in

Cute Love OMG

Pumpkin Seeds Untuk Kurus & Tidur Nyenyak

Tiba tiba seronok bila nampak ada tepung, pumpkin seeds dan kuaci. Dapat idea nak buat roti.

Habbatus Sauda pun ada. Kurma dok menunggu. Bolehlah campur sekali.

Kira ON terus buat roti malam tadi. Maka bawa keluarlah mesin roti yang dibawa balik dari Australia.

Buat campuran. Biar mesin sendiri uli tepung. Lepas dah settle, kita bentuk saja.

Set time. Esok pagi di bakar sendiri. Pagi tadi bila bangun rumah bau semerbak roti sedang dibakar. Segar sungguh.

Bila dah masak jadilah seperti dalam gambar. Roti OCOC Multigrain Seeds.

Roti Multigrain Seeds

Saya saja pilih pumpkin seeds. Pumpkin seeds ni nampak macam biasa saja.

Tapi kecil kecil cili padi. Sarat dengan nutrient.

Yang paling best pumpkin seed kaya dengan omega 3.

Nutrien yang powerkan otak dan bagus untuk jantung.

Yang menakjubkan dalam pumpkin seeds ni ada sterols. Kajian dapati ada 265mg dalam 100g pumpkins seed.

Sterol ni bantu turunkan jumlah kolesterol jahat atau LDL dalam tubuh.

Kalau yang nak turunkan berat badan, pumpkin seeds patut jadi pilihan untuk dikudap kudap.

Fiber dari pumpkin seeds ni bagi kita rasa kenyang. Rasa kenyang ni tahan lama pula tu.

Yang jarang orang perasan ialah vitamin E yang ada dalam pumpkin seeds. Vitamin E nilah yang jadi booster untuk sistem imun kita.

Sistem imun macam tentera yang jaga perbatasan negara. Musuh tak dapat melintas masuk.

Kalau susah nak tidur ada insomnia kata orang sekarang wajib ngap pumpkin seeds ni.

Ikut kajian dalam jurnal Nutritional Neuroscience tahun 2015 Tryptophan dalam pumpkin seeds dapat bantu tidur.

Sama macam Tryptophan dalam coco OCOC.

Tryptophan akan galakkan otak bawa keluar hormon tidur – melatonin. Bila melatonin keluar kita akan mula menguap macam badak air tu.

Satu lagi yang penting ialah anti oksida dalam pumpkin seeds. Dia ada squalene, bahan anti oksida yang sama taraf macam beta carotene. Squalene ni lindungi pancaran UV pada kulit.

Kalau kita kena ambil kalsium tapi tak boleh telan susu, pumpkin seeds adalah penyelamat.

Untuk setiap 100g ada 20mg kalsium. Anak anak yang alah susu tu bolehlah bagi pumpkin seeds. Dapatlah juga kalsium dari tak dapat langsung.

Kalau oramg dok cerita pasal lemak sihat atau polyunsaturated fatty acids (PUFAs), pumpkin seeds pun ada juga. Senang cerita tak menyesal makan. Harga pun mampu milik.

Bolehlah cuba. Oh resepi? Nanti tunggu buku keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Khasiat Ulam Kacang Botor

Blue Light Dari Handphone

Blue Light – Cahaya Screen Gadget & TV Mengganggu Tidur