in

3 Perkara Ini Gemar Dilakukan Lelaki Tapi Tidak Digemari Wanita

Sebelum ini pernah dikunjungi seorang pelajar perempuan.

Beri kad kahwin. Katanya ibunya beri.

Pelajar ini baru tahun 3 pengajian. Ada setahun lagi. Kenduri bulan Julai ini.

Pelajar bijak. Ada masa depan yang cerah. Dalam kelas tumpuan tinggi.

Dari riak wajah dan dari bahasa pertuturan aku menduga sesuatu.

“Pilihan ayah ke?” soalku.

“Ye”, jawabnya pendek. Ada kuntuman senyum di bibir. Bukan senyuman gembira.

Ku soal lagi. “Orang sama kampung?” “Ye,” jawabnya sambil mengangguk.

Masih berikan jawapan pendek.

“Tak pernah berbual kan?” soalku lagi. Jawapannya juga ringkas. “Ye.” Tidak selesa rupanya.

“Dah belajar pasal perbezaan otak lelaki dan otak perempuan.” Soalku lagi.

Banyak soalan yang bermain fikirku ketika itu.

Dari riak bahasa badan dan intonasi suara, ku tahu dia kurang selesa.

“Tak belajar lagi.” Jawabnya masih pendek.

Aku mengangguk. “Kena tahu. Penting.” Balasku. Mematikan perbualan.

Otak lelaki dan perempuan diciptakan dengan sedikit perbezaan.

Fizikalnya nampak sama. Cara bekerjanya ada beza.

Otak perempuan bahagian memproses bahasa dan bertuturnya berada pada kedua-dua bahagian kiri dan kanan.

Otak lelaki pula tertumpu pada bahagian kanan. Menjadikan lelaki kurang berbicara. Perempuan tuturnya lebih.

Ada tiga perkara yang tidak digemari oleh orang perempuan.

3 Perkara ini gemar dilakukan oleh lelaki. Otaknya telah di”wiring” sebegitu.

1. Lelaki suka beri solusi – bila perempuan bercerita, dia mahu didengari. Bukan mencari solusi.

Lelaki pula dengan “visual-spatial” yang aktif (berbanding perempuan) akan menganggap cerita yang disampaikan memerlukan solusi.

Lelaki akan memotong cakap. Berikan solusi. Yang perempuan terpinga-pinga sakit hati.

Andai tak tahu, pasti ada ada dua hati yang disakiti.

Bahagian visual spatial yang aktif menyebabkan lelaki lebih tertumpu pada big picture.

Bukan detail. Nampak hutan bukan pokok.

2. Lelaki sukar tanya arah – Andai sesat. Sukar menemui tempat yang dituju. Lelaki sukar berhenti bertanya arah.

Ribuan tahun, lelaki lebih dikenali sebagai pengembara. Pelayar yang cekap.

Sebabnya, Visual spatialnya lebih aktif. Faktor inilah juga menidakkan lelaki bertanya arah andai sesat.

Andai tersesat jalan. Minta sahaja En suami berhentikan kereta sebentar.

Cikpuan yang turun bertanya arah. Usah ditanya arah pada perempuan. Nanti lagi sesat jadinya.

3. Lelaki lebih banyak kentut – Ya lelaki secara puratanya melepaskan1.5-2.5 liter gas sehari.

Anggarannya lepasan bom ini ialah 12 kali sehari.

Cukup untuk mengisi belon kecil. (tidak terpakai untuk pengamal brain-based diet).

Bercakap semasa makan boleh menjadi penyebabnya. Bila mengeteh atau mengopi, teh dan kopinya sikit. Boraknya lebih.

Perempuan pun gebang kuat semasa makan. Punca kepada angin terperangkap dalam usus kecil.

Natijahnya, akan jadi pengeluar gas seperti lelaki juga.

Gas ini 50-60% adalah nitrogen. 30-40% adalah karbon dioksida. Selebihnya ialah methane penyebab kepada lombong arang batu meletup.

Andai faham bagaimana otak lelaki dan perempuan berfungsi, perkara jadi mudah.

Tak perlu rebut-ribut. Terima seadanya.

Andai mahu faham kena belajar.

Untuk keharmonian rumah tangga kita juga.

Jangan tunggu.

Otak kita tanggungjawab kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dengki & Otak II – 5 Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Dengki

Seni Bercerita & Otak