Public Speaking

Petang tadi diberi kesempatan membuat pengucapan umum di hadapan 80 pemimpin-pemimpin hebat pelajar.

Pelajar-pelajar yang berani mencabar diri untuk keluar dari kepompong kelesuan minda dan kemandulan bakat.

Tajuknya Organisational Culture & Citizenship untuk 2 jam. Yang diketengahkan ialah P.R.I.D.E. Akronim yang senang diingat dan disemat.

Guru Dato’ Roslan Ab Hamid pesan 120 saat yang pertama menjadi penentu. Ledakan mesti hebat.

Biar terpaku audiens. Lihat bahasa badan sebagai klu.

Isi mesti memaku. Ada cerita yang mengikat. Usai ucapan nanti ada ibrah yang melekat.

Penutup jangan lesu. Poin utama mesti diulang disebut. Ledakan penutup mesti berhantu.

Semua disusun. Ikut aturan. Harapannya agar audiens terkesan.

Pesan guru Dato’ Roslan Ab Hamid lagi mesti sampai awal. Melihat tempat dan audiens.

Ada momen bersendirian. Jauh dari gangguan emosi.

Ruang solat Masjid kujadikan tempat menunggu. Beriktikaf. Boleh juga sambil-sambil mengumpul pahala.

Dalam momen diam itu terdengar sapaan. “Ada program ke bang?”

Sapaan nyata dituju padaku sebab tiada siapapun di situ. “Abang?” getus hatiku.

Jawabku ringkas. “Ya ada program.”

Perbualan kecil diteruskan. Rupanya bekas pelajar datang bertamu.

Dalam sibuk berbual kecil, datang sekumpulan pelajar memberi salam. “Doktor jom ke dalam. Masa dah sampai”.

Bekas pelajar nyata terkejut. Minta maaf sebab tak panggil gelaran Doktor tadi.

Sambungya “Ingatkan pelajar master atau PhD tadi.”

Aku hanya tersenyum sambil minta diri.

Masa sampai, ucapan pun bermula. Fokus pada yang dirancang. Tanpa sedar masa berhenti pun tiba. Ku mohon undur diri.

Usai bicara microphone diserah pada pengacara. FIkirku okay juga berpentas begini. Kata guru Dato’ Roslan Ab Hamid pentas ada badi. Susah untuk berhenti. Boleh ketagih nanti.

Esok sepentas lagi. Harap lebih baik dari tadi. Betulkah pentas ada badi? Nak tahu pergilah ke Langkawi nanti. Gali dari guru Dato’ Roslan Ab Hamid sendiri.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0