Penyebab Kegemukan Yang Kita Terlepas Pandang

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Biasanya kita sangka makanan atau cara hidup sahaja penyebab kegemukan.

Itu betul. Ada lagi yang kita terlepas pandang.

Kita berhempas pulas jaga diet. Tidur juga terpelihara. Kita jadi rutin.

Tetapi berat membukit. Tidak mahu menjunam.

Apa sebabnya? Jawapannya ada pada estrogen.

Hormon estrogen bertindak pelihara lemak. Tetapi estrogen tidak bersalah.

Ada bahan kimia bersifat toksin yang meniru estrogen.

Toksin ini dikenali sebagai XENESTROGEN.

Produk mandian, periuk belanga, botol minuman, losyen, mekap, air tidak bertapis, pencuci rumah antara produk yang penuh dengan xenestrogen ini.

Ia tersembunyi. Ditulis kecil dan halus. Mata tidak tertangkap.

Estrogen punya tugas murni.

Dia melekat kepada reseptor and hantar signal kepada sel di tubuh. Beritahu sel apa yang perlu dilakukan.

Berlaku komunikasi dan interaksi baik.

Estrogen penting untuk pertumbuhan tulang, pembekuan darah dan sistem reproduksi manusia.

Xenestrogen lain. Dia  melekat pada reseptor estrogen.

Dia hantar signal yang tidak perlu. Bersimpang siur. Berlambak.

Sel jadi bingung. Mana satu yang mahu diambil. Mana satu yang perlu dihadam.

Komunikasi betul tidak berlaku.

Xenestrogen ini tidak mudah hilang. Ia melekat pada tisu lemak.

Apabila jumlahnya meningkat bermulalah episod dihurung penyakit.

Antaranya kanser prostat, kanser payudara, obesiti, diabetes, keguguran dan mandul.

Pastikan apabila kita membeli barang, perhati pada bahagian ingredient.

Sekiranya ada nama nama berikut, elakkan:

1. 4-Methylbenzylidene Campor (4-MBC). Ada pada produk suncreen.

2. Parabensns (methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparaben).

Biasanya terdapat dalam produk  preservative atau pengawet.

3. Bisphenol A (ada pada polycarbonate plastik. Botol plastik banyak gunakan BPA ini.)

4. Phthalates (plasticizers)

DEHP (plasticizer untuk PVC)

Polybrominated biphenyl ethers (PBDEs) (rintangan api yang diguna dalam plastik, foams, building materials,alatan elektronik, perabot,  kenderaan).

5. Erythrosine / FD&C Red No. 3

Phenosulfothiazine (a red dye)

Butylated hydroxyanisole / BHA (pengawet makanan)

6. Alkylphenol (terdapat dalam sabun dan syampu.

7. Ethinylestradiol ( ada dalam pil perancang)

Sebagai pengguna kita perlu berhati hati.

Di setiap simpang dan jalan ada sahaja bahaya seperti ini menanti.

Penting untuk kita jadi pengguna yang cakna dengan bahan yang diguna atau dibeli.

Kesihatan kita penting.

Kalau berat badan menjadi isu, cuba semak adakah kita pengguna tegar bahan-bahan xenestrogen?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak Sebanyak 35% Dalam Masa 27 minit?

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top