Otak Biru

Saya terkejut. Tatkala terlihat di muka depan tajuk akhbar tabloid.

Tajuknya Otak Biru.

Paparan statistiknya meresahkan. 10% dari 26, 871 remaja yang yang ditemubual ketagih menonton bahan lucah.

Ada di antara mereka mula menonton seawal usia lima tahun.

Saya juga banyak menerima private message dari pelajar belasan tahun menceritakan perihal masalah yang sama.

Antara soalan yang kerap ditanya ialah apa kesannya pada otak.

Kesan besar menonton filem lucah ialah otak menjadi kecil.

Hasil kajian imbasan otak ke atas penagih filem lucah membuktikan hal ini.

Ia juga menukar struktur dan fungsi otak hingga menyebabkan ketagihan.

Bahagian utama terkena penangannya ialah striatum. Amygdala juga terkena getahnya.

Amygdala tugasnya memproses peristiwa dan emosi berkaitan dengannya.

Striatum ini berkaitan dengan ‘reward’. Berkait dengan motivasi.

Gangguan padanya akan mengganggu pengeluaran hormon dopaminhormon bahagia manusia.

Lambakan dopamin akan menyebabkan ketagihan.

Lama-kelamaan otak meminta lebih aktiviti untuk menghasilkan dopamin.

Tingkahlaku menonton akan meningkat.

Andai tidak dikawal ianya akan membawa kepada membuat.

Menonton tidak lagi mampu memberi keseronokan yang didambakan.

Penagih bahan lucah akan beralih daripada menonton kepada mengintip atau bahasa popularnya skodeng.

Dari skodeng ia akan berubah kepada mencuba.

Maka meningkatlah aktiviti zina. Berlambaklah anak luar nikah ditinggalkan di sana sini.

Andai ada ketagihan, wajib dapat dapatkan rawatan.

Terapi kognitif tingkahlaku berkesan sebagai rawatan. Hipnosis juga mampu menghilangkan ketagihan ini.

Kenapa perlu kecilkan otak untuk bahan lucah?

Ibubapa perlu jaga dan perhatikan anak anak. Dunia kini tanpa sempadan.

Yang remaja pula harus tahu kesannya ini dan wajib menjauhinya.

Sebarkan ilmu ini dengan share di FB masing masing.

Otak kita tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top