Rahsia Kehebatan Belimbing Yang Tidak Diketahui Orang

Sesi Dr Rizal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Dr Rizal, pengetua Neuroversiti. Saya aktif berkongsi ilmu-ilmu berkaitan otak di Facebook. Sekarang ada 113,572 followers.


Setiap hari saya akan menulis tips dan teknik yang kita boleh amalkan. Dan nampak perbezaan pada prestasi otak.


Kesemua yang saya kongsikan adalah berdasarkan jurnal dan kajian sains. Bukan pendapat sendiri. Dan hari ini saya akan kongsikan Rahsia Kehebatan Belimbing.

Hari ni nak jamu otak dan usus dengan 5 Star Fruit- buah belimbing.
Dari semalam lagi dok ingat. Jadi gigih cari belimbing.

Teringat masa kecil dulu. Pokok belimbing segar hidup di belakang rumah saja.
Berbuah sepanjang tahun. Bila dah banyak tak peduli sangat pun.

Lagipun dulu dulu mana ada ilmu pasal nutrisi ni. Bila belajar dan praktik ilmu nutritional psychology baharu tahu.

Waktu itu seingat saya umur baharu enam tahun.
Saya tanya kat ayah. “Ni buah apa bapak?” 

Ayah tengok. Dia jawab “star fruit. Buah orang putih. Nama Melayu tak dak.”

Saya angguk. Tanda faham. Ayah pula tersengih semacam.

Ditakdirkan esoknya di sekolah cikgu tanya tentang nama buah yang sama. Subjek Bahasa Melayu.

Saya dengan bangga angkat tangan. Maklumlah dah tahu jawapan. Tergedik hedik nak jawab. “Saya saya cikgu” sambil angkat tangan ala terkinja-kinja sikit.

“Ya Rizal jawab.” Kata cikgu.

“Buah ini tidak ada dalam Bahasa Melayu. Namanya Star Fruit Cikgu.”

Budak budak lain bantai gelak berjemaah. Dengan Cikgu Fauziah sekali terkekeh kekeh.

Mungkin tahap konfiden aku sampai tahap gaban waktu tu.

Bila kawan dan Cikgu gelak terus merah muka saya. Malu baq hang.
Nak cover malu saya tanya kawan sebelah meja “Pasai apa gelak pulak”. 
Memang tak puas hati, jantung dan ginjal waktu tu.

Member sebelah bantai gelak lagi. Lepas tu dia kata “haha star fruit”.
Makin mengilai sambil pegang.

Saya makin blur. Dalam hati dok kata betullah star fruit. Bapa bagitau macam tu.

Dalam dok fikir tu saya tengok Cikgu Fauziah. Cari simpati kot.

Cikgu Fauziah bila dah tengok saya tengok dia, dia pun berhenti gelak. “Bertuah sungguh si star fruit ni” katanya sambung gelak lagi.

“Ini namanya buah belimbing. Dalam Bahasa Inggeris star fruit.” Terang cikgu Fauziah

Balik rumah saya terus pergi cari ayah. Dia duduk dengan emak. Dua orang abang pun ada sama.

“Pasai apa bapa tipu kata buah belimbing tak dak dalam bahasa Melayu. Habis satu kelas gelak bila chek sebut belimbing tu star fruit”

Pada saat itu, bapa, emak dan abang abang juga buat acara gelak berjemaah.

Saya hentak hentak kaki pada tanah. Tanda tidak puas hati. Berlari keluar.

Itu dulu. Sekarang baharu tahu betapa hebatnya buah belimbing ini. Sarat dengan nutrisi dan fiber.

Bayangkan dalam belimbing ada 3 jenis anti oksida power.
Ada quercertin, epicatechin dan gallic acid.
Ketiga tiga ini adalah pahlawan yang melawan radikal bebas dan inflamasi.


Menurut kajian belimbing bertindak sebagai anti microbial. Bertindak lawan microbial bacillus cereus, e.coli, salmonella typhus. Juga bagus untuk eczema.

Ada lagi kehebatan belimbing ini.

Ada vitamin A, B and C. Vitamin C yang ada dalam belimbing berikan 57% keperluan harian vitamin C manusia.

Jumlah besar ini penting untuk bantu penghasilan kolagen. Penting untuk cekang dan licinkan kulit. Pada yang mahu kulit glowing lit lit boleh berdempek dengan makhluk ini.

Menarik lagi belimbing ada thiamine, riboflavin, dan niacin. Kesemuanya penting untuk otak.
Pada ibu menyusu dan mahu susu banyak, bersenggol sengolanlah dengan belimbing.

Ada kajian dapati ibu yang ambil belimbing hasilkan susu lebih banyak berbanding yang tidak ambil.

