11 Petua Awet Muda Semulajadi

Setiap orang inginkan kelihatan cantik, tampan dan kekal muda.

Manakala kulit cantik, bersih meghelip macam awet korea idaman setiap wanita.

Azam tahu baru 'Bedah' ialah mahukan kulit 'glass skin' bebas jerawat tanpa cela seolah-olah tidak dimamah usia antara ciri-cirinya.

Maka, 'Bedah' sanggup buat apa saja untuk untuk capai impiannya.

Kenapa perlu 'struggle' habiskan masa dan tenaga mahu dapatkan kulit begini?

Apabila kita boleh nampak cantik, sihat, lentik, dan kekal muda secara semulajadi

Macam mana caranya?

Saya kongsikan 11 Petua Awet Muda - makin berusia, makin remaja.

Ilmu RARE ni.

Yang penting konsisten amalkan dalam kehidupan.

1. Kalsium

kalsium

Rahsia sihat dan awet muda ada pada tulang kita!

Tulang merupakan aset yang penting tubuh. Makin kita bertambah usia, makin rapuh tulang-tulang dalam tubuh. 

Maka, peliharalah tulang dengan mengambil makanan tinggi kalsium supaya otot terus aktif.

Orang dewasa memerlukan kalsium sebanyak 1.000 mg setiap hari manakala orang berusia 50 tahun keatas sebanyak 1.200 mg kalsium setiap hari.

Kalsium boleh didapati pada makanan ini:

  • Bayam
  • Lobak
  • Brokoli
  • Yogurt
  • Pakcoy
  • Tauhu
  • Kacang Almond

2. Omega-3

omega3

Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 juga dapat melindungi daripada keradangan dan kerosakan yang terjadi apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Ikan salmon khususnya, mempunyai komponen tambahan yang dapat menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Mengandungi antioksidan karotenoid yang disebut astaxanthin, yang menyebabkan daging ikan salmon berwarna merah jambu.

Dalam satu kajian, individu yang mempunyai kerosakan kulit akibat cahaya matahari telah diberikan gabungan kolagen dan juga astaxanthin selama 12 minggu.

Kesannya, kulit mereka menjadi lebih elastik dan tidak mudah kering. Hebatkan makanan awet muda ini?

  • Siakap
  • Salmon
  • Tenggiri
  • Tuna
  • Ikan Kembung

Oh ya untuk kulit cantik, cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperti ketam dan udang.

3. Bina Sokongan Sosial

social moral

Otak perlu dirangsang untuk kekal awet muda.

Membina hubungan baik dengan orang sekeliling adalah sangat baik untuk kesihatan otak.

Hubungan yang dimaksudkan di sini ialah hubungan bersekemuka.

Hubungan real bukan hubungan digital di dalam media sosial.

4. Elak Kafein

no kafein

Kafein bersifat duretik. Mengeluarkan air dari tubuh.

Kekerapan buang air kecil jadi tinggi. Pada sesetengah orang kafein menyebabkan rasa ingin buang air besar. 

Andai air terus-terusan dibuang, kulit jadi kering. Nampak kedut. Nampak tua.

Bahaya tu..

Nikmat sementara diberi kafein. Ada sisi deritanya.

5. Makanan Proses

makanan proses

Wajib masukkan dalam kategori makanan haram makan.

Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam ‘pe’ lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.

Mahu alternatif pada makanan-makanan yang perlu dielakkan ini, boleh cuba resepi disini: https://neuroversiti.com/makanan-sihat/

6. Jaga Emosi

emosi

Stres juga mengurangkan vitamin dan mineral dalam tubuh manusia. Antara yang menjadi mangsa ialah vitamin C , B dan magnesium.

Tidak cukup dengan kesan ke atas vitamin dan mineral, stress dengan hormone homocystein akan menghilangkan kolagen di dalam tubuh. Kita akan cepat nampak tua.

Kulit berkedut. Andai diletak losyen, bedak kompak, atau lain-lain rawatan muka ianya akan kekal kedut. Bayangkan muka yang lesu dan berkedut-kedut.

Cara mudah elakkan kedutan pada wajah ialah dengan tangani stress itu. Kulit akan kembali normal. Kita tidak akan nampak tua sebelum usia.

7. Vitamin C

Vitaminc

Sejenis anti oksida. Bantu bentuk tisu dalam tubuh. Kulit cantik dengan halang sel dari rosak. Sumber banyak di dalam buah dan sayur.

Vitamin C dari sumber natural dapat kurangkan kedutan pada kulit.

Ia lembabkan kulit dan lambatkan proses penuaan. Kulit jadi cantik dan muda.

Nutrisi ini penting untuk damai hidup. Penting untuk hilang serabut. Penting untuk hidup bebas sakit.

Sumber:

  • Buah Oren

  • Mangga

  • Belimbing

  • Nenas

  • Jambu Batu

8. Jauhi Gula Putih!

gula putih

Kajian dapati apabila bertahun kita ambil gula berlebihan, ia sebabkan proses glycation berlaku. Impaknya kulit jadi tua, berkedut dan serlahkan sisi hodoh yang mahu ditutup.

Kalau mahu kulit cantik. Jaga yang dalaman. Jauhi gula putih. Ia toksik yang mengujakan.

Gula adalah makanan manis yang kedutkan kulit dan penambah jerawat pada wajah. Sangat buruk untuk otak.

Gula hapuskan collagen di dalam kulit. Natijahnya kulit jadi gelebeh dan berkedut.

9. Tidur Cukup

sleep

Tidur cukup manfaatnya besar. Kulit kita membuat kolagen baru ketika kita tidur. Banyak kolagen kulit menjadi tegang. Kendur dan kedut hilang.

Cukup tidur juga membuatkan kulit lebih ‘glowing’ atau berseri. Darah dialirkan secukupnya ke kulit kita semasa kita tidur. Darah yag mencukupi mengembalikan seri pada kulit.

Mahu dapatkan tidur yang nyenyak mesti :

# Tidur awal waktu.

# Makan makanan yang sesuai dengan otak.

# Buat aktiviti selari pekerluan otak.

10. Senaman

exercise

Bersenam lambatkan proses penuaan. Beri nikmat awet muda, kulit anjal dan sihat.

Bila berpeluh, ia meningkatkan aliran darah ke otak.

Sekaligus buat wajah bertambah sihat dan glowing.

Cara mudah bersenam ialah berjalan kaki. Mulakan secara berperingkat.

Hari pertama berjalan 10 minit. Berjalan laju.

Hari kedua tambah 2 minit lagi. Hari ketiga tambah lagi dua minit.

Begitulah seterusnya hingga masa senaman mencecah 30minit.

11. Air Putih

water

Soalnya, berapa liter air sehari perlu ambil untuk dapatkan kulit cantik, bersih, tidak menggelebeh?

Banyak nasihat merujuk kepada 8 gelas air. Cukupkah?

Atau benarkah nasihat kesihatan hanya 8 gelas air?

Saya dapati ada kaitan antara  dan air untuk dapatkan kulit sihat

Air kurang buat kulit mengering, bersisik dan kusam..

Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah.

Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza.

Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama.

Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter.

8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter.

Minum air mencukupi banyak faedahnya.  

Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum.

P/S:

Ingin KENAPLASTI bahagian OTAK anda mungkin BERMASALAH?

JAWAB KUIZ INI!

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

Scroll to Top