10 Resipi Guna Coco OCOC

1. Bebola Dark Chocolate Avocado OCOC

Bahan-bahan:

  • 1 biji avocado
  • Secubit garam
  • 5 sudu Gula Kelapa OCOC
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanilla
  • Secubit serbuk kayu manis
  • 2 sachet Coco OCOC

Cara membuatnya:

Langkah 1:

Letakkan air ke dalam pan. Lebih kurang 1 inci. Gunakan mangkuk kaca tahan panas.

Langkah 2:

Masukkan dark chocolate ke dalamnya. Pastikan api sederhana. Kacau coklat hingga cair.

Langkah 3:

Selepas coklat cair masukkan gula kelapa. Kacau hingga gula cair.

Langkah 4:

Dalam mangkuk berasingan masukkan avocado. Lenyek avocado hingga smooth.

Langkah 5:

Satukan dark chocolate yang dah cair ke dalam bekas berisi avocado. Kacau hingga sebati.

Langkah 6:

Masukkan ekstrak vanilla, serbuk kulit kayu manis dan garam. Kacau dan pastikan tidak berbiji-biji.

Langkah 7:

Letak dalam peti sejuk selama 30 minit. Keluarkan dan guna scoop air krim untuk bentuk bebola.

Langkah 8:

Letak serbuk koko dalam mangkuk kecil. Bebola yang siap golekkan ke atas serbuk.

Di mana nak dapatkan Coco OCOC ni? Klik SAYA NAK COCO OCOC!

2. Aiskrim Dark Chocolate & Gula Kelapa OCOC

Bahan-bahan:

  • 2 cawan santan segar
  • 1 sudu teh ekstrak vanilla
  • Secubit garam secukup rasa
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 2 sachet Coco OCOC
  • 10-15 sudu Gula Kelapa OCOC (ikut selera manis)

Cara membuatnya:

Langkah 1:
Letakkan baking paper dalam loyang kek yang dalam. Tuangkan santan dan masukkan dalam freezer 3-4 jam dan biarkan hingga beku.

Langkah 2:
Setelah beku keluarkan santan yang dari loyang. Potong pada bahagian-bahagian kecil.

Langkah 3:
Masukkan santan beku dan bahan-bahan lain ke dalam blender.

Langkah 4:
Blend sehingga smooth. Pastikan tiada ketulan.

Langkah 5:
Pastikan tekstur tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair. Just nice macam aiskrim.

Langkah 6:
Hidangkan terus atau simpan di dalam freezer.

3. Black Bean Brownies OCOC

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan black beans (450g)
  • 2 sachet Coco OCOC
  • 1/2 cawan oat (instant)
  • Secubit garam bukit
  • 1/3 cawan madu asli
  • 1/4 cawan MCT oils
  • 2 sudu ekstrak vanila
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan chocolate chips

Cara membuatnya:

Langkah 1: Panaskan oven pada suhu 200°C.

Langkah 2: Gaulkan semua bahan kecuali chocolate chips dalam food processor.

Langkah 3: Dah nampak rata masukkan chocolate chips.

Langkah 4: Sapu butter dalam bekas membakar (atau letak baking paper).

Langkah 5: Tuang adunan tadi.

Langkah 6: Bakar selama 15-18 minit.

Boleh juga kalau nak ganti black beans dengan labu atau keledek.

Di mana nak dapatkan MCT Oils? Klik SAYA NAK MCT OILS!

4. Coco OCOC Overnight Oats

Bahan-bahan:

  • 1 cawan instant oats
  • Sedikit kepingan badam/kelapa parut
  • 2 sudu besar chia seeds
  • 1/2 cawan serbuk Coco OCOC
  • 1/3 cawan santan segar dimasak (boleh guna susu almond)
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 sudu besar Madu Uzbekistan OCOC

Cara membuatnya:

Langkah 1: Campurkan oats, chia seed dan serbuk koko dalam mangkuk.

Langkah 2: Masukkan santan segar yang dimasak. Tambahkan madu dan ekstrak vanila.

Langkah 3: Gaulkan dan masukkan ke dalam bekas jar (letak badam dihiris halus).

Langkah 4: Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam.

Siap untuk dihidangkan.

5. Vegan OCOC Fat Bombs

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega kacang yang dicairkan
  • 1/2 cawan MCT oils
  • 1/2 cawan serbuk Coco OCOC atau Vegan OCOC
  • 1 sudu besar Madu Uzbekistan OCOC
  • Secubit garam Himalaya

Cara membuatnya:

Langkah 1: Campurkan kesemua bahan di atas sehingga sebati.

Langkah 2: Letakkan dalam bekas berbentuk acuan.

Langkah 3: Sejukkan selama 4-6 jam.

Macam mana nak beli Madu Uzbekistan OCOC? Klik SAYA NAK MADU!

6. Chocolate Avocado Pudding

Bahan-bahan:

  • 2 biji avocado (dikupas, dibuang biji dan dipotong dadu)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sachet Coco OCOC
  • 1/2 cawan Gula Kelapa OCOC
  • 1/3 cawan santan
  • 2 sudu teh ekstrak vanila
  • Secubit serbuk kayu manis

Cara membuatnya:

Langkah 1: Kisarkan kesemua bahan di atas di dalam blender sehingga smooth.

