Perbezaan Minyak Kelapa, MCT Oil dan Minyak Kelapa Dara

SUPERSALE 2023 kini sedang berlangsung!

Semua produk kini pada harga SUPER JIMAT khas untuk Tuan Puan!

Sempena kedatangan Ramadan.

SUPERSALE 2023

SUPERSALE 2023

Terdapat tiga jenis minyak kelapa yang dijual di pasaran iaitu minyak kelapa biasa, minyak kelapa dara (VCO) dan MCT Oil.

Ketiga-tiganya diperbuat daripada buah kelapa.

Tetapi masing-masing mempunyai perbezaan sendiri dari segi bentuk, warna, aroma, pembuatan dan penggunaan.

Minyak kelapa biasa dan kelapa dara keduanya berbentuk koloid.

Minyak kelapa dara tidak terdapat mendapan lemak, sedangkan pada minyak kelapa terdapat mendapan.

Macam mana tu?

Manakala MCT Oil atau Medium Chain Triglycerides adalah salah satu kandungan dari minyak kelapa yang terbaik dan menyihatkan.

MCT dapat meningkatkan produksi “Ketone” yaitu sumber energi yang dapat langsung diserap dan digunakan oleh otak dan tubuh kita.

Jom baca dan ketahui lebih lanjut perbezaan antara ketiga-tiganya ini.

Perbezaan antara Minyak Kelapa, MCT Oil dan Minyak Kelapa Dara.

1. Minyak Kelapa

Minyak kelapa masuk dalam kategori saturated fat. Biasanya disebut tidak bagus. Minyak kelapa ini lain sikit sifat saturated fatnya.

Dia masuk dalam medium chain triglycerides (MCT) bukan long-chain triglycerides (LCT) .

Yang bahaya ialah LCT.

Mungkin anda tertanya-tanya?

Bukankah saturated fat akan membentuk lemak pada liver?

Ya.

Apabila minyak kelapa masuk ke dalam badan ia terus pergi ke liver.

Masuk sahaja ditukar kepada tenaga bukan disimpan sebagai lemak. Tingkatkan metabolisme.

Tubuh jadi lebih efisien dalam memproses makanan.

Minyak kelapa ada penghalang kepada alzheimer. Sekadar 16ml maksimum sehari mampu tingkatkan kuasa memori. 

Minyak kelapa yang berbau natural dan dibuat daripada kelapa yang dikeringkan.

2. Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil ni pula perahan kedua.

Ekstrak minyak dari isi kelapa kering. Dibuat tanpa libatkan bahan kimia.

Ada juga dibuat dari santan dan diposes jadi minyak.

Juga tanpa bahan kimia.

Bau dan rasanya seperti kelapa, dan dibuat daripada kelapa segar.

Minyak kelapa dara telah digunakan sejak zaman dahulu lagi.

Dihasilkan untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.

3. MCT Oil (Medium Chain Triglycerides)

MCT Oil sama sahaja dengan minyak kelapa. Cuma ianya tak ada rasa. Kalau minyak kelapa masih rasa kelapanya. MCT OIL tidak.

Tidak ada bau dan rasa.

Ekstrak daripada kelapa dan kelapa sawit.

MCT OIL 100% pure. Super power food.

Banyak kebaikan, keunikan dan manfaatnya.

MCT ini diproses menjadi ketone.

Ketone ini boleh dianggap sebagai minyak kepada sel otak.

Ketone kurangkan selera makan, tingkatkan fokus dan tajamkan memori.

Cegah dementia.

Ada satu kajian ni. Pengkaji nak tahu tahap kecerdasan minda atau IQ pesakit diabetes.

Pengkaji dapati mereka yang diberi MCT OIL menunjukkan peningkatan dalam ujian IQ yang uji Verbal Memory, Digit Symbol Coding dan beberapa aspek lain.

Akhirnya pengkaji membuat rumusan bahawa mereka yang ambil MCT OIL “improve cognitive function and may preserve brain function in diabetic patients.”

Ini semua untuk yang ada penyakit.

Lagi?

Kajian dalam jurnal saintifik Neurobiology of Aging dapati peningkatan kapasiti otak selepas 90 minit minum MCT Oil.

Menarik bukan?

Kalau tanya saya, saya prefer MCT Oil.

Kenapa Saya Suka MCT OIl?

Saya suka dengan MCT ni untuk boost kan kognitif otak. Sebab itu setiap hari saya akan campurkan dalam air untuk minum.

Kalau tengok berita Pak Lah hidap penyakit dementia (nyanyuk).

Sedih rasanya. Habis isteri, anak dan cucu tak kenal.

Saya ada terbaca pasal tulisan saudara Zainuddin Omar.

Dia cerita tentang betapa minyak MCT ni bantu ayah dia yang juga hidap dementia.

Apa yang menarik research pun sebut benda yang sama.

Kajian sebut 80% yang ambil MCT oil improve cognitive mereka.

Perkara ni berlaku bila mereka ambilnya secara konsisten selama 9 bulan.

Saya sendiri bagi minyak MCT pada mertua saya.

Syukur sangat. Banyak perubahan dan pemulihan berlaku.

Bolehlah cuba ambil minyak MCT. Saya suggest sangat untuk ambil.

Terbukti secara klinikal lambatkan dementia.

Kalau untuk diri sendiri pula, saya akan minum sebelum keluar walking biasanya.

Oleh kerana MCT ni power untuk bagi tenaga pada otak, saya sentiasa pastikan ada stok di rumah.

Ikhtiar untuk pastikan tiada penyakit.

Dengan izin Allah, kita dapat kesembuhan itu.

InsyaAllah.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top