Pesta Daging & Limau Kasturi

Raya Korban dan daging. Sinonim. Berpisah tiada.

Ceritanya asalnya mahsyur. Dari Habil dan Qabil hingga ke Ibrahim dan Ismail.

Dinukil dalam blueprint untuk manusia – Al Quran.

Cerita Ibrahim dan Ismail titiskan air mata.

Puncakkan rasa sayu dan haru. Cerita yang angkat erti korban ke tahap yang luarbiasa.

Apabila raya korban, limpahan daging berlaku. Daging dijamah semahunya.

Ada yang direbus. Ada disupkan. Ada dibakar.

Pendek kata disedia dalam pelbagai rupa dan rasa.

Di utara daging cicah air asam antara menu utama.

Daging ambilnya berpada. Terlebih ambil seolah pelawa gout. Undang uric acid untuk berpesta.

Untuk elakkan gout perlu lakukan prevensi.

Boleh ambil salah satu dari senarai berikut:

1. Cuka epal – Caranya ialah ambil satu sudu cuka epal dan satu sudu madu.

Campurkan ke dalam satu gelas air atau mug. Minum ketika perut kosong. Minum sebelum tidur.

2. Ambil sayuran tinggi purina iaitu asparagus, bayam, cauliflower, kacang pea dan mushroom. 
3. Ambil vitamin C. 250mg pagi dan 250mg malam.

Vitamin C juga banyak dalam limau kasturi. Boleh jadikan minuman hari-hari.

Teringat beberapa tahun dahulu. Ketika itu berguru tentang Food and Brain.

Bertalaqqi dengan Prof Dr Neal Barnard.

Dr Barnard ceritakan tentang kehebatan lemon.

Saya terfikir tentang limau kasturi. Lalu saya utarakan soalan tentang limau kasturi.

Mendengar soalan itu, dia seolah-olah tersentak.

Terus dia cuba keluarkan dokumen powerpoint dari fail di laptopnya.

Dia tunjukkan slaid tentang limau kasturi.

Dr Barnard terangkan limau kasturi ini ada kehebatan luar biasa.

Kandungan utamanya ialah flavonoid. Ada kuasa antibiotik. Boleh menghalang keracunan makanan.

Apabila melihat limau kasturi diperah satu persatu ke dalam air asam kecur air liur.

Aromanya menyegarkan. Membuka mata dan selera.

Baharu sekarang tahu kuasanya menghalang kita dari keracunan makanan.

Hebatnya orang dahulu. Memberi kesedapan dan ketahanan sekaligus kepada pemakannya.

Apabila berziarah usah ghairah dengan makanan.

Rancang awal apa yang mahu dimakan.

Makan apa yang dirancang. Bukan makan apa yang ada.

Jadikan makanan sebagai ubat. Bukan ubat sebagai makanan.

Otak kita tanggungjawab kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top