Ikuti 10 Resepi Dr Rizal Untuk Otak Cantik Badan Lentik

Makanan sihat tak semestinya TANPA sebarang gula, garam dan lemak.

Kalau tak, mesti tawar dan tak enak untuk dijamu.

Makanan sihat bekalkan nutrisi untuk keperluan tubuh.

Bagaimana nak buat makanan sihat?

Kurangkan jumlah gula, garam & lemak.

Pilih sumber yang sihat / organik.

Kurangkan bahan yang tak perlu (topping, bahan perasa).

Kurangkan saiz hidangan.

Ubah gaya masakan (rebus, panggang, bakar).

Hari ini, saya nak berkongsi 10 resepi guna dua produk utama OCOC.

Iaitu Barley Flakes dan minuman dark chocolate Vegan OCOC.

Kenapa Barley Flakes?

Barley masuk kategori smart carbohydrate. Ada serat mudah larut beta glucan.

Bekalkan khasiat vitamin B6, B12 dan folat.

Bantu fungsi memori kognitif serta sistem imun.

Bekalkan tenaga untuk otak dan tubuh.

Punyai indeks glisemik (GI) terendah dalam kalangan bijirin iaitu 28.

Bagus kurangkan risiko kolesterol dan diabetes.

Amalkan 3g makanan kaya beta-glucan setiap hari.

Turunkan kadar kolesterol sebanyak 8%.

Bayangkan.

Baru 3g. Dalam 1 sachet Barley Flakes mengandungi 5.5g beta glucan.

ARTIKEL PENUH: 24 SEBAB PERLU BERDAMPING DENGAN BARLEY

Resepi Barley Flakes

1. Biskut Barley Kacang Pekan

Bahan:

  • 4 sachet Barley Flakes
  • 150g empingan rye
  • 100g tepung multigrain
  • 100g kacang pecan (dicincang)
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh garam Himalaya
  • 70g mentega asli
  • 60g Gula Kelapa OCOC
  • 50ml santan
  • 1 biji telur

Cara:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali kacang pecan menjadi doh.
  2. Rehatkan seketika.
  3. Kemudian, bentukkan doh jadi bentuk yang diingini.
  4. Taburkan hirisan kacang pekan. Susun dalam tray disaluti sedikit mentega.
  5. Bakar dalam oven suhu 170°C-175°C selama 10-12 minit untuk biskut kecil.
  6. Kalau biskut besar dan tebal, bakar selama 12-15 minit.

2. Barley Bakar Buah Tin Serbuk Pala

Bahan:

  • ½ cawan kacang pecan panggang
  • 3 sudu besar mentega tanpa garam
  • 1 ½ cawan Barley Flakes
  • ½ sudu teh serbuk buah pala
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ¼ sudu teh garam Himalaya
  • 1 ½ cawan susu segar
  • 3 sudu besar Madu Uzbekistan OCOC
  • 1 biji telur
  • 1 cawan buah tin (potong dadu)
  • ¾ cawan buah beri
  • Sedikit greek yogurt

Cara:

  1. Gaul Barley Flakes dengan serbuk buah pala, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul susu, telur dan madu sehingga sebati. Guna sukatan 2 cawan untuk susu.
  3. Guna kuali leper, letakkan sedikit campuran barli tadi. Susun buah tin, buah beri dan taburkan kacang pecan di atasnya. Buat lapisan.
  4. Ulang langkah sama sampai barli habis.
  5. Seterusnya, tuangkan campuran yang dipukul tadi ke atas lapisan barli.
  6. Taburkan lebihan kacang pecan dan titiskan mentega cair ke atasnya.
  7. Bakar dalam oven suhu 190°C selama 20-30 minit.
  8. Hidangkan sepotong bersama greek yogurt.

3. Granola Barley Kurma

Bahan:

  • 4 cawan rolled oat
  • 6 sachet Barley Flakes
  • 2 cawan badam cincang
  • ⅔ cawan minyak sayur
  • ⅔ cawan Madu Uzbekistan
  • 2 sudu teh ekstrak vanila
  • 2 cawan kurma cincang

Cara:

  1. Panaskan oven suhu 175°C.
  2. Campurkan oat, barli dan badam dalam mangkuk besar. Gaul.
  3. Campurkan minyak sayur, madu dan ekstrak vanila dalam mangkuk kecil. Tuangkan campuran ke dalam campuran oat.
  4. Seterusnya, tuang ke dalam bekas bakar.
  5. Bakar selama 20-25 minit. Kacau setiap 10 minit, kemudian setiap 5 minit.
  6. Masukkan kurma ketika campuran masih panas.
  7. Siap untuk dimakan.

4. Bubur Epal Barley

Bahan:

  • 1 sachet Barley Flakes
  • 1 sudu besar chia seeds
  • 150ml susu segar
  • 10g kuaci
  • 1 biji epal merah (potong dadu)
  • ½ sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar flax seeds
  • ½ sudu besar Madu Uzbekistan OCOC

Cara:

  1. Campurkan barli, chia seeds dan susu dalam periuk kecil. Masak guna api sederhana sehingga bertukar lembut.
  2. Tuang dalam mangkuk. Masukkan kuaci, epal, serbuk kayu manis dan flax seeds.
  3. Titiskan madu sebagai pelengkap hidangan.

