Pelihara Otak

Selalu diungkapkan. Otak kita tanggungjawab kita.

Otak organ penting.

Andai kita tidak pelihara otak kita, siapa lagi

Otaklah yang mengendalikan dunia pada hari ini. Otak menguruskan bursa saham.

Menguruskan organisasi-organisasi besar dan kedai kecil di hujung jalan rumah kita.

Otak juga menguruskan masjid dan madrasah.

Otak mengendalikan rumahtangga dan pejabat. Otak mengendali kita.

Otak menjadikan siapa kita pada hari ini. Otak membolehkan kita mengurus famili kita.

Bukankah sukses yang kita kecapi bermula dari otak yang sihat?

Bermula dari otak yang cantik dan otak cerdik?

Otak memperoleh nutrien dari darah. Tugasnya membawa nutrient atau racun ke otak.

Andai nutrien yang kita bekalkan, nutrienlah yang akan sampai ke otak.

Andai racun yang diambil, racunlah akan bersarang di otak.

Pembuluh darah di otak perlu kekal saiznya. Andai kecil, terganggu proses penghantaran.

Sama seperti lebuhraya yang hanya dibuka satu laluan sahaja. Pasti sesak teruk.

Begitu juga di otak. Andai pembuluh darah mengecil, kurang darah dapat disalurkan.

Ganggu kepada fungsi otak.

Untuk mengelakkan pembuluh darah mengecil, ingat KSN ini:

1. K = Kafein: Pengambilan kafein mengecilkan pembuluh darah di otak.

2. S = Stres : Adrenalin yang keluar akibat stress juga mengecilkan pembuluh darah

3. N = Nikotin: Tugasnya mengecilkan pembuluh darah pada hampir seluruh badan. Termasuk juga otak.

Mahu otak bagus. Ingat dan berhati-hati dengan KSN.

Otak Kita Tanggungjawab Kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Scroll to Top