Ketahui Perbezaan Prebiotik Dan Probiotik

Melindungi Sistem Usus

Bila usus bersih dan sihat.

Penyakit pun tak berani datang buat hal.

Sebab ada bakteria baik. Ada Bifidobacteria. Ada Lactobacilli.

Mereka rembeskan molekul antibakteria.

Supaya dapat halang bakteria jahat.

Ada banyak puak bakteria jahat. Nama pun gengster.

Listeria, Norovirus, Salmonella, E.coli, Staphylococcus.

Bakteria baik tinggal di usus dan jadi benteng.

Penghadang dinding usus daripada dipecah masuk bakteria jahat.

Macam mana kalau bakteria jahat berjaya takluki usus?

Bila runtuhnya benteng bakteria baik.

Bakteria jahat kuasai dan bentuk keadaan dipanggil ‘dysbiosis’.

Penyebab masalah seperti:

  • Radang usus
  • Buasir
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Sindrom usus besar
  • Obesiti
  • Diabetes

Bukan itu saja.

Mood jadi tak stabil. Asyik nak marah je kerja.

Kulit pun bermasalah. Nampak tua dari umur.

Jeragat, bintil kecil mulai muncul.

Jerawat naik dengan jayanya. Kulit gatal. Mudah jatuh sakit.

Kalau nak elak semua ni:

  1. Diet tinggi serat (kaya serat prebiotik).
  2. Makanan kaya prebiotik & probiotik.
  3. Elak diet tinggi lemak dan gula.
  4. 6 ke 8 gelas air setiap hari.
  5. Aktif bersenam.
  6. Tidur yang cukup.
  7. Elak alkohol & merokok.
  8. Jauhi pemanis tiruan.
  9. Ambil lebih polifenol (dark chocolate, blueberi).

ARTIKEL BERKAITAN: VAPE ‘DIHALALKAN’ SECARA RASMI DI MALAYSIA

Perbezaan Probiotik Dan Prebiotik

Tahu tak?

Probiotik ialah ‘bakteria baik’ hidup di mana jika diambil secara sederhana.

Bantu tingkatkan lagi jumlah bakteria baik sedia ada dalam usus.

Sistem pertahanan yang kuat disebabkan adanya bakteria baik.

Bantu tingkatkan sistem imun tubuh dan lindungi dari penyakit/jangkitan.

Manakala prebiotik ialah sejenis ‘serat tak dihadam.’ Yang dijadikan sebagai ‘makanan’ untuk bakteria baik.

Ambil sumber makanan yang ada kedua dua prebiotik dan probiotik (synbiotic).

Untuk memaksimumkan lagi khasiatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 20 MAKANAN TINGGI PREBIOTIK

Resepi Usus Sihat

Bahan:

  1. Aloe Vera
  2. Air
  3. Lemon
  4. Madu

Caranya pun tak susah mana.

  1. Potong dan asing isi aloe vera. Pastikan saiz sebesar pangkal ibu jari sahaja. Potong dalam satu cawan.
  2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.
  3. Masukkan air perahan setengah biji lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. Boleh masukkan 5-6 biji red dates sekiranya mahu.
  4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. Biarkan sejuk sedikit.
  5. Lepas sejuk boleh masukkan madu 2-3 sudu.
  6. Hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.

#DrRizal #Neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0