Raya Korban dan L.A.B

Raya korban dikaitkan dengan daging. Limpahan daging tidak dapat dielakkan. Setiap jemputan terhidang daging.

Daging segar. Masih lembut. Pasti sukar untuk ditolak.

Petang tadi dijemput ke kenduri korban. Makan daging sahaja. Daging cicah air asam.

Orang bilang “sedap bak hang”. Namun dalam kesedapan usah lupa diri. Jumlah daging kecil sahaja.

Daging ada purina. Boleh tingkatkan uric acid. Ambil berpada.

Tubuh kita perlukan seminggu untuk proses daging lembu. Jadi ambil seminggu sekali. Andai lebih pasti asid uric akan naik dengan bangganya.

Apa akan berlaku? Gout mula menyapa. Sendi mula terasa bisa.

Sakitnya bukan kepalang. Untuk turunkan asid uric ambil L.A.B.

1) L – Lemon: perah sebiji lemon dalam air suam. Minum di awal pagi ketika perut kosong.

2) A – Apple cider: campurkan satu sudu apple cider dan satu sudu madu ke dalam air. Minum 2-3 kali sehari.

3) B – Baking soda: ambil setengah sudu baking soda dan campurkan dengan air suam satu cawan. Minum sekali sehari.

Andai gusar pada gout lakukan L.A.B. Nikmat hidup akan kembali. Sakit tiada lagi di sisi.

Anda Juga Mungkin Berminat

Skrub Badan dan Wajah Guna Celtic Sea Salt: Rahsia Kulit Makin Lembut dan Berseri

Air Detoks Dengan Celtic Sea Salt: Cara Semula Jadi Rehidrasi dan Pulihkan Tenaga

Benarkah Teh Daun Jambu Batu Boleh Cegah Influenza?

11 Makanan Cegah Influenza Secara Semula Jadi

Kurang Minum Air: Bahaya Senyap Pada Otak & Badan

17 Khasiat Goji Beri Untuk Tenaga, Kulit dan Otak

Scroll to Top