Berpagi di Jangkar Waterfall. Tempat yang tersembunyi. Masih terlindung.
Letaknya di Kampung Jantan, Lundu Sarawak. Dari kampung perlu memanjat bukit 2.21km. Rentas kebun getah, koko dan hutan.
Perjalanan sekitar sejam. Kalau lelaki semua mungkin cepat sikit kot. Hari ini kami berlima beranak sahaja di sini
Sepanjang perjalanan berkongsi tentang:
1. Fokus – fokus pada jalan dihadapan. Elak kaki dari tersadung.
Jauhi dari tercarik duri. Itu di dalam hutan.
Begitu juga dengan kehidupan. Halakan tumpuan pada matlamat yang mahu dicapai. Ke hadapan.
Besarkan bahagia apabila sampai ke destinasi impian. Bukan besarkan kesakitan dan kepayahan. Keluarkan hidup dari kelambu kekecewaan.
2. Konsisten – langkah perlu konsisten. Sama ayunannya. Seiring dengan orang di depan dan di belakang.
Perhati gerak. Hayati langkah. Biar beriringan.
Begitu juga dengan kehidupan. Tindakan perlu konsisten. Tiada lelah. Hapuskan rasa kalah.
3. Kerjasama – Apabila berkumpulan masing-masing punya tugasan. Punya tanggungjawab. Sentiasa perhati depan. Sentiasa pandang ke belakang.
Begitu juga dengan kehidupan.
Apabila mahu maju ada masanya tidak boleh sendirian. Perlu bantuan. Perlu kerjasama orang lain.
Perkongsian dengan anak anak dibungkus dengan storytelling dan Story Showing. Mereka dengar dan amati.
Terfikir. Mahu ada program Up Close and Personal OCOC. Program Premium 3hari 2malam.
Ada experiential learning. Destinasi Jangkar Waterfall. Tinggal di rumah atas pokok. Luxury untuk 2 orang di Kem Permai, Damai Sarawak.
Aktiviti tepi pantai, hutan dan bilik kuliah. Fokus pada baiki hardware iaitu otak dan upgrade software iaitu minda.
Targetnya ialah Program minda dan otak untuk jadi super. Tahan lasak. Tahan diasak.
Makanan OCOC. Resepi OCOC. Masak bersama pun OCOC. Semuanya premium.
Ada yang berminat?