Rahsia Kehebatan Belimbing

Hari ni jamu otak dan usus dengan 5 Star Fruit- buah belimbing. Dari semalam lagi dok ingat. Jadi gigih cari belimbing.

Teringat masa kecil dulu. Pokok belimbing segar hidup di belakang rumah saja. Berbuah sepanjang tahun. Bila dah banyak tak peduli sangat pun.

Lagipun dulu dulu mana ada ilmu pasal nutrisi ni. Bila belajar dan praktik ilmu nutritional psychology baharu tahu.

Waktu itu seingat saya umur baharu enam tahun. Saya tanya kat ayah. “Ni buah apa bapak?” Ayah tengok. Dia sebut “star fruit. Buah orang putih. Nama Melayu tak dak.”

Saya angguk. Tanda faham. Ayah pula tersengih semacam.

Ditakdirkan esoknya di sekolah cikgu tanya tentang nama buah yang sama. Subjek Bahasa Melayu.

Saya dengan bangga angkat tangan. Maklumlah dah tahu jawapan. Tergedik hedik nak jawab. “Saya saya cikgu” sambil angkat tangan ala terkinja kinka sikit.

“Ya Rizal jawab.” Kata cikgu. Masih ingat Cikgu ni - Cikgu Fauziah Azizi.

“Buah ini tidak ada dalam Bahasa Melayu. Namanya Star Fruit Cikgu.” Waktu itu gigi memang rongak kat depan. Apabila sebut fruit sahaja bersembur air liur. Cuba sebut F tanpa gigi depan tengok.

Budak budak lain bantai gelak berjemaah. Dengan Cikgu Fauziah sekali terkekeh kekeh.

Mungkin tahap konfiden aku sampai tahap gaban waktu tu.

Bila kawan dan Cikgu gelak terus merah muka saya. Malu baq hang. Nak cover malu saya tanya kawan sebelah meja “Pasai apa gelak pulak” Memang tak puas hati, jantung dan ginjal waktu tu.

Member sebelah bantai gelak lagi. Lepas tu dia kata “haha star fruit”. Makin mengilai sambil pegang.

Adoi. Merupa rasa waktu tu. Dia siap tunjuk tangan lagi kat saya. Rasa macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok pun ada. Scene Ramlee, Aziz dan Sudin gelak berjemaah kat pakcik dalam kelas tu.

Saya makin blur. Dalam hati dok kata betul la star fruit. Bapa bagitau macam tu.

Dalam dok fikir tu saya tengok Cikgu Fauziah. Cari simpati kot.

Cikgu Fauziah bila dah tengok saya tengok dia, dia pun berhenti gelak. “Bertuah sungguh si star fruit ni” katanya sambung gelak lagi.

“Ini namanya buah belimbing. Dalam Bahasa Inggeris star fruit.” Terang cikgu Fauziah

Balik rumah saya terus pergi cari ayah. Dia duduk dengan emak. Dua orang abang pun ada sama.

“Pasai apa bapa tipu kata buah belimbing tak dak dalam bahasa Melayu. Habis satu kelas gelak bila chek sebut belimbing tu star fruit”

Pada saat itu, bapa, emak dan abang abang juga buat acara gelak berjemaah.

Saya hentak hentak kaki pada tanah. Tanda tidak puas hati. Berlari keluar. Merajuk tapi tak lah macam apek tukang kain pakai underwear warna merah dalam cerita Kung Fu Hustle.

Itu dulu. Sekarang baharu tahu betapa hebatnya buah belimbing ini. Sarat dengan nutrisi dan fiber.

Bayangkan dalam belimbing ada 3 jenis anti oksida power. Ada quercertin, epicatechin dan gallic acid. Ketiga tiga ini adalah pahlawan yang melawan radikal bebas dan inflamasi.

Menurut kajian belimbing bertindak sebagai anti microbial. Bertindak lawan microbial bacillus cereus, e.coli, salmonella typhus. Juga bagus untuk eczema.

Ada lagi kehebatan belimbing ini. Ia ada

vitamin A, B and C. Vitamin C yang ada dalam belimbing berikan 57% keperluan harian vitamin C manusia.

Jumlah besar ini penting untuk bantu penghasilan kolagen. Penting untuk cekang dan licinkan kulit. Pada yang mahu kulit glowing lit lit boleh berdempek dengan makhluk ini.

Menarik lagi belimbing ada thiamine, riboflavin, dan niacin. Kesemuanya penting untuk otak.

Pada ibu menyusu dan mahu susu banyak, bersenggol sengolanlah dengan belimbing. Ada kajian dapati ibu yang ambil belimbing hasilkan susu lebih banyak berbanding yang tidak ambil.

Bagi yang ada masalah rambut, vitamin B kompleks yang ada belimbing mungkin berikan jawapan bagaimana mahu lebatkan semula rambut.

Kajian dari International Journal of Food Science and Nutrition tahun 2014 dapati fiber dalam belimbing dapat turunkan kolesterol. Laporan dari jurnal saintifik Advance Pharmacological Science pada tahun yang sama juga pula dapati ianya dapat lawan sel kanser hati.

Luar biasa betul belimbing. Saya sendiri pastikan seminggu sekali mesti ambil. Cuma satu sahaja pantang belimbing. Tidak sesuai untuk yang ada masalah buah pinggang.

Jom kita bing bing belimbing. Seandainya tuan dan cikpuan mahu tahu lebih dalam lagi tentang superfood, saya akan share satu topik khas FOOD HACKING dalam sesi FB Live.

Boleh klik sini untuk daftar.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0