9 Resepi Sihat Untuk Lunch

1. Ayam Panggang Blackpepper

Bahan-Bahan Untuk Ayam Panggang Black Pepper OCOC:

  1. Ayam bahagian maryland (bakar dalam kuali sahaja - boleh balut dengan daun pisang kalau mahu)

  2. Jagung (steam)

  3. Bawang besar (bakar separuh masak)

  4. Karot (bakar separuh masak)

  5. Bijan untuk tabur tabur. Bagi nampak mahal sikit bila tabur last sekali

Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam:

  1. Lada hitam 4 sudu (Bagi hancur ye. Guna lesung batu jer. Biar kasar kasar)

  2. Minyak kelapa 2 sudu

  3. Gula kelapa (saya pakai gula kelapa organic ococ). Guna 5-6 sudu. Nak manis boleh tambah. Ikut suka.

  4. Bawang putih (dihiris nipis dan kecil)

  5. Bawang merah (sama kena hiris juga)

  6. Butter (nak sapu atas kuali jer)

Cara Penyediaan Sos Lada Hitam:

  1. Panaskan kuali

  2. Masukkan minyak kelapa 2-3 sudu. Bab bergantung kepada berapa orang nak hadap benda ni nanti.

  3. Biar minyak panas. Masukkan bawang putih dan temannya. Kacau seminit dua dalam api sederhana.

  4. Masukkan lada hitam. Kacau bagi sebati.

  5. Kacau 2-3 minit

  6. Masukkan *gula kelapa 5-6 sudu. Boleh tambah kalau nak.

  7. Kacau sampai gula larut.

  8. Matikan api.*Kalau nak guna madu pun boleh ganti gula kelapa. Boleh juga campurkan dua sudu sos black pepper komersil

Cara Penyediaan Ayam Panggang:

  1. Bersihkan ayam

  2. Toreh toreh sikit isi ayam biar sos black pepper boleh masuk

  3. Lumurkan sos black pepper. Nipis nipis jer

  4. Sapu kuali dengan sedikit butter

  5. Masukkan ayam. Tutup dengan tudung.

  6. Sebelum terbalikkan ayam sapu lagi sos black pepper. Nipis nipis jer

  7. Bila dah masak angkat dan sapu lagi sos. Kali ni banyakkan sikit. Biar nampak tebal

2. Kerabu Sotong

Bahan-Bahan:

  1. Sotong (dicelur sekejap sampai lembut)

  2. Karot potong halus

  3. Bawang besar - dihiris

  4. Kacang panjang - potong kecil

  5. Bunga kantan - dihiris halus

  6. Tomato - dihiris halus. Kalau nak potong besar pun ok. Ikut suka.

  7. Limau nipis atau lemon untuk perahan akhir nanti.

Bahan-Bahan untuk Ditumbuk:

  1. Cili

  2. Garam

  3. Gula Kelapa OCOC

  4. Belacan (optional)

  5. Sos ikan (optional sebab resepi ni ala ala siam)

Cara-Cara:

  1. Tumbuk bahan untuk ditumbuk hingga sebati

  2. Campur semua bahan yang dipotong. Satukan dengan bahan yang ditumbuk. Perah limau atau lemon.

  3. Sedia untuk dihidangkan

3. Brokoli Kari Quinoa

Bahan-bahan:

  1. 1 sudu minyak kelapa, minyak kacang macadamia, atau ghee
  2. 2 1/2 cawan brokoli dicincang halus
  3. 1 cawan quinoa yang telah dimasak
  4. 1/2 cawan kacang pain
  5. 2 sudu goji berries atau 1/2 cawan buah anggur dipotong dua

Bahan-Bahan Pilihan:

  1. 1 sudu teh serbuk kari
  2. 1 sudu teh jus lemon
  3. 1/2 sudu teh lada putih
  4. Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali besar di atas yang sederhana tinggi
  2. Masukkan brokoli dan tumis selama 2 hingga 3 minit.
  3. Tambah kari, jus lemon, lada dan garam, jika mahu. Kacau
  4. Tambah quinoa dan kacau.
  5. Masukkan kacang pain dan goji berries atau anggur dan panaskan selama kira-kira 2 minit
  6. Sajikan ketika masih panasNota: Menambah serbuk kari pada resepi ini mencipta kontras indah dan rasa manis dan berperisa, bersama dengan nutiri antioksidan yang bagus

4. Sup Herba Cina

Bahan-bahan:

  1. Air untuk merebus

  2. 300gm isi ayam

  3. 2 1/2 liter air (untuk sup)

