Otak Aku Okay Ke ?

Alamak otak aku

Itu kata-kata yang terpacul dari mulut rakan tadi.

Dia baca pelbagai topik tentang Otak semalam di neuroversiti.com.

” Tak pernah terfikir tentang otak sebelum ini. Muka, badan, rambut jaga bukan main lagi. Baju pun mahal-mahal.

Otak tak pernah terjaga.

Semua benda yang doc tulis saya tak buat dan simptom banyak dah bertapak kukuh dalam diri. Aduss!!! ”

luah rakan ini lagi sambil menepuk dahi.

Rakan ini orang besar fakulti. Masih muda sekitar 30an.

Rambut sudah mula memutih dan menipis.

Perut maju ke depan. Tanda apabila mandi terbentuklah air terjun.

Apabila bercakap selalu mencari-cari perkataan.

Anak-anaknya masih kecil. Yang sulung baru bersekolah rendah.

Lihat dari keadaan fizikal boleh dianggarkan umur mencecah pertengahan 40.

“Tapi nak tanya satu. Saya tengok masa meeting, banyak yang mengulit handphone.

Tapi you tak pegang dan belek mesej pun.

Apesal yang lain, termasuk saya la asyik belek handphone masa meeting”

soal beliau sambil tersengih.

Kita asyik ulit gajet sebab ketagih. Dopamin mencanak naik.

Bahagian otak yang aktif sama dengan bahagian otak aktif apabila kita mengambil dadah jenis kokain

Dopamin ni adalah “feel good” hormone. Perlu ada. Andai berlebihan ada kesan tidak bagus.

Apabila kita terliur nampak makanan kegemaran kita.

Kecur air liur apabila orang sebut makanan kegemaran kita, itu tandanya dopamine sedang lincah beraksi.

Bahaya apabila dopamine dibiarkan lincah beraksi sendirian. Jumlahnya akan meningkat tinggi.

Apabila dopamine tinggi, serotonin jadi rendah.

Serotonin adalah “feel important” hormon.

Yang kaki merajuk, rasa disisihkan, rasa orang tak sayang lagi sebab hormon ini rendah.

Dalam hidup kita mahu dihargai. Kita mahu disayangi.

Kita mahu dianggap penting. Yang memberi perasaan itu adalah serotonin.

Untuk hidup tenang dan bahagia dopamin dan serotonin perlu seimbang.

“Alamak! Ye ke? Makin teruk I ni. Boleh recover ke?”

soalnya bersungguh-sungguh minta kepastian.

“Bukankah Nabi Muhammad (baca selawat) sebut setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Insyaa Allah boleh recover.” Balas saya ringkas.

“Sebab tu saya buat neuroversiti.com dan OCOC Online. Bukan suka-suka. Mahu bantu sebab ini amanah ilmu.”

“Saya lihat Neuroversiti.com ini jihad ilmu.

Jihad untuk memandaikan ummah. Jadikan sihat sebagai jihad.”

Tegas saya penuh semangat.

“So, untuk otak macam I ni boleh baik?

“Boleh sangat,” jawab saya ringkas sambil menepuk bahunya.

Dalam OCOC Online kita sediakan soalan diagnosis otak.

Dibangunkan hasil penelitian ke atas 80,000 scan atau imbasan otak manusia.

Asal soalan ini dibangunkan di US, dibawa ke Australia dan sekarang berada di Malaysia.

Soalan diagnosis otak ini akan fokus kepada lima bahagian otak utama.

Kita kenalpasti bahagian mana yang ada masalah. Bahagian mana yang bagus.

Yang bermasalah kita baiki. Yang bagus kita bantu baguskan lagi.

Yang penting ialah dapat kembali kepada fitrah hebat kita sebagai Khalifah di atas muka bumi ini.

“Ok ok. Aku faham. Aku tidak terfikir yang kita perlu jaga otak.

Tak tahu langsung yang kita boleh check macam ni. Baguslah kau buat macam ni.

“So dah boleh check ke? soal teman ini lagi.

“Dah. masuk jer ke OCOC Online di neuroversiti.com. Daftar, Bayar & Belajar.

Esok secara rasmi akan dilancarkan. Jadilah yang pertama.

Jagalah otak.

Otak kita tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

21 Makanan Atasi Ekzema

Elak 5 Benda Ni Kalau Tak Mahu Ekzema Makin Teruk!

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

Scroll to Top