Perkataan Negatif & Otak

Perkataan negatif seperti TIDAK bukan sekadar perkataan.

Bukan juga sekadar ucapan. Ianya resapan.

Meninggalkan kesan kepada insan.

Menyebabkan otak mengeluarkan lebih dari 12 hormon stres. Ya. Banyak sekali.

Hormon-hormon ini tugasnya mengganggu.

Otak terbantut fungsinya. Logik akal jadi kendur.

Komunikasi juga tergugat. Kurang lancar. Kata-kata terputus-putus. Memproses bahasa juga menjadi kacau.

Ada kajian mendapati bahawa dengan hanya melihat perkataan negatif sahaja, memori menjadi lemah.

Walau tanpa ucapan emosi terganggu. Tidur kurang nyenyak. Hilang selera makan.

Andai perkataan negatif disebut, lebih banyak lagi hormone stress dirembes.

Bukan kepada penutur tetapi juga kepada pendengar. Ya, yang mendengar mendapat petaka.

Pernah dengar orang sebut kalau mahu positif mesti berteman orang positif?

Inilah sebabnya. Kesan perkataan negatif juga pada pendengar.

Ada pelajar menyoal. Kalau terdengar perkataan negative bagaimana?

Apa yang perlu dilakukan?

Jawab saya mudah.

Setiap perkataan negatif yang didengar atau disebut perlu disulami dengan sekurang-kurangnya lima pemikiran atau perasaan positif.

Kaedah ini adalah hasil dari kajian dan amalan klinikal.

Bagaimana kalau kurang dari 5? Soal pelajar lain.

Kurang dari 5 akan mengundang kegagalan. Mudah.

Walau pemikiran positif itu tidak rasional, ianya tetap membenih rasa bahagia.

Melakar jalan kehidupan yang optimistik.

Mesti cermat dalam memilih kata. Mesti perlahan dan seketul-ketul sebutannya.

Pelajar lain mencelah.

“Bestnya belajar psikologi.”

Balas saya, “Lagi best belajar pasal otak dan psikologi. Selari dan serasi.

Hasilnya? Otak Cantik Otak Cerdik.

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top