Ikan segar

Ini Petua Pilih Ikan Segar Bebas Bahan Kimia Berbahaya!

Petua Pilih Ikan

Ini petua pilih ikan segar bebas bahan kimia berbahaya.

Tak terhad pada makanan laut.

Boleh guna untuk tahu sayur tu terkena racun atau tidak.

Proses nak pastikan makanan laut sentiasa fresh ni tak nampak di mata sendiri.

Kita tak tahu apa yang diletak untuk panjangkan hayat kesegaran ikan.

Ramai tak perasan mungkin tentang kandungan formalin dalam ikan.

ini petua pilih ikan
Pelbagai pilihan makanan laut

Ini Tips Makanan Laut: Formalin

Formalin ni satu bahan yang diletak pada mayat.

Selalunya apabila post-mortem. Untuk siasatan lanjut yang ambil masa lama.

Formalin nilah yang digunakan. Halang mayat dari mereput.

Formalin ni bahan karsinogenik.

Bermaksud ia bahaya. Pada mayat tak bahaya.

Tapi apabila digunakan pada makanan.

Nak pastikan isi dan tulang tak membusuk.

Bahaya pada manusia yang makan.

Risiko alergi bengkak pada tekak. Pada organ hati.

Muntah, loya dan risiko kena kanser jika diambil berterusan.

Jadi, nak elak diri jadi mangsa.

Ada petua untuk pilih ikan bebas dari formalin.

ini tips makanan laut
Jenis ikan segar

Ini petua pilih ikan:

Petua 1: Warna

Petua biasa kita dengar ialah kalau insang merah itu maknanya ikan tu segar.

Memang benar petua ini tetapi perlu faham juga beza merah.

Bila insang itu merah hampir maroon. Ikan itu segar.

Kalau merah gelap atau maroon kehitaman itu tandanya sudah lama.

Kalau disapu formalin. Warna insang ikan merah menyala.

Petua 2: Sirip

Kalau nampak sirip koyak, pecah pecah atau bergerigi.

Tetapi ikan nampak segar.

Elakkan beli. Itu tanda badan ikan dah disapu formalin.

ikan di pasar
Pilihan bijak amalan sihat

Petua 3: Mata

Lihat mata. Ni paling biasa orang guna.

Kalau mata layu dan merah dah macam penagih dadah.

Sedangkan badan segar bugar.

Tandanya ada formalin pada tubuh ikan.

Petua 4: Isi Ikan

Ikan yang diletak formalin juga ada unsur bergetah bila ditekan.

Seakan akan liat.

Ikan segar ada tekstur lebih lembut.

Petua 5: Bau

Kalau kita pernah beli ikan segar dari nelayan kita akan perasan baunya.

Ada bau garam atau bau air laut.

Ikan yang diletak formalin tidak ada bau langsung.

Elakkan juga kalau bau terlampau busuk.

Ikan mentah segar

Cara Hilangkan Formalin

Macam mana nak hilangkan formalin dari ikan? Guna cara ni.

  1. Sediakan bekas.
  2. Masukkan air panas ke dalam bekas tersebut.
  3. Masukkan satu atau dua sudu garam. Tengok saiz bekas.
  4. Masukkan ikan. Biarkan selama 1 jam.
  5. Selepas sejam, keluarkan dan bilas dengan air.

Apabila nak masak ikan, kena pastikan suhu cukup tinggi iaitu 75°C ke atas.

Untuk hilangkan saki baki formalin.

Kalau untuk sayur dan buah? Cuba petua ni.

  1. Sediakan bekas.
  2. Masukkan cuka atau jus lemon.
  3. Masukkan buah dan sayur. Rendam selama setengah jam.
  4. Kemudian, bilas dengan air.

Boleh cuba di rumah.

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top