Bagi yang ada masalah rambut, vitamin B kompleks yang ada belimbing mungkin berikan jawapan bagaimana mahu lebatkan semula rambut.

Kajian dari International Journal of Food Science and Nutrition tahun 2014 dapati fiber dalam belimbing dapat turunkan kolesterol. Laporan dari jurnal saintifik Advance Pharmacological Science pada tahun yang sama juga pula dapati ianya dapat lawan sel kanser hati.

Luar biasa betul belimbing. Saya sendiri pastikan seminggu sekali mesti ambil.
Cuma satu sahaja pantang belimbing. Tidak sesuai untuk yang ada masalah buah pinggang.

Belimbing ini adalah superfood yang tak ramai orang tahu.
Sebenarnya ada banyak lagi SUPERFOOD tempatan yang tak dipandang.


Orang ingat superfood ini biasa jah sebab keluaran Malaysia.

Tapi depa tak tau produk Malaysia ni luar biasa!


Sebab itu saya nak dedahkan superfood yang dahsyat-dahsyat dalam satu sesi FB Live: FOOD HACKING.


Hangpa nak tau, teruskan membaca.


NEUROHACKING - Bagaimana Meningkatkan Prestasi Otak

Pada tahun lepas, saya ke Erlangen, Germany untuk belajar ilmu terbaru tentang otak.
Bagaimana dan cara untuk meningkatkan prestasi otak.


Kursus ini berlansung pada bulan Ramadan. Hampir 2 minggu lamanya.
Banyak input-input menarik yang saya dapat.
Dan saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua.


Kesemua ilmu ini akan didedahkan dalam sesi FB Live NEUROHACKING.
Saya akan buat sebanyak 3X kali sesi FB Live.
Ada 3 topik utama yang akan disentuh.

LIVE 1 : Reverse Aging (Awet Muda)

Macam mana nak kekal muda remaja? Ada guna produk tertentu ke? Saya akan merungkai misteri bagaimana teknik untuk kelihatan awet muda. Apa aktiviti yang perlu dilakukan?

LIVE 2 : Gadget Hacking

Zaman sekarang kalau tak pegang gajet tak sah? Ada yang kata gajet tidak bagus untuk otak? Ada yang kata sebaliknya. Saya akan dedahkan bagaimana menggunakan gajet untuk meningkatkan brain performance. Siap ada demo bagaimana guna gajet-gajet ini.

LIVE 3 : Food Hacking

Dalam sesi ini saya akan terangkan makanan-makanan yang boleh hack your brain. Ini semua berdasarkan kajian sains. Anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Macam Mana Nak Sertai?

Neurohacking akan dijalankan menerusi FB Live.
Ada 3X sesi LIVE bersama Dr Rizal.


Apabila anda sertai,
anda akan dijemput masuk ke dalam FB Group Tertutup Neurohacking.


Jadual LIVE akan dimaklumkan di dalam group ini.
Sekiranya anda terlepas sesi live, jangan bimbang.
Rakaman setiap sesi ada di dalam FB Group ini.

Daftar Sekarang

Berapakah yuran untuk menyertai NEUROHACKING?


Untuk satu sesi LIVE bersama Dr Rizal, beliau biasanya akan dibayar sebanyak RM6500!

Tapi anda akan menjadi orang bertuah seandainya anda dapatkan tawaran Early Bird hari ini.
Yuran komitmen adalah tidak masuk akal.

  • Sesi Warm Up akan bermula dari sekarang sehingga 21 Jun
  • 3X Sesi Live bersama Dr Rizal
  • Sesi Live ini akan berlansung antara 22 Jun - 28 Jun
  • Akses rakaman kepada FB Live sekiranya terlepas
  • 3 topik power: Reverse Aging, Gadget Hacking, Food Hacking

Berapa yurannya?


Ada dua pilihan.

Tawaran Early Bird

akan tamat dalam masa:

00
Days
00
Hours
00
Minutes
00
Seconds

1 Tiket

Neurohacking Live Sessions


RM99

RM29

  • 1 Tiket ke Neurohacking Live Sessions
  • 3X Live bersama Dr Rizal dalam FB Group Tertutup
  • Rakaman sesi FB Live

3 Tiket

Neurohacking Live Sessions


RM199

RM19

RM49

  • 3 Tiket ke Neurohacking Live Sessions
  • 3X Live bersama Dr Rizal dalam FB Group Tertutup
  • Rakaman sesi FB Live
  • 3 Tiket bererti anda boleh membawa 2 lagi peserta ke sesi ini (1+2)

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi Customer Happiness Manager kami di sini.

Scroll to Top
0