Macam Mana OTAK Beritahu Nak Undi Siapa?

Menarik kajian ni. Dibuat pada 2015.

Peserta diminta undi beberapa calon berpotensi.

Hanya gambar, nama dan parti.

Dan diminta nyatakan sebab kenapa pilih calon tersebut.

Ada satu bahagian otak nama lateral orbitofrontal cortex (LOFC)

Yang jadi aktif ketika proses mengundi berlaku.

undi

Hasil kajian mendapati:

Peserta dengan LOFC sihat buat undian sebab daya tarikan fizikal.

Juga ambil kira sumbangan.

Manakala peserta dengan LOFC tak berapa sihat undi hanya sebab daya tarikan fizikal.

Masa pengundi nak buat pilihan. Nak undi siapa ni agaknya.

LOFC yang sihat buat brainstorming. Pikir punya pikir

Setiap inci maklumat kena jugak ambil kira.

Kalau boleh, nak tahu calon ni sokong liga bola mana.

Habis segala kisah silam dikorek keluar.

Pangkah pun cantik. Tak nak undi rosak.

Masa yang diambil untuk pilih lebih lama.

Kalau LOFC ni tak berapa sihat. Fungsi tiga suku

Setakat pangkat. Jawatan pandang sebelah mata. Sumbangan dan janji.

Tak kisah semua tu.

macam

Yang ni main qhimbok aje. Hentam terus ikut suka hati dia.

“Dulu satu kampung dengan ceq ni”

“Mak aihh segak muka”

“Suka pesyen baghu dia ni. Meghelit sana sini”

“Baguih dia ni! Peqamah. Muka baik”

“Ceq tak kisah pangkah mana. Supa tula je”

Lebih terarah undi sebab sumber tak berkaitan sangat.

Saja saja pun ada.

Tuan Puan kategori mana?

Sudah persiap diri? Undi siapa? Biarlah rahsia.

.

.

P/S :

Saya suka berkongsi ilmu tentang OTAK & kesihatan di Telegram saya.

KLIK DI SINI

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Kita Jadi Lapar? Rupanya Otak Anda ‘Tipu’ Anda Tanpa Sedar

Rahsia Otak Di Sebalik Puasa dan Al-Quran Yang Jarang Dibongkar

Puasa Boleh Naikkan Human Growth Hormone 5x Ganda? Ini Fakta Ramai Tak Tahu

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Scroll to Top