Sahur Makan Ini Je? Cukup Ke?

Tatkala Ramadan datang menyapa. Maka ketika inilah umat Islam dapat merasai manisnya nikmat bersahur.

Ketika berpuasa, amat penting untuk tak skip sahur sebab dalam sahur itu adanya keberkatan.

Sahur akan bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk kita melalui hari-hari tanpa makan atau minum sehingga terbenamnya matahari.

Bersahur pula tak perlu melebih.

Ini kalau tak pekena nasi. Sama macam tak makan sahur jawabnya.

Geng penyokong nasi putih macam tak puas hati. Jadi, saya nak cakap awal-awal.

Semasa sahur, adalah digalakkan untuk makan karbo kompleks seperti oat, barley flakes OCOC, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI.

Bukan itu saja.

Elak makanan tinggi garam. Ambil protein bersih (ayam atau ikan). Minum cukup air putih. Elak minuman tinggi kafein dan gula.

Sahur atau suhur iaitu satu perbuatan makan dan minum sebelum awal pagi sebelum waktu fajar disertai niat untuk berpuasa.

Umat Islam digalakkan untuk sahur bagi membezakan puasa orang beragama Islam dengan puasa ahli kitab.

Sahur ni dianggap ‘makan pagi’ yang penuh berkat dalam bulan Ramadan.

Bekalkan nutrisi secukupnya dan tenaga agar badan dapat berfungsi seperti sediakala.

Namun, jangan jadikan sahur ni macam pesta berbuka puasa.

Nanya badan nanti. Nak makan nasi putih boleh. Makan suku dengan lebihkan protein dan sayur.

Bila sahur melebih. Masa berbuka tak boleh control. Makan ikut hawa nafsu.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA. Nabi SAW bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: “Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.” [Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)]

Ada yang bertanya.

“Makan oat je sahur? Kenyang ke?”

Para nabi dulu dulu pun hanya makan buah tamar dengan air putih sahaja. Alhamdulillah, masih boleh pergi berperang walaupun sedang berpuasa.

Ada dua soalan di sini. Cukup dan kenyang. 

Biasanya yang diberi perhatian ialah kenyang ke tidak?

Cukup itu juga berkaitan dengan kenyang.

Kalau kita selalu makan banyak, tiba-tiba makan sedikit, kita akan rasa tak cukup. Lapar akan datang menyapa.

Kebiasaannya, setiap hari akan makan lebih daripada 800g.

Tiba-tiba makan separuh saja. Perut akan mula berbunyi.

Minta baki. Macam ada yang tak cukup.

Jadi kalau mahu kurangkan, lakukan secara bersikit dulu. Gradual kata orang putih.

Biasanya saya akan buat protein dari telur dan fiber dari oat. Kuantiti sederhana.

Saya juga akan ambil coco OCOC.

Sebab ia akan buat perut kenyang. Hilangkan craving pada makanan. Itu fungsi dark chocolate.

Saya juga akan pastikan air diminum sekurang-kurangnya 1 liter.

Biasanya perut akan bertahan sampai petang. Bunyi keroncong hanya berlaku selepas jam 5:30 petang.

Itu normal. Perut tak sengsara. Cuma bagi signal.

“Bila tuan aku ni nak berbuka ni?”

.

.

.

P/S: 

Tuan puan ingin dapatkan produk sihat OCOC untuk bersahur? Harga istimewa sempena Ramadan? Klik https://bit.ly/3jllVB1 untuk pembelian.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0