Puasa & Otak

Puasa ini istimewa. Perlu dilakukan bersungguh-sungguh.

Suatu yang ekslusif.

Puasa bukan berlapar. Puasa hidupkan sel. Kuatkan imun.

Puasa baiki organ dalaman. Program semulajadi efektifkan tubuh.

Kesannya hebat pada tubuh manusia. Lebih- lebih lagi pada otak manusia.

Oh ya. Puasa jadikan OTAK lebih bergeliga.

Maryam, anak bongsu bertanya.

“Apa kesan puasa pada otak”?

Ketika itu sedang santai mahu bersedia terbang ke Kuala Lumpur.

Maryam, skilnya sedikit berbeza. Pada tahun empat sudah jadi pengawas. Sudah naik pentas dan jadi MC.

Tahap keyakinannya tinggi. Soalannya juga perlukan jawapan ilmiah.

“Kesannya pada hippocampus. Jawab saya sambil menunjuk di mana letaknya hippocampus.

Puasa menyebabkan lahirnya sel otak baru di hippocampus. Apa yang kita hafal akan tersimpan di sini.

Tambah saya lagi.

“Sel otak perlukan tenaga. Namanya KETONE. Puasa melahirkan KETONE. Sel otak jadi hebat”.

Saya teruskan tazkirah Ramadan saya sementara menanti panggilan untuk boarding.

“Sebab itu kita disunatkan banyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadan.

Nanti ayat Al_Quran satu-satu tersemat dalam memori.”

“Kalau kita studi masa berpuasa, lagi bagus.

Otak dalam keadaan siap sedia. Yang dibaca akan melekat kuat.”

“Oh, jadi kalau puasa habis Ramadan pun baguslah ayah?” soal Maryam lagi.

“Betul. Lagi rajin kita berpuasa lagi hebat otak kita.”

“Nak bagitahu kawanlah. Boleh puasa sama-sama nanti”.

Kata Maryam penuh semangat.

Saya hanya senyum mengangguk.

Semangat budak umur 11 tahun. Teruja dengan kehebatan berpuasa.

Anda Juga Mungkin Berminat

lab dr rizal

Rahsia Dr Rizal Tampil Awet Muda Di Usia 50an

Nyanyuk ‘Bukan’ Tanda Anda Menua Normal!

6 Fungsi Otot Sebagai ‘Organ For Longevity’

Adakah Gemuk Sebab Genetik?

Perbezaan Aktiviti Fizikal Dengan Senaman

Jangan Tahan Bersin Kerana 6 Bahaya Menanti!

Scroll to Top
0