Akhirnya John Dapat Tidur Dengan Pemakanan Ini

Waktu itu aku masih di Canberra Sleep Lab. Siangnya kendali klinik insomnia. 2 kali seminggu.

Malam pakai baju sleep scientist. Pakaikan wayar elektrod di kepala dan muka. Selebihnya di badan dan di kaki.

Data dari aktiviti otak diteliti. Laporan setiap 30 minit. Buat diagnostik. Kesan masalah tidur.

John datang ke klinik. Laporkan masalah insomnia. Katanya susah nak tidur.

John baharu berusia 32 tahun. Dari wajah dan susuk badannya nampak seperti lewat 40an. Berambut kerinting keperangan.

Sekali pandang ada iras Tom Cruise.

John diminta datang semula selepas dua minggu. Tiba dengan SUV Chevrolet merah. Merelit.

John diminta berehat di sofa. Diminta datang dua jam lebih awal. Jam 6 John sudah tercegat di pintu.

Dijamu John dengan pisang dan telur rebus. John asalnya tidak mahu makan. Bedal juga akhirnya.

Air dihidang ialah susu suam campur madu. John tersenyum apabila susu dibawa. Katanya macam zaman kanak-kanak dulu.

John aku biarkan melayan kenangannya. Semasa menunggu itu, aku letakkan kekacang. John duduk bersandar membaca majalah.

Tiada TV di ruang menunggu. Aku melayan tetamu lain. Letakkan elektrod ke kepala mereka.

Jam 8 aku panggil John masuk ke bilik. Aku pesan pada John untuk mandi dahulu. Lepas mandi John bersiap.

Kenakan baju tidur. Aku pesan dua kali untuk John bawa baju tidur seperti zaman kanak-kanak.

Semasa elektrod dipasang John terus bercerita perihal susah tidurnya. Suaranya perlahan. Ada jeda. Matanya sedikit merah.

Aku perlahankan rentak. Aku lihat penanda suhu di dinding, suhu sekitar 24 darjah selsius. Cantik sekali, bisik hatiku.

John mula menguap. Aku suramkan lampu di bilik. Lepas siap buat kalibrasi, aku suruh John berbaring.

Aku sebut pada John yang dia akan tidur nyenyak malam ini. John memandang kepada dengan senyuman sinis. Seolah-olah mahu beritahu bahawa dah 10 tahun tak dapat tidur. Masakkan dengan berbaring di katil klinik terus dapat tidur.

Apabila ke bilik pemerhati, aku perhati signal elektrod. Signal terangkan aktiviti otak. Nyata sekali John akan tidur.

Tidak sampai 15 minit John karam di lautan sepi. Hanyut. Penangan pisang, telur, susu suam campur madu dan kekacang.


Semuanya ada tryptophan. Ia bantu keluarkan hormon tidur iaitu melatonin. Apabila melatonin keluar, kita mula menguap seperti badak air.

Apabila susah tidur, makanan di atas boleh membantu. Yang lain perlu belajar. Semestinya yang bertauliah dan berpengalaman. Betulkan?

Dalam OCOC Online dikongsikan bab TIDUR ini. Lebih detail. Praktikal dan mudah buat.

Kalau mahu belajar lebih boleh sahaja daftar di https://neuroversiti.com/finale/

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top