  4. 3 ulas bawang putih

  5. 3 keping halia

  6. 1 biji cili merah - dibelah 2, buang biji

  7. 25gm kurma merah

  8. 5 biji cendawan kering

  9. 6gm goji beri

  10. 2 tangkai daun ketumbar - dihiris

  11. Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan air sehingga mendidih

  2. Masukkan isi ayam, masak selama 5 minit. Toskan isi ayam. Buang air itu

  3. Panaskan air untuk sup. Bila mendidih, masukkan daging, bawang putih, halia, cili dan semua herba kecuali daun ketumbar

  4. Renihkan diatas api perlahan hingga isi ayam empuk

  5. Tambah garam secukup rasa

  6. Sajikan dengan hirisan daun ketumbar

5. Steak Daging + Sayur Rebus  

Bahan-bahan:

1. 4 potong daging steak

2. 1 1/2in tebal

3. 1 sudu kecil garam

4. 1 sudu kecil serbuk lada putih

5. 1 sudu kecil serbuk lada hitam

6. 1 sudu kecil serbuk bawang putih

7. 1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:

1. Daging di ketuk sedikit kelilingnya dengan hulu pisau, kemudian taburi garam, serbuk lada di kedua belah hingga rata.

2. Rengis sedikit minyak dan perap selama 1 jam.

3. Panggang di dalam oven atau di atas bara api hingga separa masak (medium well) atau sepenuh masak (well done).

6. Ayam Panggang + Sayur

Bahan-bahan:

1. 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)

2. 2 sudu madu

3. Sedikit minyak zaitun

4. 2 sudu besar mixed herbs/ daun oregano

Bahan kisar/ tumbuk

1. 2 biji bawang besar

2. 4 ulas bawang putih

3. 1 inci halia

4. 1 kiub ayam

5. 2 sudu serbuk lada hitam

6. 1 senduk kecil sos lada hitam

7. 1 sudu kecil garam

8. 1 sudu besar gula

9. 100ml air

Cara memasak:

1. Campurkan semua bahan kisar dengan madu, minyak zaitun, mixed herbs dan lumurkan pada ayam. Perap selama 4-5 jam dala peti ais.

2. Bakar pada suhu 220 darjah selama sejam atau bakar menggunakan pemanggan atas dapur hingga masak.

7. Ayam Panggang Bersama Kentang

Bahan – bahan:

1. Ayam ½ ekor

2. Bawang putih 4 ulas

3. Kicap manis 3 sudu besar

4. Madu 3 sudu besar

5. Halia 2 inci

6. Lada hitam 1 sudu kecil

7. Sos tiram 2 sudu besar

8. Garam secukup rasa

Cara – cara memasak:

1. Didihkan air sekejap, kemudian rebus ayam separuh masak, angkat dan toskan. Nota: Sekiranya tidak mahu rebus pun tak apa, boleh sahaja terus perap.

2. Kemudian, tumbuk lada hitam, bawang putih dan halia.

3. Lumurkan ayam atau perap dengan bahan tumbuk, kicap, sos tiram, madu dan garam.

4. Perap untuk 30 minit. Tapi, lagi lama lagi sedap

8. Sup Lobak Merah + Kunyit

Bahan-bahan:

 1. Lobak Merah (Dalam 5-10 batang mengikut citarasa)

 2. 2 sudu besar minyak zaitun

3. Sebiji bawang besar, dipotong dadu

4. 3 labu bawang putih, dicincang

5. 2 sudu besar halia

6. Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara:

Panaskan minyak, masukkan halia, lobak merah dan serbuk lada hitam diikuti garam secukup rasa.        

9. Jantung Pisang Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang
2 biji bawang merah
5-10 biji cili ( lebihkan kalau mahu lebih pedas)
Segenggam ikan bilis
1 mangkuk santan
1 sudu makan serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

1. Jantung pisang dibersihkan dan dihiris-hiris.
* kita gunakan bahagian jantung pisang yang lembut sahaja.

2. Rebus jantung pisang tadi sehingga lembut. Toskan.

3. Tumbuk kasar bawang merah, cili padi dan ikan bilis.

4. Panaskan periuk. Masukkan bahan tumbuk tadi, jantung pisang rebus, serbuk kunyit dan santan dan sedikit garam.

5. Masak di atas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak atau jadi berkeledak.

6. Rasa. Tambah garam jika perlu.

7. Biarkan mendidih sekejap sahaja.

8. Sedia untuk dihidang.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top