6 Makanan Bantu Lebatkan Rambut Menipis

Lepas tahallul jenuh fikir. Kepala dah botak licin. Macam mana nak cepat tumbuhkan rambut dari kepala yang dah gondol ni?

Balik nanti dah mula kuliah.Tak nak pula masuk kuliah pelajar ingat gangster botak mana masuk kelas.  

Jadi mulalah aku cari jawapan. Macam mana nak cepat tumbuh dan lebatkan rambut.

Seronok bila tahu rupanya ada makanan yang dapat lebatkan rambut.

Mungkin ramai tertanya tanya apa makanan tu? Cuba angkat tangan siapa yang nak tahu apa jawapannya.

1. Minyak Ikan

Minyak ikan atau Omega-3. Tapi Omega 3 tu bukan lumur kat atau kepala. Jenuh melekat dan meleleh. Kena makan pil minyak ikan tu.

Banyak kajian dapati Omega 3 ni sumber nutrisi penting untuk rambut yang sihat

Banyak kajian juga sebut kurang Omega 3 sebabkan rambut menipis.

Rajinlah ambil ikan yang ada sumber Omega 3 banyak macam ikan kembong. Harga pun masih mampu beli berbanding salmon.

2. Legumes

Legumes atau kekacang macam kacang merah, kacang hitam, kacang dal dan kacang kuda. 

Kesemua kekacang ni ada Biotin yang cepat tumbuhkan rambut.

Bukan itu saja, Biotin bagi rambut kuat. Susah gugur.

Seperkara penting lagi ialah iron dan protein dari sumber makanan ni. Dua benda ni penting sangat untuk bantu tumbuh rambut.

3. Karot

Dulu masa kecil orang selalu kaitkan karot dengan arnab. Sedap nampak arnab dok gigit karot krup krap bunyi.

Rupanya karot ni bagus untuk rambut sebab ada beta karotene.
Dari beta kerotene lahir vitamin A.

Rambut perlu sebum sejenis minyak di kulit kepala untuk lebatkan rambut.

Sebum ni keluar sebab proses dari Vitamin A.

Nak lebat rambut belajarlah jadi arnab. Pulun makan karot pula lepas ni.

Dok tengok-tengok juga kat Makkah ni kat mana ada jual karot. 

Nak kena mengarnabkan diri juga.

4. Almond & Walnut

Kacang macam almond dan walnut yang ada vitamin E yang penting untuk rambut.

5. Produk Tenusu

Produk tenusu macam greek yogurt juga bagus. Teman untuk lebatkan rambut sebab sumber kalsium.

Ada kajian khas bab ni dalam jurnal Menopause Review tahun 2016z

6. Peanut Butter

Pernah makan peanut butter? Mesti pernahkan?

Peanut butter ada alpha linoleic acid bantu bentuk folikel rambut (yang lubang halus yang rambut tumbuh dari situ tu) yang sihat.

Nak tahu lebih boleh baca jurnal Dermatology Practical & Conceptual tahun 2017.

Tapi bab peanut butter ni kena hati-hati sikit. Yang dijual secara komersil tu terlalu tinggi kandungan gula dan garam.

Kalau boleh buat sendiri. Resepi berlambak dalam youtube.

Cari jer.

Cukuplah dulu 6 tu. Bolehlah cuba ambil salah satu atau nak lebih dari satu pun ok.

Janji buat. Lepas tu tengok hasilnya.

Semoga Allah merahmati usaha ini.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top