Pernah makan snow fungus ataupun kulat putih?
Ada dalam minuman penyejuk badan seperti lai chi kang.
Tekstur kruk krak kruk krak. Hampir tiada rasa.
Dalam masyarakat Cina.
Kulat putih mendapat nama kerana khasiat luarbiasanya.
Terutama untuk kulit awet muda dan tubuh kekal sihat.
Tak perlu keluarkan banyak duit.
Untuk dapatkan kulit bersih halus berseri dan anjal.
Antara satu sifat luarbiasanya iaitu kawal penghasilan melanin.
Melanin berlebihan penyebab tona kulit tak sekata, jeragat dan parut.
Kulat putih kena rendam dulu dalam air.
Kasi mengembang 2x ganda dari saiz asal.
Apa lagi khasiat kulat putih ni?
- Rendahkan kolesterol tinggi
- Cegah tumbesaran tumor
- Lindungi organ hati
- Lembapkan kulit
- Bebaskan haba tubuh
- Lindungi dari kerosakan neuron
- Rangsang aktiviti sel darah putih (lawan kuman)
- Kurangkan penampakan kedutan
- Tingkatkan sensitiviti insulin
- Kawal gula dalam darah
Ini resepi turun temurun buat air penyejuk badan atasi cuaca panas.
Bantu stabilkan mood, tingkatkan tenaga dan hidrasikan kulit.
Putik bunga bersihkan toksin, keluarkan haba dari badan dengan kembangkan salur darah.
Untuk tubuh dan minda lebih tenang.
Bahan:
- 1 sudu gojiberries
- 1/2 sudu putik bunga ros
- 1/2 sudu putik bunga kekwa
- 2 keping cendawan putih kering
- 3 biji kurma merah
- 3 biji longan kering
- 1 sudu biji lotus
- 1 sudu barli
- 1 sudu biji selasih
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu gula kelapa
- *Cincau hitam – optional
Rendam biji lotus dan cendawan putih dalam air.
Masukkan air dalam periuk. Rebus semua kecuali putik bunga.
Akhir akhir baru masukkan bahan direndam dan putik bunga.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Tuang dalam gelas dan masukkan cincau.
Sedia untuk diminum.
Atau sejukkan dalam peti lepas itu baru minum.
Sangat menyegarkan.
ARTIKEL TERBARU: