Penangan Mee Segera

Dalam pesawat. Mahu ke Pulau Pinang. Lawat mertua yang bakal tunai Haji.

Naiki pesawat AA.

Seperti biasa pesawat tawarkan makanan untuk dibeli. Ada juga yang pre order.

Saya tidak pre order. Tidak juga beli. Sekadar jadi pemerhati.

Trolley makanan ditolak. Ada yang order mee segera dalam cawan.

Apabila pramugari sediakan bau semerbak menguasai kabin. Aroma mee segera ini luar biasa.

Tarikannya sentiasa menggoda. Bikin air liur meleleh hingga ke dada.

Lepas seorang order, terdengar bualan pramugari.

Ada lima lagi yang order. Maklumlah waktu pagi. Perut pasti berbunyi.

Lebih-lebih lagi apabila makanan dan aroma menggoda disaji.

Mungkin ramai lagi menanti. Malu nak order barangkali.

Jadi hajat dibiarkan mati. Apa yang berlaku di otak hingga ada order tambahan lima kali?

Dalam otak ada memori untuk rasa, bau dan sentuhan.

Apabila aroma mee segera menakluk ruang hidung, aktiflah otak menggali memori lama.

Sedap dan indah mula menjelma.Air liur mula berpesta.

Lambakkannya buatkan kita telan tanpa rasa. Otak keluarkan hormon ghrelin.

Tanda masuknya waktu “berbuka”.Bahagian otak nucleus accumbens juga aktif.

Ini bahagian rewards atau habuan. Ia keluarkan Hormon dopamin – tingkatkan WANTING atau MAHU.

Jengah dopamin bukan jengah biasa. Ia jengah berbisa. Mahu rasa dikota.

Kitapun mencapai beg duit. Diteliti. Ada helaian hijau bernombor 5.

Dopamin dengan riangnya berbisik “cukup tu RM lima!”

Kita senyum. Angkat tangan dan order. Menanti penuh teruja.Perut pula tidak tahu akan derita.

Mee segera akan merajalela. Dengan lebih dari 12 bahan kimia beracun tersedia.

Usus akan dirobek semahunya. Ditusuk seadanya. Dibunuh bakteria baik yang sedang bertakhta.

Hmmm penangan mee segera.

Bau menggoda. Penuh perisa.Masuk tubuh jadi bisa. Buat usus kerja lama.

7 hari itu masanya. Saya terfikir.

Mujur memori rasa, nucleus accumbens saya dengar kata.

Mujur juga tahu program minda. Tidak tewas dalam pesawat AA.

APA YANG TUBUH PERLU?

Macam-macam tubuh perlukan. Antaranya ialah protein.

Apabila kita makan pastikan 10% adalah protein.

10% protein bersamaan dengan 56g bagi lelaki. Dengan ambilan kalori ialah 2000 kalori sehari.Bagi wanita pula ialah 43g dengan jumlah kalori 1800 sehari.

Soalnya protein didapati dari mana?Apa kata ambil protein dari sumber berikut:.

1. Tempe – ada 17 gram biasanya.

2. Dhal – 9gram sekiranya 1/2 cawan.

3. Kacang pea – ada 5gram untuk satu cawan..

4. Brokoli – 3gram protein sepinggan..Protein untuk bina otot dan organ. Penting untuk menyalur oksigen ke sel tubuh. Diperlukan untuk sistem imun.

Protein penting untuk sihat. Sihat itu jihad..

#DrOtak

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top