Okay Ke Vaping?

"Ok ke vaping? " Soalan ni undang macam macam jawapan. Ada kata “ok jer tak de masalah”. Ada pula kata “tak bagus. Sama macam hisap rokok.”


Soalan yang timbul pula ialah yang mana satu betul? Ada beza tak antara orang dewasa dan remaja?

Ada dua kajian yang menarik untuk jawap soalan soalan ni. Keduanya dari University of Rochester Medical Centre (URMC). Fokus saya pastinya impak kepada otak manusia.

Kedua kajian ini diterbitkan dalam jurnal saintifik Tobacco Induced Diseases dan Plos One. Kajian pertama libatkan 18,000 pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kajian kedua pula libatkan 886,000 remaja. Kedua kajian in cuba bandingkan kesan merokok dan juga vaping.

Seperti yang saya jangkakan impaknya memang menakutkan. 

Kedua dua kajian dapati sama hisap rokok atau vaping ianya beri kesan kepada fungsi otak. Tak kira umur berapa pun.

Kajian juga dapati vaping berbanding dengan tidak vaping ganggu 3 fungsi penting otak iaitu:

1. Konsentrasi

2. Memori

3. Kemampuan buat keputusan

Ketiga aspek ini dialami oleh remaja dan juga orang dewasa.

Dalam rumusan kajian, pengkaji sebut vaping tidak sepatutnya dianggap sebagai alternatif sihat kepada merokok. Lagi muda seseorang lebih bahaya lagi impaknya kepada otak.

Belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Sahur: 2 Minuman Ini Buat Tahan Kenyang Masa Puasa Sampai Berbuka

Sahur Dengan Chia Seed: Rahsia Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Scroll to Top