Kunci Tidak Di Ingat Di Mana Letaknya, Marah Menjadi Mudah Sekali. Apa Tandanya Itu?

Perhatian kita lebih tertumpu pada yang senang dilihat. Fokus pada senang dipuji. Biasanya aspek luaran mendapat tempat di hati.

Aspek kesihatan diakui penting. Malangnya tiada tindakan diambil. Selagi tidak sakit, selagi itu perhatian tertumpu pada yang lain.

Kebiasaan lupa semakin menjadi-jadi. Kunci sudah tidak diingati lagi di mana letaknya. Marah menjadi mudah sekali.


Apa tandanya itu? Ada sesuatu pada otak yang tidak berapa kena.

Dulu tiada dengki. Kini menjadi-jadi. Dulu semua kena. Sekarang ada sahaja yang tidak kena.

Apa tandanya itu? Ada sesuatu pada otak yang tidak berapa kena.

Ada masalah sukar dilupa. Di mana-mana terbawa-bawa. Rutin terganggu, tidur tiada lena.


Apa tandanya itu? Ada sesuatu pada otak yang tidak berapa kena.

Dulu dengan semua berkawan. Semua senang dengan kita. Cakap kita berlapik.

Kini tidak lagi. Cakap tiada bertapis. Ikut apa yang terlintas.

Apa tandanya itu? Ada sesuatu pada otak yang tidak berapa kena.

Dulu kurang merajuk. Sekarang rajuknya menjadi-jadi. Sensitif tidak bertempat.

Apa tandanya itu? Ada sesuatu pada otak yang tidak berapa kena.

Dulu fokus kita bagus. Idea bernas. Buat apapun menjadi. Sekarang tidak lagi.


Apa tandanya itu? Ada sesuatu pada otak yang tidak berapa kena.

Kenapa jadi begitu? Bahagian otak yang mana menyebabkan kita jadi begitu? Bagaimana mahu pulihkannya?

Itu perlu belajar. Bila ada yang mahu ajar, kita kena belajar. Sesal kemudian tiada guna.

Sebab Otak Kita Tanggungjawab Kita. Sayangi otak kita. Biar Cantik dan Cerdik

Anda Juga Mungkin Berminat

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Minum Air Lemon Garam Waktu Pagi: Rahsia Hidrasi Pantas Selepas Bangun Tidur

Selalu Rasa Cemas Tanpa Sebab? Ramai Tak Sangka Rock Melon Boleh Bantu Tenangkan Anxiety Secara Semula Jadi

Kubis Selalu Jadi Lauk Sampingan, Rupanya Ada 18 Kebaikan ‘Hidden’

Scroll to Top