Resepi Senang, Sedap, Sihat & Bagaimana Ia Mengaktifkan Otak

Ada yang tanya,

“Kalau baca buku resepi ni boleh tingkatkan prestasi OTAK tak?”

Menarik soalan ni.

Dulu, masa tiada gajet pintar.

Manusia guna dia ni lah untuk cari nama, no telefon dan alamat.

Punya gigih cari satu satu. Boleh juling dibuatnya.

Buku wajib ada disebelah telefon rumah dalam setiap rumah.

Nostalgia zaman dulu tak ada Internet dan gajet pintar.

Sebab tu memori orang dulu dulu power.

Sebab kena guna otak untuk ingat no si A mukasurat berapa, perenggan mana, alamat apa, no berapa.

Manusia tak bergantung pada teknologi. Semua bikin sendiri.

Bila mata mulai ‘scan’ nama hidangan, kemudian ‘print’ gambar hidangan.

Lepas itu otak mulai ‘screenshot’ bahan dan cara penyediaan.

Segala informasi ini akan dikumpul dan diangkut masuk ke dalam otak.

Kesannya memori tadi akan ‘dipreserve’.

Satu ‘stor simpanan’ khas untuk resepi akan dibina.

Sebab itu bila dah biasa masak ikut resepi, lama lama tak perlu nak bergantung dan boleh modify resepi ikut selera.

Bahagian Frontal Lobes diaktifkan.

Fungsi Frontal Lobes mula diasah dan diberi cabaran.

Bila baca resepi. Bahagian ini mula wujudkan perasaan ingin tahu.

Automatik muncul perasaan ‘nak cuba masak lah.’

Bila dah start bersilat di dapur.

Maka ketepatan deria atau sensory acuity diaktifkan.

Deria bau, lihat dan rasa dirangsang masa ni.

Masa ini juga memori deria dibentuk. Dipanggil sensory memory.

Keupayaan otak untuk kenal pasti bahan dan rempah dan membentuk ‘rasa’ tanpa perlu tunggu hidangan siap.

Juga bantu aktifkan skil motor.

Pergerakan otot tangan selari dengan aktiviti otak. Deria bekerja juga turut diaktifkan.

Otak berupaya kenal pasti apa yang perlu dibuat dulu bergantung pada masa penyediaan.

Ini mengaktifkan working memory dan juga general memory.

Salah satu brain exercises untuk aktifkan balik neuron lemah.

Adalah dengan baca buku resepi dan masak.

Boleh begitu?

 

Untuk dapatkan 60 Resipi Sihat sebagai penyedian Ramadan.

DAPATKAN DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top