Banyak orang konfius.
Antara Virgin Coconut Oil (VCO) dengan MCT Oil (Medium Chain Triglycerides)
Ada juga tanya dengan Olive Oil macam mana?
Gantung dan letak tepi sekejap konfius tu.
VCO ekstrak minyak dari isi kelapa kering
Dibuat tanpa libatkan bahan kimia
Ada juga dibuat dibuat dari santan dan diproses jadi minyak.
Juga tanpa bahan kimia.
Dalam VCO ada lauric acid (C12)
Lebih kurang antara 46.64–48.03%
Ada juga capric acid (C10).
Selain tu,
Ada caproic acid (C6),palmitic acid myristic acid (C14), caprylic acid (C8), oleic acid (C18), stearic acid (C18) dan linoleic acid (C18)
Banyak kan.
Ramai tak tahu,
Superstar dalam VCO ialah 4 komponen MCT Oil yang ada dalamnya.
4 sekawan ni namanya,
Caproic Acid (C6), caprylic Acid (C8), capric Acid (C10) dan lauric Acid (C12)
Kira macam Pahlawan Legenda Melayu Melaka dulu.
Paling hebat ialah Hang Tuah dan Hang Jebat.
Paling power dalam MCT Oil ialah caprylic Acid (C8)
Dia ni kira macam Hang Tuah. Hang Jebat pula ialah capric Acid (C10)
Dalam MCT OIL OCOC hanya ada dua pahlawan hebat ni dimasukkan.
Kenapa 2 ni power?
Kedua dua caprylic Acid C8 dan capric Acid C10 bila makan.
Akan masuk terus ke liver.
Masuk sahaja akan diproses jadi ketone.
Ketone ni bagi tenaga pada tubuh kita.
Antara kedua acid ni.
Caprylic acid lebih pantas ditukar kepada tenaga.
Dia dianggap sebagai highest-quality MCT.
Dalam kajian jurnal Current Development in Nutrition tahun 2017 disebut:
Caprylic acid hasilkan 800% ketone berbanding yang lain
Dahsyat sungguh!
Bayangkan energi yang otak dan tubuh ada.
Capric acid C10 pula bantu promote sistem imun yang sihat.
C10 ni juga bertindak sebagai anti bacterial.
Power kan?
Satu perkara yang saya suka tentang MCT OIL ialah,
Dia ni tak ada rasa.
Orang putih kata flavourless.
Bau pun tiada (odorless) warna pun transparent.
Kalau minyak kelapa masih rasa kelapanya.
MCT OIL tidak.
Senang pula dicampur dalam makanan dan minuman.
MCT OIL tak sebabkan rasa makanan dan minuman berubah.
Bestlah kan macam ni.
Ada pula tanya macam mana dengan minyak zaitun.
Mari kita tengok dan baca apa kata kajian pasal hal ni.
Kajian dimuat dalam jurnal American Journal of Clinical Nutrition tahun 2008.
Dalam kajian ni pengkaji bandingkan mereka yang ambil minyak zaitun dan MCT OIL.
Peserta kajian dibahagi kepada dua grup.
Grup 1 ambil minyak zaitun 20g
Grup 2 ambil MCT OIL juga 20g
Kedua-dua grup ni adalah mereka yang overweight
Hasil kajian dapati mereka yang ambil MCT OIL
Lebih banyak hilang lemak di perut.
Lebih banyak lemak dibakar dan lebih cepat berat badan mereka turun
Tu dia. Hebatkan MCT OIL ni.
Antara kehebatan lain MCT OIL ialah ianya baik untuk bakteria baik dalam usus.
Ingatkan dah habis. Rupanya support kesihatan otak kita.
Macam mana tu? Ada satu kajian ni.
Pengkaji nak tahu tahan kecerdasan minda atau IQ pesakit diabetes.
Pengkaji dapati mereka yang diberi MCT OIL tunjuk peningkatan dalam ujian IQ
Yang uji Verbal Memory, Digit Symbol Coding dan beberapa aspek lain.
Pengkaji buat rumusan bahawa mereka yang ambil MCT OIL
“improve cognitive function and may preserve brain function in diabetic patients”
Ini untuk yang ada penyakit. Kalau tidak ada bagaimana?
Bayangkan!
Ada banyak kebaikan MCT OIL ni.
Lain masa kita cerita lagi.
Apapun pastikan ambil yang natural dan healthy produk.
Bila ambil yang natural dan healthy.
Insyaa Allah kita jadi lebih sihat. Jadi lebih mantap.
Boleh boleh?