Tidur Nyenyak

Remove Dua Benda Ini Untuk Tidur Nyenyak

Bagaimana mahu dapatkan tidur yang betul serta nyenyak ?

Saya mudahkan dalam akronim RIZAL.

R yang pertama ialah REMOVE.

Apa yang mahu di-remove-kan?

Hidup kita sekarang ini berselirat dengan gelombang.

Malamnya digenangi cahaya.

Gelombang dan cahaya ini adalah gangguan kepada hidup.

Maksudnya bagaimana?

Gelombang yang dimaksudkan ialah signal dari wifi atau telefon bimbit. 

Tidur Nyenyak

 

Ramai gunakan telefon bimbit sebagai alat penggera. Diguna sebagai jam kunci. Bangunkan diri dari tidur.

Ada pula yang tidur dalam keadaan cerah ditemani cahaya lampu.

Samada lampu dari dalam bilik tidur atau bilik air atau lampu dari luar.

Tidak ketinggalan lampu dari monitor komputer atau lampu kecil berwarna merah atau hijau dari alat pendingin hawa.

Tidur Nyenyak

Keduanya iaitu gelombang dan cahaya lampu mengganggu otak.

Yang pertama beri gangguan pada gelombang otak.

Cahaya pula ganggu hormon tidur. Nafikan hormon tidur bernama melatonin dari keluar.

Lebih menakutkan bukan sekadar gangguan pada kualiti tidur. Tidur dibawah cahaya lampu dikaitkan dengan kanser, diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Langkah BERKESAN Cegah Psoriasis!

Kanak-Kanak Berdengkur – Normal Atau Sebaliknya?

Ketahui Punca GASTRIK Ramai Tak Sedar!

Rutin Penting PEMAKANAN SIHAT Untuk REMAJA!

7 Manfaat Peluk Pokok Menurut Kajian

6 Cara LATIH OTAK Untuk Kekal Cergas!

Scroll to Top