Organ Berinteraksi Dengan Otak

Setiap Organ Berinteraksi Dengan Otak

Setelah bertarung hampir sedekad di benua Australia, 2012 pulang ke Malaysia.

Teruja dan gementar silih berganti. Bagaimana akan dilayan sentiasa menerjah ke kotak hati.

Di Melbourne punya praktis sendiri. Di Malaysia kerja gomen menanti. Pasti punya cabaran tersendiri.

Sebentar tadi terbaca tulisan DrMizam Baha. Hubungan perut-otak. Diambil dari jurnal saintifik.

Artikel ini ingatkan saya tentang Australia.

Tentang tugasan saya di dua penyedia perkhidmatan hospital terbesar di Victoria Australia iaitu Southern Health dan Goulburn Valley Health.

Semasa bertugas di sana antara tugasan mingguan saya ialah bentangkan penemuan terkini sains tentang kesihatan.

Setiap Rabu petang. Kebetulan kedua institusi tersohor ini jadikan Rabu petang ruang menambah ilmu.

Membaca jurnal saintifik perlu kemahiran tinggi.

Perlu tahu beza antara clinically significant dan statistically significant. Perlu mahir ilmu penulisan saintifik tahap tinggi.

Perbentangan Doktor Di Australia

Setiap kali perkongsian, pakar pakar akan menyebut, “We are behind in our practice,” (Kita ketinggalan).

Mereka menyebut betapa penemuan mahal begini akan hanya masuk ke buku-buku kedoktoran setelah berusia 8 tahun.

Panjang dan lama masa diambil.

Di sana yang dipentingkan ialah membawa sains ke praktis. Pendekatan menyeluruh kepada pesakit. Tiada sukuan atau sektorian.

Diet, tempat tinggal, hubungan sosial, keadaan kewangan, aktiviti seharian, senaman dan stres diambil kira.

Suplemen juga termasuk dalam senarai. Sayalah sang Champion ditugas sediakan plan rawatan.

Bentang pasal pesakit menjadi agenda penting. Detail. Motifnya ialah mahu pesakit segera sembuh dan mandiri.

Pembentangan Doktor di Australia

Tidak perlu bergantung pada sistem perubatan. Berdamai dengan alam. Kembali menjadi orang aktif.

Beban ekonomi kepada perubatan diturunkan. Kos dan cukai kesakitan kepada manusia berkurangan. Tahap kesihatan meningkat.

Kunci utama untuk sihat, cantik, muda ialah jaga makan. Jaga tidur. Bersenam. Tahu tahap kesihatan otak.

Otak menjaga semuanya. Setiap organ berinteraksi dengan otak setiap masa. Dalam jaga dalam tidur. 

Otak adalah pusat operasi. Apabila pusat operasi berterabur, berseleraklah kesihatan kita.

Interaksi otak-tubuh penting. Perlu lancar. Perlu jelas.

Untuk sihat perlu kesungguhan. Bukan alasan. Sebab itu untuk sihat kita perlu berjihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

6 Kelebihan Daun Kucai Selain Penyedap Rasa

Scroll to Top