9 Resepi Menggunakan Gula Kelapa

Gula kelapa ialah pemanis alternatif alami yang diekstrak dari pokok kelapa.

Food and Nutrition Research Institute (FNRI) menyatakan bahawa,

Gula kelapa mengandungi phytonutrients;

Trerutamanya polyphenols, flavonoids, dan anthocyanidins.

Ketiga-tiga phytonutrients ini membantu kurangkan kandungan gula dalam darah, inflamasi dan kolesterol.


Gula kelapa boleh buat masak, boleh buat kek, letak dalam minuman, sama macam gula putih.

Cuma ia tidak beri kemudaratan seperti gula putih.

Sekiranya diambil pada sukatan betul.


Kelebihan Gula Kelapa OCOC

Kajian dalam Advances in Biological Sciences Research (2021) juga mendapati,

Gula kelapa mengandungi sukrosa, glukosa dan fruktosa (86.86%, 4.64%, 3.70%).

Kandungan mineral lengkap hanya ditemui dalam gula kelapa.

Antaranya zat besi (14.40%), zink (1.56%), copper (0.90%) dan manganese (0.96%).

  • Sukrosa

    Mempunyai 75% sukrosa.
  • Nutrisi Tinggi

    Mempunyai Nutrisi Tinggi. Tambahan kepada nutrisi sedia ada. Gula putih tiada khasiat sekadar pemanis dalam minuman.

  • Rendah GI

    Gula rendah Glysemik Index. Hanya 31% berbanding dengan 68% gula biasa. Lebih tinggi lebih bahaya.

  • Kawal Gula Dalam Darah

    Apabila gula putih lemahkan dan bunuh sel otak di hippocampus – pusat memori, gula kelapa tidak buat kerja gila.

  • Ada Inulin

    Bantu serapan kalsium. Baik untuk tulang. Inulin adalah prebiotik.
    Bantu pembentukan bakteria baik. Inulin hilangkan sembelit. Jaga kesihatan perut.

  • Anti Oksida

    Mempunyai Polyphenols, sejenis anti oksida. Polyphenol bantu baiki sel yang rosak.

  • Zat Besi

    Miliki Zat Besi yang tinggi dan mengurangkan / mencegah anemia.

  • Anti-Inflammatory

    Gula Kelapa tidak menyebabkan keradangan dan boleh mengatasi masalah kulit seperti jerawat.

  • Membersihkan Darah

    Gula Kelapa boleh membantu membersihkan darah sekali gus racun yang terdapat di dalam tubuh.

  • Merawat Sembelit

    Gula Kelapa dipercayai bagus dalam mengatasi pencernaan.

  • Melancarkan Kahak

    Bantu melancarkan kahak dan mendinginkan tubuh.

  • Anti-alahan

    Memiliki sifat anti alahan ,untuk anda yang menghadapi masalah asma atau eczema serta alergi.

  • Penyedap Rasa

    Sesuai ditambah ke dalam minuman seperti jamu atau herba lain sebagai penyedap rasa.

9 Resepi Menggunakan Gula Kelapa

Sebahagian besar gula kelapa dapat digunakan.

Sama seperti yang anda gunakan gula biasa.

Anda mungkin mahu memulakan dengan separuh jumlahnya sehingga kemanisan yang diinginkan tercapai.


1. Aiskrim Santan Gula Kelapa

Sumber: Zaiwiah Tajul Arifin

Bahan-bahan:

  • 2 cawan santan segar (pastikan yang diperah hari yang sama dan belum di masukkan dalam peti sejuk)
  • 4 sudu serbuk dark chocolate
  • 10-15 sudu gula kelapa (manis bergantung pada selera masing-masing)
  • 1 sudu ekstrak vanilla
  • Secubit garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Langkah 1: Letakkan baking paper loyang kek yang dalam. Tuangkan santan ke dalam Loyang ini. Masukkan dalam freezer 3-4 jam dan biarkan hingga beku.

Langkah 2:  Setelah beku keluarkan santan yang dari Loyang. Potong pada bahagian-bahagian kecil

Langkah 3:  Masukkan santan beku dan bahan-bahan lain ke dalam blender.

Langkah 4:  Blend sehingga smooth. Pastikan tiada ketul.

Langkah 5:  Pastikan tekstur tidak terlalu keras dan tidak terlalu cair. Just nice macam aiskrim.

Langkah 6:  Hidangkan terus atau simpan di dalam freeze untuk hidangan masa lain.


