Promo Sebulan Raya 2 minggu lagi
Sebelum tamat 22 Mei 2023 ini!
Stok Neurobox Raya dah semakin kurang
Kenapa perlu dapatkannya sekarang?
Jimat 87% harga asal ̶R̶M̶3̶9̶0̶ kini RM49 sahaja!
Tubuh terdehidrasi ialah punca utama badan jadi letih tak bertenaga.
Pening/sakit kepala selain kerap berpeluh.
Mengakibatkan cecair lebih cepat hilang dalam badan.
Tinggi risiko tubuh alami strok haba (heat stroke) dan keletihan haba (heat fatigue).
Perasan kan suhu sekarang makin panas lain maciam.
Berita cakap fenomena El Nino dijangka melanda negara sehingga akhir tahun ni.
Selain banyakkan air putih. Apakata ambil timun dan tembikai?
Insya Allah badan akan lebih segar bertenaga dan kekal terhidrasi sepanjang cuaca panas.
Kaya 95% air padat mineral dan vitamin.
Di negara empat musim, dijuluki sebagai ‘summer fruits’.
Sumber anti-inflammatory terbaik.
Padat biotin yang didapati bantu kawal anxiety dan stres.
Tembikai ada lycopene dan citrulline.
Turunkan tekanan darah tinggi dan lindungi jantung.
BACA ARTIKEL PENUH: 11 KHASIAT TIMUN JEPUN
Ini resepi mudah buat jus anti-panas berkhasiat.
Bantu legakan dahaga serta seimbangkan balik kenaikan suhu panas tubuh.
1) AIR TIMUN TEMBIKAI PUDINA
Bahan:
- 4 cawan tembikai
- 1 cawan timun batang
- Segenggam daun pudina
- 1/2 cawan jus lemon/kasturi/nipis
Kisar kesemua bahan dalam blender.
Tuang dalam jug dan sejukkan.
Sekiranya kurang manis, tambah lebih tembikai.
Ini lagi satu resepi guna kiwi dan lemon.
Kenapa kiwi?
Kiwi bersifat ‘cooling’ bagus untuk sejukkan tubuh.
Ada lebih 90% kandungan air.
Elok untuk jantung. Kaya folic acid untuk ibu ibu mengandung.
Kiwi kaya vitamin C dan E.
Bantu cegah jerawat dan haluskan kulit muka.
Lemon tak perlu ulas banyak.
BACA ARTIKEL PENUH: 17 KEBAIKAN AIR LEMON
2) AIR LEMON KIWI MADU
Bahan:
- 5 biji kiwi
- 3 sudu madu Uzbekistan
- 2 cawan jus perahan lemon
- 1 cawan air
Cara:
- Purikan kiwi dan madu dalam blender sehingga lembut.
- Dalam jug, masukkan air dan jus lemon. Kacau.
- Masukkan 1@2 sudu puri kiwi tadi dan kacau sebati.
- Sedia untuk diminum.
Resepi akhir sekali guna melon.
Kalau ada anxiety cuba ambil rock melon.
Ia dikenali sebagai natural anxiety reliever. Kaya vitamin A, B, C dan potassium.
Bantu stabilkan degupan jantung.
Naikkan jumlah oksigen ke otak.
95% air dan bantu kurangkan haba tubuh.
Kesannya tubuh dan otak lebih relaks.
Selain legakan anxiety, rock melon bagus untuk:
- Anjalkan kulit
- Sihatkan mata
- Lawan inflamasi
- Cegah risiko asthma
- Rendahkan tekanan darah tinggi
- Cegah risiko kanser usus besar
- Immune booster
3) AIR TIMUN TEMBIKAI SUSU
Bahan:
- 3 cawan tembikai susu ranum
- 2 cawan timun
- 2 biji perahan jus limau nipis
- 1 sudu madu Uzbekistan
BACA ARTIKEL PENUH: 13 KEBAIKAN LIMAU NIPIS
Cara:
- Kisar timun dan tembikai susu. Pastikan tak terlalu pekat.
- Tuangkan dalam gelas. Masukkan jus limau nipis dan madu.
- Kacau sebati dan sedia untuk diminum.
4) AIR BETIK OREN
Nak buat senang saja.
Kalau tak ada oren, boleh guna nanas.
Nanas elok untuk stabilkan suhu tubuh.
BACA ARTIKEL PENUH: 18 KHASIAT NANAS RAMAI TAK TAHU
Kisar betik dalam blender. Masukkan air perahan oren.
Siap untuk diminum.
Bila cuaca panas, senang sangat nak sembelit.
Sebab kurang air dalam badan.
Senang juga nak demam, batuk dan sakit tekak.
Betik bertindak sebagai julap semula jadi.
Oren pula padat vitamin A dan C.
Untuk kebalkan sistem imun dari risiko jangkitan.
#DrRizal #Neuroversiti #cuacapanas