Rutin & Otak

Kita hidup dengan rutin. Saban hari mengulangi perkara yang sama. Kehidupan bagaikan satu ulang tayang.

Sekali sekala muncul berita terkini memecah rutin.

Hidup di bawah orbit rutin tidak merangsang otak. Ia hanya membuat perkara-perkara biasa. Bahagian yang aktif adalah bahagian-bahagian tertentu sahaja. Ia jadi mangli.

Rutin pekerja, bangun pagi bersiap ke tempat kerja. Yang ada anak sibuk menghantar anak. Jalan yang dilalui saban hari tetap sama.

Hippocampus yang tidak berkembang. Ia tempat menyimpan memori. Di London kajian dijalankan ke atas pemandu teksi. Didapati mereka mempunyai hippocampus yang besar.

Sebabnya mudah. Mereka hafal jalan-jalan di London. Mereka tidak bergantung dengan GPS. Tiada Waze. Hippocampus mereka adalah Waze.

Untuk kita pula Waze adalah hippocampus kita. Andai tiada Waze, tiada destinasi dapat dituju.

Hippocampus yang tidak dibaja boleh mengundang kepada nyanyuk. Sekarang masih muda mungkin tidak terasa. Bila terasa, sudah lewat. Rehabilitasi tidak menyengat.

Bagaimana mahu dapatkan hippocampus yang baik? Caranya:

1. Dapatkan tidur yang cukup. Bukan pada panjangnya tidur. Pada kualiti tidur. Perlu belajar bab ini.

2. Belajar menggunakan semua deria semasa pembelajaran.

3. Solat membantu membesarkan hippocampus. Solat Tarawih itu bagus pada otak. Solat Tahajjud bagus pada hippocampus.

Yang penting buat. Kena belajar untuk tahu buat.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

3 Resepi Roti Sedap, Sihat Dan Mengenyangkan

12 Khasiat Lada Hitam (Blackpepper) Ramai Jarang Dengar

Resepi Ramadan Sihat Dengan Mi Rendah Gluten

Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Berapa Banyak Perlu Letak Perasa Dalam Masakan?

Scroll to Top