5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini, negara kita Malaysia telah melanda banjir,

Terutamanya di kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang.

Boleh dikatakan hampir 140,000 mangsa dipindahkan.

Negara Malaysia dijangka akan menghadapi

3 gelombang hujan lebat berterusan.

Khusunya, Negeri Pantai Timur yang paling berisiko tinggi banjir

Disebabkan luruan monsun (luruan udara sejuk).

 

Kita pun sudah sedia maklum,

Bencana banjir sering berlaku pada penghujung November.

Dalam sedar tak sedar,

Kita lupa bahawa bencana banjir ini membawa pelbagai kesan buruk.

Termasuk peningkatan risiko jangkitan

penyakit bawaan air

Di Malaysia, penyakit ini menjadi ancaman serius

terhadap kesihatan masyarakat kita.

Kekerapan banjir boleh menyebabkan,

Tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air

semakin berkurang, kelalaian ini berpotensi membawa MAUT.

 

Biasanya apabila bencana banjir berlaku,

Pasti akan ada penyakit berjangkit

yang mula menguasai badan kita.

Ini boleh datang daripada pelbagai faktor,

terutamanya melalui;

Sumber air minuman dan makanan tercemar

Keadaan ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit,

Ia boleh beri kesan jangka masa panjang tau!

Dengar pun dah rasa takut kan?

 

Rupanya, ramai tak tahu!

Mari kita ketahui 5 penyakit bawaan air yang boleh

beri ancaman terhadap kesihatan;

 

1. Demam Kepialu (Typhoid Fever)

Demam kepialu disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi,

Yang terdapat dalam air minuman dan makanan yang tercemar.

Antara simptom penyakit ini adalah:

  • Sakit kepala
  • Kehilangan selera makan
  • Demam tinggi
  • Cirit-birit

Untuk mencegah jangkitan, elakkan daripada makan makanan dari sumber yang tidak bersih dan pastikan makanan dimasak dengan baik.

 

2. Kolera

Kolera juga sama seperti demam kepialu tetapi kolera adalah:

Penyakit yang berpunca daripada bakteria Vibrio Cholera yang tersebar di dalam air dan makanan yang tercemar seperti; LALAT pembawa penyakit ini

Kebiasaan gejala yang dialami adalah sakit perut dan muntah.

Jadi, selain kita makan makanan yang bersih

dan dimasak dengan baik,

kita juga perlulah mencuci tangan dengan sabun

serta pastikan bekas makanan berada dalam keadaan yang bersih.

 

3. Hepatitis A

Hepatitis A adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV)

Penyakit ini selalunya akan mempengaruhi fungsi hati.

Dengan kata lain, mengalami masalah keradangan sel hati,

yang tidak dapat berfungsi dengan normal.

 

Hepatitis A biasanya disebabkan oleh makanan dan air yang tidak bersih atau tidak dimasak dengan sempurna.

Antara simptom penyakit ini ialah:

  • Hilang selera makan
  • Demam ringan
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Mata kekuningan
  • Air kencing bewarna gelap

Sekiranya berada di Pusat Pemindahan Sementara banjir (PPS)

Kita mestilah sentiasa berhati-hati memilih

dan makan makanan yang bersih

serta dimasak dengan baik.

Kalau boleh, elakkan daripada berkongsi bekas makanan atau minuman yang sama dengan orang lain.

Biasanya, hepatitis A;

Dapat dicegah dengan menjaga kebersihan diri dan makanan serta mendapatkan vaksin jika berada di kawasan berisiko tinggi

Cuma kita perlu peka terhadap persekitaran sekeliling kita!

 

4. Leptospirosis

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira

Apa itu bakteria Leptospira?

Leptospira adalah mikroorganisma berbentuk spiral (spirochete) yang menjadi penyebab penyakit leptospirosis. Ia tergolong dalam genus Leptospira, yang terdiri daripada spesies patogen (menyebabkan penyakit) dan saprofit (tidak menyebabkan penyakit)

Lestospira biasanya terdapat dalam air kencing haiwan seperti tikus, lembu, kerbau dan sengkatan dengannya.

 

Tahukah anda?

Bakteria ini boleh hidup di persekitaran air tawar atau tanah lembap dalam tempoh yang sangat lama.

Jadi memang tak dapat nafikan,

Penyakit ini sering berlaku semasa musim banjir berlaku.

Jangkitan ini boleh berlaku melalui luka terbuka atau

pendedahan kulit yang berada dalam air banjir yang tercemar

dalam tempoh masa panjang.

 

Antara gejala penyakit ini ialah;

  • Tubuh rasa sejuk berlebihan
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Mata merah dan berair

Sekiranya penyakit ini tidak dapat dikesan pada masa yang tepat,

Pesakit mungkin akan koma.

Ya, sampai ke tahap itu!

Untuk mencegahnya dari awal;

  • Elakkan berjalan dalam air banjir terlalu lama
  • Disarankan pakai kasut getah ketika berjalan dalam air banjir
  • Dilarang berenang dalam air banjir

 

5. Demam Denggi

Demam denggi disebabkan oleh virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti

Semasa musim hujan,

Ia menjadi suatu penyakit biasa akibat nyamuk aedes ini.

Terdapat beberapa simptom penyakit ini, antaranya ialah;

  • Hilang selera makan
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Kulit kemerahan

Kita disarankan untuk gunakan krim atau

semburan penghalau nyamuk untuk mengelakkan daripada

gigitan nyamuk.

 

Ini adalah tips pencegahan umum semasa banjir:

  1. Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air mineral dalam botol.
  2. Makan makanan yang telah dimasak sepenuhnya.
  3. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih
  4. Jaga kebersihan diri, basuh tangan hingga bersih sebelum makan dan selepas menggunakan tandas
  5. Hindari makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayuran yang belum dimasak
  6. Amalkan amalan ’Lihat, Hidu dan Rasa’ sebelum makan.
  7. Pastikan penyediaan makanan dan susu anak dilakukan dengan selamat.
  8. Elakkan makan makanan yang telah disediakan lebih daripada 4 jam.
  9. Tutup makanan agar terhindar daripada pencemaran (lipas, lalat atau tikus)

Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan ini,

Risiko penyakit bawaan air semasa banjir akan dapat dikurangkan.

 

Katakan bebas daripada penyakit.

Kita perlu jaga kita!

Jadi, belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top