9 Resepi Sihat Untuk Breakfast

1. Sandwich Salmon + Telur

Bahan bahan:

- Seketul ikan salmon. Goreng salmon tanpa minyak. Sapu sedikit minyak ghee

- Dua biji telur direbus

- Butter untuk disapu atas roti

- Roti Multigrain

- Lettuce. Sehelai atau dua helai

- Timun. Dipotong nipis

Cara cara:

1. Ceraikan isi ikan

2. Hancurkan telur rebus campur dengan isi ikan. Digaul.

3. Sapu butter atas roti. Letakkan lettuce dan timun.

4. Masukkan campuran isi ikan dan telur tadi. Kalau mahu boleh letak lada hitam.

2. Oatmeal Telur

Bahan-bahan:

- 3 cawan air sup dari rebusan sayur

- 4 tangkai daun bawang (s)

- 2 sudu kecil halia

- 1/4 sudu teh garam laut

- 3/4 cawan oats, Steel Cut atau Rolled Oat

- 2 biji telur (ayam kampung atau omega-3)

- 2 sudu kecil Tamari Soy Sos (organik)

- 1 sudu kecil Bijan Hitam

Cara-cara:

1. Panaskan kuah sup rebusan sayur

2. Masukkan 2.3 daripada daun bawang, halia dna garam sehingga mendidih dalam periuk sederhana.

3. Tambah oat dan biarkan hingga mendidih

4. Kecilkan kepada sederhana rendah dan tutup dengan tudung

5. Kacau sekali-sekala, sehingga masak sepenuhnya, kira-kira 20 minit 

6. Pindahkan ke mangkuk, potong dan masukkan telur rebus.

7. Tambah sos tamari, bijan dan baki daun bawang

3. Oat Kari Ayam

Bahan-bahan:

- 250g dada ayam

- 365g santan segar

- 1 cawan air sup dari rebusan sayur

- 3 tangkai daun bawang

- 1 sudu kecil serbuk kari

- 1 sudu kecil halia

- 3/4 sudu teh garam laut

- 1 cawan rolled oats

- 2 sudu besar ketumbar segar

- 2 sudu besar hirisan almond

Cara-cara:

  1. Kiub atau cincang daging dada ayam. Buang kulit. Dapatkan 1 1/2 cawan kiub

  2. Panaskan santan, dan air sup dari rebusan sayur (atau sup ayam). 

  3. Masukkan daun bawang, serbuk kari, halia dan garam sehingga mendidih dalam periuk sederhana.

  4. Kecilkan api kepada sederhana, tambah oat, dan kecau sehingga masak sepenuhnya, kira-kira 5 minit

  5. Masukkan ayam dan kacau sehinnga mendidih

  6. Masukkan garam sekiranya perlu

  7. Pindahkan ke mangkuk, taburkan dengan daun ketumbar dan hirisan almond

4. Salad Chickpeas OCOC

Bahan-bahan:

- 2 cawan chickpeas yang telah dimasak

- Sebiji timun, dihiris, tidak dibuang kulit

- 1 cawan tomato ceri

- 1/2 bawang ungu, dihiris

- 1 lada loceng hijau, dicincang

- 1/2 cawan pasli segar, dicincang

- 1/4 cawan zaitun Kalamata, dicincang

- 1/4 cawan keju feta dipecahkan

- Jus lemon

- Minyak zaitun

- Lada hitam

Cara-cara:

  1. Hancurkan chickpeas, timun, tomato, bawang, lada, pasli, zaitun, dan feta bersama-sama

  2. Tambah jus lemon segar dan minyak zaitun

  3. Tabur lada hitam di atasnya

5. Omelet Telur

Bahan-bahan:

- 4 biji telur

- Beberapa kepingan pepperoni atau sausage yg dipotong nipis

- 1 biji kentang dipotong dadu / nipis2

- 1 labu bawang besar dicincang

- 1 sudu kecil paprika dan garam

- 5 sudu besar susu segar / air sejuk

- Secubit rosemary / parsley / cheese ( optional)

Cara-cara:

  1. Pukul telur ,susu segar/air sejuk , paprika dan garam.Biarkan seketika. *TIPS: Air sejuk / susu akan membuatkan omelette jadi fluffy.

  2. Panaskan sedikit minyak di dalam flat pan dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan kentang dan pepperoni.Goreng 3-5 minit hingga kentang cukup masak.

  3. Tuangkan telur yang telah dipukul dan sebarkan isi supaya rata. Masak atas api kecil. Kalau suka cheese, taburkan cheddar cheese sekeping kat atas.Taburkan juga rosemary (optional).

  4. Goreng hingga masak telur.Tak perlu terbalikkan macam masak telur dadar biasa tu.Ni open omelette. Selamat Mencuba!

6. Roti Pita & Hummus

Bahan-bahan:

  1. Kacang kuda 450g 

  2. 1 ulas bawang putih (lagi banyak lagi sedap).

  3. Jus lemon (perah sebiji lemon fresh).

  4. 1 sudu teh jintan putih (tak ada pun tak apa).

  5. 3 sudu besar tahini (boleh beli di kedai Arab tapi kalau tak ada pun tak apa).

  6. 3 sudu besar minyak zaitun.

  7. 1 sudu teh garam.

Cara-cara:

  1. Kacang kuda direbus, basuh dan tapis.

7. Smoothie Buah

-Blend with ½ pisang + ½ buah mangga + 1 cawan sayur kale + ½ Greek yogurt rendah lemak+ ½ avocado kecil + ½ susu tanpa lemak). 

Anda boleh hias smoothie anda dengan buah-buahan pilihan seperti Beri Biru dan Ceri.

8. Smoothie Buah Beri

-Blend with ½ pisang + 1 strawberi + ½ cawan Greek yogurt rendah lemak+ ½ cup susu tanpa lemak) Anda boleh hias smoothie anda dengan buah-buahan pilihan seperti Beri Biru dan Strawberi.

9. Oat dan Beri Biru 

-Blend ½ cawan bijiran oat + 1 tsudu besar chia seeds + ½ cawan susu tanpa lemak + ½ cawan Greek yogurt rendah lemak+ ½ cawan beri biru).

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top