Perubahan: Bagaimana Untuk Mula Ubah Cara Makan, Tidur dan Sebagainya

Perubahan ada pelbagai rentak. Momentumnya rencam. Ada drastik dan segera. Ada perlahan dan berperingkat.

Apabila kita buat keputusan untuk mengubah cara kita makan, tidur dan sebagainya ambil langkah yang sesuai dengan kita. Andai perubahan drastik lebih serasi maka lakukanlah.

Andai perubahan perlahan dan berperingkat lebih menyenangkan maka gunakanlah. Usah susahkan yang senang.

Perubahan di dalam otak adalah seperti kali pertama meneroka belukar di belakang rumah. Laluan pertama kita tidak membentuk jalan. Hanya sedikit kuisan pada lalang atau rumput.

Andai laluan yang sama digunakan saban hari, maka denai kecil akan terbentuk. Mata yang memandang terus mudah mengesan.

Ianya menjadi mudah untuk kita masuk ke dalam belukar tersebut untuk masa-masa mendatang.

Begitu juga dengan otak kita. Kali pertama kita berhasrat membuat perubahan ianya akan menjadi sikit sukar. Tiada jalan terbentuk. Bahasa neurosainsnya ialah tiada neuralpath. 

Sekiranya diteruskan setiap hari, perubahan tersebut menjadi kekal. Asbab sudah terbentuk neuralpathnya.

Apabila saya mula bersenam dengan berjalan selama 30 minit, kali pertamanya amat sukar sekali. 15 minit pertama sudah menyeksakan. Lalu berhenti pada minit ke 15.

Dua hari selepas itu dicuba sekali lagi. Mampu berjalan selama 20 minit. Selang dua hari berikutnya minit ke 30 berjaya ditakluki. Sekarang terasa 30 minit tidak mencukupi.

Ada lebihan energi lagi.

Mulakan dulu. Itu yang penting. Cakap pada diri. Perkara ini MUDAH, CEPAT dan MENYERONOKKAN.

Perkataan seperti ini umpama memberi turbo tambahan kepada otak. Energi tambahan. Otak suka. Kita berjaya.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top