Langkah 2: Masukkan dalam bekas acuan.

Langkah 3: Boleh masukkan buah atau kekacang (optional).

Langkah 4: Sejukkan selama 1-2 jam.

7. Whole Wheat Chocolate Kurma Muffin

Bahan-bahan:

  • 8 biji kurma Medjool (dibuang biji)
  • 2 sudu teh MCT oils
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 cawan tepung almond
  • 1 cawan tepung wholewheat
  • 1/4 cawan serbuk Coco OCOC
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh garam laut

Cara membuatnya:

Langkah 1:

Panaskan oven suhu 175 degree Celcius. Sapukan MCT oils pada tray muffin.

Langkah 2:

Masukkan kurma, MCT oils dan ekstrak vanila dalam food processor. Kemudian blend.

Langkah 3:

Masukkan sekali tepung almond, tepung wholewheat, serbuk koko, baking soda dan garam laut.

Langkah 4:

Pastikan ia tidak overmixed.

Langkah 5:

Masukkan campuran tadi mengikut acuan. Boleh letak topping ikut selera.

Langkah 6:
Bakar selama 25 minit. Selepas itu rehatkan muffin selama 10 minit suhu bilik.

8. Chocolate Labu Banana Bread

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan flaxseed (dicampur air)
  • 3 biji pisang saiz sederhana
  • 1/4 cawan MCT oils
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan Gula Kelapa OCOC
  • 1 cawan puri labu
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • 1 1/4 cawan tepung whole wheat
  • 1/2 cawan serbuk Coco OCOC
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam Himalaya
  • 1/2 cawan kepingan Brownie Crunchies OCOC

Cara membuatnya:

Langkah 1:

Panaskan oven pada suhu 175 degree Celcius. Letakkan parchment paper dalam loaf pan.

Langkah 2:

Campurkan tepung wholewheat, serbuk koko, serbuk kayu manis, baking soda dan garam Himalaya dalam mangkuk.

Langkah 3:

Dalam mangkuk lain campurkan MCT oils, telur, puri labu, pisang dan esktrak vanila.

Langkah 4:

Masukkan campuran basah ke dalam campuran kering. Gaulkan.

Langkah 5:

Masukkan kepingan brownie crunchies. Masukkan ke dalam oven.

Langkah 6:

Bakar selama 1 jam (check apabila masa cecah 45 minit).

Berminat dapatkan Gula Kelapa OCOC? Klik SAYA NAK GULA KELAPA!

9. Coco OCOC Cream Pie

Bahan-bahan:

Isi dalam:

  • 1/2 cawan Gula Kelapa OCOC
  • 1/3 cawan tepung wholewheat
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 2 sachet Coco OCOC
  • Secubit garam
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu segar
  • 3 kuning telur (dipukul)
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 sudu teh ekstrak vanila

Pie crust:

  • Tepung wholewheat
  • Mentega
  • Gula kelapa
  • Air

Cara membuatnya:

Langkah 1:

Panaskan oven suhu 220 degree Celcius. Gaulkan campuran pie crust. Masukkan dalam acuan dan sejukkan dulu.

Langkah 2:

Kemudian bakar dalam oven selama 20-25 minit.

Langkah 3:

Campurkan 6 bahan dari atas di dalam saucepan. Kacau guna api sederhana panas sehingga memekat.

Langkah 4:

Perlahankan api. Kacau lagi selama 2 minit, Jauhkan dari api. Masukkan kuning telur kemudian panaskan lagi sekali.

Langkah 5:

Campurkan mentega dan ekstrak vanila. Masukkan ke dalam campuran tadi. Gaulkan.

Langkah 6:

Sejukkan ia. Kemudian curahkan ke dalam crust pie tadi. Letak dalam peti sejuk selama 1-2 jam. Letak buah sebagai topping.

10. Donut Keledek Coco OCOC

Bahan-bahan:

Donut:

  • 2 cawan keledek (direbus, dilenyek & dicampur susu segar dan mentega)
  • 1/2 cawan Gula Kelapa OCOC
  • 1 cawan susu mentega
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 sudu besar mentega (dicairkan)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • Secubit garam
  • 4 cawan tepung wholewheat

Frosting donut:

  • 1/2 cawan Gula Kelapa OCOC (atau madu)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Secubit garam
  • 1 cawan kecil air mendidih
  • 1 cawan kecil mentega (dicairkan)
  • 1 sudu teh ekstrak vanila

Cara membuatnya:

Langkah 1:

Gaulkan keledek, gula kelapa, susu mentega dan telur dalam mangkuk.

Langkah 2:

Gaulkan mentega, baking soda, garam, dan tepung wholewheat membentuk doh.

Langkah 3:

Kemudian guna donut cutter untuk bentuk doh.

Langkah 4:

Air-fry donut atau bakar selama 2-4 minit setiap sisi.

Langkah 5:

Untuk frosting, campurkan gula kelapa, serbuk koko dan garam dalam mangkuk. Kemudian masukkan air, mentega dan ekstrak vanila.

Langkah 6:

Celupkan bahagian atas donut ke dalam frosting.

Peminat vegan? Cubalah Vegan OCOC di SAYA NAK COCO VEGAN!

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top