.

Dapatan ini dirakam di jurnal saintifik bernama Journal of The American Geriatric Society.

Kesan obes adalah serius.

Makan tidak berpada, tidak dipandu menjadikan diri sarang penyakit.

Kenapa Perlu Kurus & Sihat?

Ada lebih dari 140 kajian. Mengkaji perihal obesiti dan kesihatan otak.

Data dan fakta menakutkan.

Kajian dapati apabila berat meningkat, fungsi dan saiz otak menurun.

Orang obes punya 8% kurang volume/saiz otak. Otak mengecil.

Tambah merisaukan apabila otak mereka 16 tahun lebih tua dari otak orang yang tidak obes.

Tambah gusar apabila bahagian yang terkesan ialah PreFrontal Cortex (PFC)- CEO of the brain.

PFC adalah pusat fokus, short term memory, buat keputusan, analisa dan pertimbangan buruk baik.

Ia juga sistem brek untuk otak manusia.

Bayangkan apabila brek kenderaan tidak berfungsi.

Jom pakat pakat jaga diri.

Pesan memesan sesama sendiri.

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top