2. Bubur Jagung

Bahan-bahan:

  • Jagung *(disagat)
  • Gula Kelapa 1/2 cawan *(dicairkan)
  • Sagu
  • Daun pandan 2 helai
  • 2 cawan santan Segar (pastikan yang diperah hari yang sama dan belum di masukkan dalam peti sejuk)
  • Garam 1/2 sudu kecil
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Rebus sagu dalam periuk guna air secukupnya sampai bertukar hampir jernih.

2. Sementara nak tunggu sagu masak, rebus jagung yang telah disagat bersama daun pandan, gula melaka & air secukupnya. Guna api kecil.

3. Bila sagu dah masak, tapis & terus masuk dalam periuk yang berisi jagung. Gaul sekata.

4.Masukkan santan, garam & air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.

5.Bila rasa bubur dah seimbang.

6. Tutup api.


3. Onde-Onde Ice Blended

Bahan-bahan:

  • daun pandan *(panaskan)
  • ais batu
  • susu segar
  • Gula kelapa
  • kelapa parut

Cara Penyediaan:

1. Masukkan 1 cawan ais batu, 1/2 cawan susu.

2. Kemudian masukkan air pandan yang sudah dipanaskan tadi.

3. Blebd semua bahan tadi sehingga rata

4. Hiaskan cup dengan gula kelapa yang sudah dicairkan tadi.

5. Tabur kelapa parut diatas minuman sebagai topping

6. Siap untuk dihidang


4. Ubat Batuk Gula Kelapa

Bahan-bahan:

  • 2/3 cawan Gula Kelapa OCOC
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu air perahan lemon
  • 1/2 sudu serbuk bunga cengkih
  • 1/2 sudu serbuk halia

Cara-cara:

  • Campurkan semua bahan.
  • Masak diatas api sederhana selama 20 minit
  • Selepas larut dan pekat, matikan api.
  • Titiskan adunan diatas plastik sebesar duit syiling 10 sen sehingga habis.
  • Sesudah kering, cabut adunan dan sedia dimakan.

5. Peanut Butter Mug Cake

Bahan-bahan:

  • 3 sudu peanut butter (yang terbaik pilih yang organic/tanpa gula dan garam)
  • 2 sudu gula kelapa
  • 1 telur

Cara-cara:

  • Masukkan peanut butter, telur dan gula kedalam mangkuk
  • Kacau ketiga-tiga bahan hingga sebati
  • Isikan bahan kedalam mug dan cara memasak dengan menggunakan microwave selama 1 minit 20 saat.

6. Caramelized Almonds

Bahan-bahan:

  • 200g (1 1/2 cawan) badam
  • 200g (1 cawan) gula kelapa
  • 45ml (3tbsp) air

Cara-cara:

  • Tambah badam, gula kelapa dan air ke dalam kuali.
  • Panaskan. Kacau setiap masa sehingga air mengering, dalam 5-7 minit.
  • Kecilkan api dapur dan sambung kacau dalam 10-15 minit sehingga gula menjadi karemel.
  • Tutup api dan biarkan sejuk seketika.

7. Banana Pancakes

Bahan-bahan:

  • 2 ulas pisang dibuang kulit
  • 4 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil maple syrup
  • 1/4 sudu kecil garam kosher/laut
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • Gula kelapa
  • Beri biru

Cara-cara:

1. Lenyek pisang dalam mangkuk

Letakkan 4 biji telur, 2 sudu kecil maple syrup, garam dan baking powder.

Kacau sehingga sebati.

2. Panaskan minyak sayuran dalam kuali (non stick pan)

Lapiskan 1 layer bahan tersebut di dalam kuali.

Masak sehingga 3-4 minit sehingga keperangan.

Kemudian ulang lapisan sehingga menjadi pancakes.

3. Oleskan maple syrup atas pancakes. Tabur sedikit gula kelapa

4. Taburkan beri biru. Sedia untuk dimakan.


8. Masala Chai

Bahan-bahan:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 sudu serbuk teh
  • 5 biji buah pelaga
  • 7 tangkai cengkih
  • 7 biji lada hitam
  • 4 sudu gula kelapa
  • 250ml air
  • 250ml susu segar
  • sedikit garam

Cara-cara:

  • Jerang air, masukkan teh dan reneh.
  • Masukkan susu, letak bahan-bahan rempah ratus.
  • Jika tiada 'kick' tambahkan serbuk teh.

*teh boleh digunakan uncang teh seperti lipton atau boh, tetapi lebih sedap jika serbuk teh wangi.


Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top