in

OMG

People Can Read the Brain Stuffs on The Net, Tapi Pengalamannya Tak Sama

11 April 2016. Kembara Ilmu dan Bicara Otak

2 hari 2 malam bermukim di Kuala Lumpur. Sampai Jumaat malam dan pulang Ahad malam.

Temankan Hafiey – anak sulung. Minat dengan grafik. Berkunjung ke GrafikHero menuntut ilmu.

Dua hari ini banyak yang dibualkan. Banyak soalan ditanya.

Antaranya kenapa berseminar sampai ke KL pada 1 Mei ini?

“Passion”. Itu jawapan saya ringkas dan padat.

“Mahu bangunkan bangsa. Jadi terkedepan. Bukan sekadar pengikut sahaja. Bangsa Eropah di Australia sudah acap dibantu. Kembali ke Malaysia untuk orang Malaysia.”

“People can read the brain stuffs on the net,” kata Hafiey.

“Betul,” kata saya.

“Orang boleh lihat, dengar dan baca apa yang ditulis, ditunjuk atau yang dibicarakan di internet. Tetapi tidak sama.”

“Tidak juga tentu betulnya. Ada yang tidak dikemaskini. Ada yang tersasar. Hanya bersandar pada maklumat lama.”

Hafiey tekun mendengar.

“Membaca tanpa mengalami tidak sama. Membaca tanpa terlibat secara langsung tidak ada roh. Pengalaman membedakan. Bacaan dalam jurnal saintifik lebih tepat. Maklumat dinilai dan ditapis.”

“Diinternet maklumat tidak disaring. Yang tidak berautoriti dalam bidang boleh berbicara.” Tambah saya lagi

“Berbaloikah kalau orang pergi seminar ayah?” Tanya Hafiey lagi seolah-olah menduga.

“Mesti,” jawab saya ringkas.

“Satu-satunya seminar mengenai otak di Malaysia dibincangkan di pentas terbuka. Ada pengalaman yang berharga mahu dikongsi.

“Pengalaman berguru di The Australian National University, Harvard Medical School dan University of Pennsylvania. Ada kisah-kisah kejayaan mahu diangkat.”

Sumber gambar: Harvard Medical School YouTube Channel

“Ada maklumat dari makmal mahu diketengahkan. Ada hasil klinikal yang mahu dipasakkan di minda hadirin.”

“Kat mana ayah seminar tu?” Tanya Hafiey

“Di UTM, Jalan Semarak KL.” Pantas dan ringkas jawapan dari saya.

p/s: Seminar tersebut telah pun ‘di online’kan kepada OCOC Online. Tahniah kepada semua peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gosip & Otak

Kekebalan Mental – Bersyukur Di Saat Diuji