Okay Ke Tonton Cerita Hantu?

Berbual dengan teman.

Katanya bawa anak tonton wayang. Cara luangkan masa bersama anak-anak.

Saya tanya cerita apa. Menarik juga kalau cerita bagus.

Cerita hantu katanya.

Saya tarik nafas dalam dalam.

Otak tidak bezakan antara realiti dan senario dalam movie.

Tidak sesuai untuk otak anak-anak. Pada otak scene itu real. Pada anak-anak bahagian otak bernama amygdala akan aktif.

Bahagian ini kerjanya seperti polis. Siap siaga sentiasa.

Apabila dia takut, maka ketakutan akan jadi sistem operasi anak anak.

Takut nak ke bilik air. Takut gelap.

Pendek kata macam macam takut akan terkeluar.

Amygdala juga keluarkan hampir 12 hormon berkaitan dengan stres.

Bayangkan anak-anak kecil dilonggokkan dengan lambakan hormon stres.

Hormon-hormon ini dengan bangganya ganggu kemampuan logik, kemampuan berikan sebab, proses bahasa dan komunikasi anak anak.

Kata kata ‘mana ada hantu siang siang’ tidak dapat ditapis oleh logik anak-anak lagi.

Bagi mereka sama sahaja.

Lebih malang lagi pelajaran terganggu. Tuisyen pula tidak dapat bantu.

Kepala kita yang tidak gatal akhirnya kita garu. Cuba cari mana silapnya.

Apabila mahu bawa anak tonton wayang, pilih dan tapis filemmya.

Usah membina derita pada anak yang tidak berdosa.

Boleh boleh ?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Awas! Minuman Bertenaga Bukan Sekadar Penyegar Dahaga

Sakit Tekak Tak Hilang? Ini 7 Cara Cepat Legakan & Redakan Batuk Tanpa Bergantung Ubat!

Brain Fog: Penyakit Senyap yang Mungkin Sedang Merosakkan Produktiviti Anda Sekarang

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Scroll to Top