Makan awal pagi. Sebelum subuh. Maklumlah hari isnin.
Ada yang selalu bertanya. “Kalau puasa makan begini cukup ke? Kenyang ke?”
Ada dua soalan di sini. Cukup dan kenyang. Biasanya yang diberi perhatian ialah kenyang ke tidak?
Cukup itu juga berkaitan dengan kenyang.
Kalau kita selalu makan banyak, tiba-tiba makan sedikit, kita akan rasa tak cukup. Lapar akan datang menyapa.
Setiap hari makan lebih dari 800g makanan tiba tiba makan 400g. Perut akan minta lagi baki 400g. Sebab otak dah detect kurang makanan.
Jadi kalau mahu kurangkan, lakukan secara bersikit dulu. Gradual kata orang putih.
Biasanya saya kan buat, protein dari telur dan fiber dari oat. Kuantiti tidak besar.
Saya juga akan ambil coco OCOC. Sebab ia akan sebabkan kita rasa kenyang. Hilangkan craving pada makanan. Itu fungsi dark chocolate.
Saya juga akan pastikan air diminum sekurang-kurangnya 1 liter.
Biasanya perut akan bertahan sampai petang. Bunyi keroncong hanya berlaku selepas jam 5:30. Sejam sebelum waktu berbuka di Kuching.