5. Skon Barley Strawberi

Bahan:

  • 2 cawan tepung bijirin penuh
  • ¼ cawan Barley Flakes
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh garam laut
  • 4 ketul dadu mentega tanpa garam
  • ¾ cawan strawberi
  • 3 sudu besar Gula Kelapa OCOC
  • ½ cawan saduran mentega susu
  • 1 biji telur

Cara:

  1. Panaskan oven suhu 200°C.
  2. Pukul tepung, barli, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk.
  3. Kemudian, lenyekkan mentega guna tangan ke dalam campuran doh.
  4. Biar doh tertukar sedikit kasar. Masukkan gula kelapa dan strawberi.
  5. Pukul ½ mentega susu, gula kelapa dan telur guna garpu.
  6. Campurkan ke dalam adunan doh.
  7. Sediakan tempat uli doh. Uli tidak lebih 12 kali.
  8. Bentuk doh guna acuan bentuk. Pastikan ketebalan lebih kurang 2 inci.
  9. Susun di atas kertas parchment dan sapukan lebihan mentega susu.
  10. Bakar dalam oven selama 12 minit.

Untuk mendapatkan Barley Flakes, KLIK DI SINI

*Tertakluk pada stok sedia ada

Resepi Vegan OCOC

Ramai tak tahu.

Minuman dark chocolate yang banyak dijual di pasaran.

Kandungan dark chocolate tak sampai 40%.

Kalau nak kejutkan otak. Nak aktifkan bahagian memori. Bahagian daya fokus.

Kalau 40% sahaja tak cukup.

Kena sekurang kurangnya 70% dark chocolate.

Nak minum pula kena dark chocolate pure punya.

100% bahan original tanpa pengawet, pewarna dan pemanis tambahan.

Seperti minuman Coco OCOC dengan Vegan OCOC.

Dua ni padat dengan flavanol.

Tingkatkan aliran darah di Hippocampal Cerebral.

Kawasan ni berkait dengan memori.

Minuman ini juga kaya tyramine. Tingkatkan dopamin dan tyrosine.

Mood bahagia dan gembira terangkat.

Ada theobromine. Ni penting untuk elak stres dan murung.

ARTIKEL PENUH: KENAPA KENA AMBIL DARK CHOCOLATE?

1. Coklat Panas OCOC

Bahan:

  • ½ cawan susu segar
  • ¼ cawan krim
  • 1 sachet Vegan OCOC
  • Kepingan coklat gelap (75% ke atas)
  • ¼ sudu teh ekstrak vanila

Cara:

  1. Panaskan susu dan krim dalam teko tahan haba guna api perlahan.
  2. Tutup api dan alihkan ke tempat sejuk.
  3. Masukkan Vegan OCOC dan kepingan coklat gelap. Biarkan 1 minit.
  4. Baru masukkan ekstrak vanila. Panaskan sekali lagi.
  5. Sedia untuk dihidang dengan serbuk kayu manis dan krim putar.

2. Kopi Santan Coklat

Bahan:

  • 1 sudu besar biji kopi halus
  • Kepingan coklat gelap (75% ke atas)
  • 1@2 sachet Vegan OCOC
  • ¼ cawan santan (optional untuk lebih berlemak)
  • ¾ cawan kiub ais

Cara:

  1. Bru biji kopi dengan air panas. Masukkan coklat gelap dan Vegan OCOC. Kacau sampai cair.
  2. Boleh tambah Gula Kelapa OCOC untuk lebih manis.
  3. Sejukkan dalam peti. Untuk hidangkan, sediakan gelas berisi ais.
  4. Tuangkan air kopi ke dalam gelas. Tuangkan santan dan kacau.

3. Bebola Kelapa

Bahan:

  • 10 biji kurma Medjool
  • 1 cawan tepung badam
  • ½ cawan kelapa parut
  • ⅓ cawan minyak kelapa
  • 1 sudu besar chia seeds
  • 2 sachet Vegan OCOC
  • ¼ cawan serbuk koko

Cara:

  1. Campurkan semua bahan di atas menggunakan pemproses makanan.
  2. Bila tekstur seperti doh, bentukkan jadi bulat dan gulingkan dalam parutan kelapa.
  3. Sejukkan dalam peti.

4. Mousse Kopi Coklat

Bahan:

  • 1 cawan santan segar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sachet Vegan OCOC
  • 2 sudu besar Madu Uzbekistan OCOC
  • 1 sudu teh ekstrak kopi
  • ½ cawan krim putar

Cara:

  1. Pukul santan bersama krim putar, Vegan OCOC, serbuk koko, madu dan ekstrak kopi sehingga bertukar jadi cecair lembut.
  2. Sesuai dimakan dengan roti bijirin penuh.

5. Bulletproof Vegan OCOC

Bahan:

  • 450ml air kopi bebas gula
  • 1 sudu makan minyak kelapa
  • 2 sudu makan mentega asli cair
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1@2 sachet Vegan OCOC
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis

Cara:

  1. Gabungkan kesemua bahan dalam pengisar.
  2. Sedia untuk diminum sejuk atau biasa.

Untuk mendapatkan Vegan OCOC, KLIK DI SINI

*Tertakluk pada stok sedia ada

 

 

Pssttt…

SUPERSALE 2023 kini sedang berlangsung!

Tuan Puan boleh dapatkan produk seperti berikut:

OTAK 1.0

OTAK 2.0

Rahsia Sihat Alami

60 Resipi Sihat

 

Atau…

 

Ubah tahap hidup Tuan Puan dengan NEUROPLANNER

Dari 900 kini tinggal 300 UNIT sahaja lagi!

Ini adalah CETAKAN PERTAMA dan TERAKHIR

KLIK DI SINI

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top