Resepi Untuk Kurus & Sihat

Mungkin kita pernah dengar pepatah Inggeris "sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera raja. Makan malam seperti puteri raja.

Mungkin kita tertanya-tanya kebenarannya?

Kajian saintifik terkini, terNOW dari Journal of Nutrition benarkan pepatah ini. Kajian dijalankan ke atas 50,660 orang sepanjang tujuh tahun.

Orang yang ambil sarapan besar dan banyak lebih kurus. Mereka lebih sihat. Kurang pula penyakit.

Kita biasanya ambil sarapan sedikit. Mungkin tidak ambil langsung. Makan tengahari lebih banyak. Malamnya kita makan seperti raja.

Akibatnya perut makin berlapis. Benjolan terbentuk sana sini. Pakaian 'mengecil'

Hasil kajian, apabila mahu kurus, lakukan perkara berikut:

1. Sarapan pagi, makan banyak.

2. Jarakkan antara sarapan dan makan tengahari antara 5-6 jam.

3. Makan malam pada waktu petang. Malamnya seolah berpuasa 12-13 jam. Apabila bersarapan maka terbukalah 'puasa' pada esok hari.

Cara di atas adalah RESEPI untuk KURUS dan SIHAT.

Sihat itu jihad. Boleh boleh?

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

‘Suicide’ Antara 10 Penyebab Kematian Tertinggi Di Dunia!

Betul Ke Orang Bertangan Kidal Pendek Usia?

lab dr rizal

Rahsia Dr Rizal Tampil Awet Muda Di Usia 50an

Nyanyuk ‘Bukan’ Tanda Anda Menua Normal!

6 Fungsi Otot Sebagai ‘Organ For Longevity’

Scroll to Top
0